Aukey Lens Profesional 3 in 1 |
Jadi blogger sepenuh masa sebenarnya bukan biasa-biasa punya kerja. Haha. Sebelum ni Dhia hanya snap gambar or live FB guna kamera phone Vivo V3 Max tanpa sebarang aksesori tambahan lain. Sebab kamera Vivo memang dah sedia cantik dan boleh fokus tepat pada objek.
Cuma ada sikit kelemahan yang Dhia perasan setiap kali snap/rakam. Terpaksa macam jauhkan phone untuk dapatkan angle yang luas & terpaksa zoom banyak kali kat phone untuk snap gambar objek jarak dekat.
Means i need more angle to record video/picture
So, duk fikir ape benda lah solution untuk upgrade phone ni kan? Seminggu jugak lah duk melepek depan youtube cari info. Usyar aksesori apa yang diorang guna untuk upgrade phone. Bukan kamera ya. Tapi phone. haha.
Sebab Dhia malas lah travel ke sana sini bawak kamera besar gedabak & berat.
Lebih baik pakai phone untuk rekod semua aktiviti. Sebab ringan & senang nak bawak. Lagipun kualiti Vivo V3 Max serius gambar memang cantik & sharp. Tekstur objek pun jelas.
Cuma sekarang ni, Dhia perlukan aksesori yang boleh atasi sikit kekurangan yang ada. Upgrade phone jadi standard macam kamera dslr. Haha!
Banyak lagi aksesori nak kena tambah sebenarnya. Tapi, untuk permulaan beli lens dulu lah weh. Sebab tu crucial tools untuk Dhia. Hehe.
Disebabkan artikel tentang Lazada Jual Barang Authentic Dengan Harga Murah, Dhia jadi lebih yakin nak shopping barang elektronik kat Lazada. Lagipun bila duk jalan kat kedai luar, mintak kurang harga bukan senang.
Tapi, kat Lazada alih2 harga lagi murah berganda? Cuma kena pandai pilih siapa seller dalam tu lah. Tengok pada review produk, siapa seller & description produk sebelum beli.
Rasa macam setiap bulan kot beli barang kat Lazada. Haha! Bulan ni saja habis beratus jugakla. Yang penting lagi murah dari kedai.
Lens Aukey Profesional 3 in 1 dhia beli kat Seller Aukey Lazada. Korang boleh tengok produk kat SINI. So, takda la salah pilih seller & produk kod kan? Sebab ada banyak harga, banyak jenis aukey lens kat lazada. So far, seller yang dhia pilih ni, servis penghantaran agak laju. Dhia order 2hb, barang sampai 5hb.
So apa je yang best lens Aukey Profesional 3 in 1 nih?
1st Lens berkualiti & nampak mahal tapi harga murah.
2nd Lens Aukey cover semua kawasan kamera phone. Kadang ada lens jenis bila kita pasang kat phone, kita still akan nampak macam warna hitam sekeliling kamera tu. Lens Aukey serius perfect!
3rd Lens Aukey wajib & jadi pilihan kebanyakan vlogger youtube. Tengok review diorang pun memang sarankan brand Aukey.
4th Lens Aukey ada dua lens berbeza ( fisheye wide angle & macro lens )
Fuhh! Serius best gila weh! Next nak repeat beli lens jenis wide angle sahaja. Sebab lens yang Dhia dah beli tu jenis fisheye mix wide angle.
So, taknak cakap banyak. Korang boleh tengok apa beza kamera phone Vivo V3max & lens Aukey 3 in 1 kat video bawah ni: