Saya dah lama belajar mekap, tapi saya bukan tukang mekap muka orang. Hihi. 1st belajar di akademi Chinese. Belajar mekap gaya mereka, cara blend foundation, bedak, eyeshadow, bentuk kening, eh semualah. From A to Z.
Kali kedua belajar dengan kawan, Suhana Sulaiman. Ok, teknik yang diajar berbeza dan cara nak tepek bedak lebih tebal daripada Chinese style. Sebab biasanya kawan chinese lebih suka natural. Manakala, dalam komuniti Melayu pula mereka lebih prefer mekap tebal doploh inci. Khas untuk masa wedding dan photoshoot.
Kali ke3, saya belajar sendiri. Teknik bentuk kening tebal, teknik tepek eyeshadow biar lekat lama kat mata, dan masih terus mengkaji seni mekap mata.
Korang boleh baca artikel penuh Teknik Bentuk Kening Tebal Guna Eyeshadow
Fitrah lah kan, kita kaum perempuan ni suka berhias. Suka melihat kecantikan. Dan mekap ni salah 1 cara kita rasa puas hati dengan diri sendiri selain tingkatkan keyakinan diri.
Dan untuk mekap, perlu keluar kos beratus jugak. Kan kan? Hehe. Alah, sebenarnya tak payah beli mekap brand pun. Hasil mekap mungkin berbeza sedikitlah. Kena pandai pilih kepekatan barang mekap terutamanya eyeshadow & blusher.
Kalau kena gaya, tak perlu keluarkan duit melebihi RM100 pun dah boleh mekap perfect kat muka. Cuma ada teknik untuk bagi enhance warna mekap tuh.
Jadi, untuk mekap gaya dhia kalini, kita ajar cara blend mata gold brown. Guna eyeshadow yang sama kita guna untuk bentuk kening.
Mekap Gaya Dhia Video Tutorial Mata Gold Brown
Boleh tengok tutorial penuh kat video bawah ni: