Dhia pernah ke Maha Serdang sekali je sebelum ni. Tapi rasanya masa tu hanya berjalan ke satu hall je kot? Hihi. Semalam, rasa termengah bila explore banyak tempat kat Maha 2016. Tapi, belum sempat nak ke semua hall ok?
Pameran Pertanian Maha 2016 Tak Cukup Hanya Seminggu
Muka dah monyok cam ikan kering masing-masing. Fuhh. Yelah, turun bukit naik bukit. Makan sampai kembong. Naik bukit lagi. Dan paling legend bila dapat minum air kelapa FREE. Segar terus. Best betul wehh!
First pitsop kat Nafas Cube. Ok, best gila & smart tempat ni. Konsep penginapan dalam “batu bulat” (sorry tak tau la nama batu tu apa. ahaha) & dalam kontena. Tak pernah tahu pulak kat
Maha 2016 ada tempat cenggini. Hihi.
1. Nafas Cube Maha 2016
Kat Nafas Cube korang boleh berbasikal sekeliling, naik kayak, bercuti, honeymoon, camping, launching produk ke, etc. Sebab tempat nampak eksklusif tapi dalam masa yang sama harga berpatutan.
Pakej harga pun bagi Dhia berpatutan. Pakej Tube (RM150), Pakej khemah (RM120), VIP Kontena (rm150) dan Exec kontena (RM180)
‘
2. My Dof Valley/ Laman Perikanan
Habis ronda nafascube, singgah pulak ke My Dof Tropicarium. Kat sini ada macam-macam jenis ikan perhiasan, air tawar, marin & obor-obor comel! Rasa teruja tengok obor-obor bercahaya depan mata.
|
Ikan kerapu kertang berat 60kg khas untuk breed sahaja. Nak buat makan tak berapa nak sedap weii. Haha. Tapi ikan jenis camni katanya kat pasaran luar dijual lebih kurang 1k+ sekilo! Pehh. |
Dan paling menarik hati Dhia, teknologi replika sistem semulajadi daripada Aquacult studio.
Bila dapat tahu tentang teknologi ni, bayangkan korang tak perlu ke negara luar kalau nak rasa buah yang diimport. Teknologi ni boleh berubah suhu. Ikut pada kita lah nak suhu dan cuaca yang macamana.
So, contoh nak tanam strawberry, tanam dalam akuarium & guna sistem khas yang mereka dah cipta. Strawberry akan tumbuh hidup walaupun ditanam di malaysia.
Paling best, tumbuhan, haiwan boleh hidup di dalam akuarium tanpa perlu bergantung pada udara luar.
Sebenarnya banyak sangat tempat singgah, sampai tak ingat dah nama tempat. Tapi kat
Maha 2016 ni lah tempat korang boleh jumpa banyak produk keluaran bumiputra. Kat pasaraya jarang ada sebab ada yang tak dapat peluang untuk masuk pasaran. Jadi, kat Maha 2016 lah tempat untuk usahawan berhabis perkenalkan produk masing-masing.
Next year maybe Dhia akan turun Maha 2017 sendiri & pergi ke satu persatu booth. Tapi, nafsu kena prepare awal-awal. Matilanakk kalau membeli sakan kat Maha!
3. Sekitar Kawasan Laman Padi Bernas
|
Macam kartun dalam movie tu. Ape ntah namanya. Lupala |
|
Owh ni ke yang diorang cakap transformer tu? |
|
Warna warni jentera kat sini. |
|
Laman jentera |
|
Go mardi go green |
|
Rasanya uolss perlu produce mee goreng guna mesin ni dah hah. Senang & tak memenatkan dah lepasni |
6. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Kalau ke sini. Geram je tengok ikan gemok dengan ketam/lobster gebum. Kat sini ada tempat untuk Shell out jugak. Nasib baiklah masa singgah ke sini perut dah kembong dengan makanan kat Food Empire Maha 2016.
Kat situ je ada 168 menu/gerai terpilih. Berbeza menu, berbeza negeri. Peh. Betullah target maha 2016, our food our nature. Hihi
|
Local fish. Ndapp! |
|
Gebumnya ketam king ni wehh |
|
Isi lobster ni..Hemm, dah telan air lioq dah ni. |
|
Selain boleh shell out kat sini, korang boleh jugak bagi anak memasing buat aktiviti mewarna. Sambil-sambil kan? |
7. Sekitar Kawasan Laman Florikultur / Flora World
Ok, melon manis ni Dhia tak ingat lokasi kat belah mana. Tapi yang pasti kat sini boleh minum kelapa manis FREE waktu happy hour! Serius manis & segar!
Sehari Saja Tak Mungkin Cukup Nak Jelajah Maha 2016
Yupp sehari saja tak mungkin cukup kalau korang nak explore seluruh kawasan MAHA 2016 ni. Saranan saya untuk yang nak ke MAHA next year, pakai kasut sport, baju serap peluh, troli yang bawak gi pasar atau beg tarik, kaji peta maha & kaji apa yang korang nak cari kat Maha Serdang tu nanti.
Kalau tak, gerenti bila tiba masa, lain yang nak, lain yang korang beli. Sudahnya penat bertambah pulak. Buat persiapan awal okay?
Serius best gila kat MAHA 2016. Berabis kat sini sampai berkilo-kilo beg angkut bawak balik. Haha! Cuma trip kalini tak sempat nak menjenguk seluruh kawasan Maha 2016. Hemm, next year kena plan baekk punya. Haha.
|
Hasil tangkapan kat maha 2016. Humm |
Harap korang enjoy screen phone memasing tengok gambar maha 2016 nih. Haha! Silakan ke maha serdang, last day Ahad ni 11 December. Ada banyak aktiviti best. Bolehla kalau nak bawak anak sebab ada tempat cantik, ada upin ipin, ada aktiviti mewarna, macam-macam lagi. Syaratnya kena alert selalu. Bila dah ramai orang, kalau terlepas sekali susah nak cari balik.