Blogger akan cerita ikhlas dari hati & pengalaman jujur. (sebab tu pembaca lebih percaya dan suka membaca di blog utk long term)
Media tulis tidak serumit blogger & mereka hanya melaksanakan kerja mereka seringkas yang mungkin. Sebab banyak lagi berita lain nak cover.
Kalau diorang tulis serumit blogger boleh gila weiii.. Banyak lagi menda/topik lain nak fikir.
Ingat senang ke nak fikir idea headline, ayat dalam setiap post?
Dan saya sendiri, tak suka tulis ayat skema dalam blog. So, nampak lebih natural dan bukan jenis hard selling. (Mostly orang tak suka jenis hard selling)
Maaf cakap. Apa yang saya tulis itu yang pembaca suka dan lebih melekat dalam minda mereka.
Dan setiap blogger ada cara tersendiri dalam penulisan mereka.
Perbezaan Ketara Antara Blogger Dan Media
Media ( paper, billboard, magazine, instagram, facebook )
-Short term marketing
-perlu repeat iklankan guna media utk brand awareness. Kalau tak audience akan lupa siapa anda.
– Fast result/brand awareness utk masa yg singkat, utk target market masyarakat luar blog/internet
– HARD SELLING (kecuali ootd/testimoni IG/FB)
–1/2 je info utk pembaca (kecuali magazine, buku & FB)
Blog
– Long term marketing
– tak perlu repeat iklan, pembaca 1 dunia yang akan repeat tengok details tentang client
– Fast result / brand awareness utk masa yang lama, utk target market 1 dunia melalui online.
–SOFT SELLING (kecuali jenis penulisan terus cerita pasal produk semata tanpa bahasa perbualan)
– FULL & complete info untuk pembaca
Warning: sekarang zaman internet. Semua jenis nak pantas. Dan kebiasaan masyarakat akan search info melalui internet, bukan lagi media.
Kesimpulan : We need both. Dua2 medium ada pro dan con.
Pilihan pertama saya adalah blog, baru media. The best method jalankan kedua medium ni serentak. Itu yang terbaik. Ikut pada budget. ( Budget bisnes saya belum besar, sebab tu saya guna platform blog dan fbads)
U must know the diff. Anda harus tahu apa beza media dan blogger. Jangan samakan media dengan blogger kerana kami ada komitment berbeza.
Dan setiap post blogger amat bernilai, dan berhak demand harga yang setimpal. Kerana ianya lifetime investment untuk anda. Dan trafik potential customer, mahupun pihak lain akan berterusan tanpa batas masa dan waktu. Syiok kan? Hehe.
Tiba-tiba je entah sape-sape je mesej tanya macam2.
Dan untuk melaksanakan kerjaya sebagai blogger bukan semudah petik jari, harini pergi travel uganda, harini jugak nak publish post. Sebab:
- Blogger kena edit saiz gambar utk masuk dalam post ( 1 ok la, kalau lebih 10 gambar? )
- Blogger perlu mengkaji dengan teliti info produk/servis sebelum mencadangkan kepada pembaca (bukan semberono tulis )
- Bukan 1 topik yang perlu di kaji ( Perlu ikut giliran. Sedangkan instagram review pun ikut giliran dan sekiranya mahu potong queu, kena bayar extra cecah 1k+ per post utk IG Review dan post itu tidak permanent). Jauh beza nak dibanding dengan kualiti blog post.
- Blogger bermain dengan perkara teknikal seperti SEO. Dan ianya tidak semudah abc. ( Bab SEO ni saya suka baca blog HasrulHassan. Power! )
Bab gambar memang saya cerewet. Saya nak setiap gambar yang dipapar kat blog cantik. Kadang tu terpaksa letak watermark sebab dah banyak sangat penciplak hasil kerja saya bersengkang mata. Ufff.
Bila gambar cantik, barulah mata pembaca segar dan happy bila tengok. Lagi-lagi kalau bab makan. Laju je kan?
Semoga ianya membantu kekeliruan anda berkenaan kerjaya seorang blogger dan seorang media.
Sebab masih ramai yang blur dan buntu apa sebenarnya blogger ni. Siapa dan bagaimana cara kerja. Sekadar tulis suka-suka atau sebaliknya. Atau ianya kerjaya profesional?
Dan kerjaya seorang blogger adalah bidang yang serius dan teliti untuk topik selain masakan, artis, etc.
Saya galakkan anda ceburi bidang blog. Sebab ia bukan kerjaya biasa-biasa lagi. Dan dari blog, anda boleh menjana income jutaan ringgit. ( saya lah tu nanti..Hihi. Alah, angan-angan sekarang. Tak bolehke? )