Ok, sebenarnya Dhia bukan jenis makan Sushi sangat. Biasanya yang selalu suka sangat ke Sushi King, adik-adik Dhia. Makan tak ingat dunia. Dhia pulak? Makan seketul sushi pun dah kenyang. Haha.
Nak makan Yee Sang Sushi King lagiii!!! |
Rasa Segar Menu Yee Sang Sushi King Buat Saya Tak Henti Makan
Tapi, TQ Sushi King Sunway Pyramid. Sebab berjaya buat Dhia makan tak berhenti haritu. Yee Sang je lah jadi tumpuan Dhia.
Tak pernah pun makan Yee Sang sebelum ni. Biasa tengok kat TV, dalam gambar je.
Menu ni campuran salmon, telur mata bulat, telur ikan salmon & bawah ada nasi special sushi king. |
1st ngap masuk Yee Sang dalam mulut, terus rasa segar. Ada campuran sayur segar (sengkuang, timun, carrot ), salmon, keropok (tak tau apa nama dia), telur ikan salmon, Baby kurita dan paling ngam bila korang makan campur pencicah khas dari Sushi King.
Disebabkan Dhia jarang ke Sushi King, jadinya tak berapa mahir gelaran makanan yang ada kat sini.
Tapi satu benda je yang Dhia tau. Yee Sang Double Fresh, Double Joyous Sushi King sedap gila wehh!!
Sempena nak tahun baru Cina 2017, Sushi King keluarkan menu Prosperity Yee Sang. Jadinya dari sekarang sampai 28 Januari ni korang kena cepat-cepat rasa Yee Sang Sushi King. Serius rasa fresh & tak muak. Walaupun perut dah kembung dengan makanan, tangan masih laju je suap Yee Sang Sushi King masuk mulut. Haha!
mmm tak taula nama menu ni. Untuk peminat sushi King confirm la korang tau kan? hahaha. |
Itu antara menu istimewa kat Sushi King sempena nak raya cina nih. Bukan menu tu je ada. Ada jugak menu Spicy Salmon Teriyaki Sushi, Salmon Teriyaki Sushi, Fried Salmon Sushi, Salmon Don, Ontama Salmon Don & Seafood Bento.
Ok, untuk menu ala-ala bento ni, segala yang ada dalam ni sedap! Nasi Sushi King rasa dia lain sikit & tak muak, sotong goreng & udang crisp sedap! |
Menu yang ni pulak, ala-ala bento jugak cuma versi mini Yee Sang mix. Ada bahan-bahan Yee Sang, nasi khas Sushi Kinng dan side dish yang lain. |
Ada banyak sangat menu kat Sushi King sampaikan dah tak muat perut nak sumbat semua. Bila dah kekenyangan sangat, Dhia minum green Tea dari Sushi King. Green Tea Sushi King berbeza berbanding Green Tea biasa.
Green Tea Sushi King ada campuran seaweed sikit dalam tu. Ikutkan Dhia tak suka green tea sebab tak sedap. Nasib baik Green Tea Sushi King sedap weh. Sebab green tea sushi king campur bau seaweed, so bila makan sushi, basuh tekak & perut korang dengan green tea Sushi King. Confirm semua rasa tu akan balance & lagi menyegarkan.
Dan benda lain yang Dhia suka kat Sushi King, sos pencicah dia yang manis tu. Aduh, apa lah nama sos tu ea. Tapi, memang ada dua jenis sos. Satu masin satu manis. Dhia pilih yang manis untuk campur dengan Yee Sang Sushi King. Serius rasa dia sangat perfect!
Jadi kesimpulannya, cepat pergi Sushi King makan Yee Sang sekarang!! Nak bagitau nih, kalau korang makan kat Sushi King dengan pembelian bernilai RM68 dalam satu resit, korang layak untuk memenangi set eksklusif Sushi King Daruma Angpaw & akan dapat trip percutian ke Tokyo “All Sponsored” !! Woww! Cara nak menang tu kena rujuk terus kat Facebook Sushi King Asia okayh?
Geram tengok budak ni tau. Anak Afzal & Zati |