Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan

Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 1
sis muka happy

Yer yer tau, Dhia makin memboolat dah sekarang. Sejak 6 tahun lepas, azam tahun baru mesti pilih nak kurus.

Tapi sampai ke sudah tak berjaya dapatkan berat 45kg macam masa zaman form 5 dulu. Haih.

Ada jugak buat atkins. Tapi 3 bulan je tahan. Lepastu, tak tahan nak melantak!! Hahah. Jadi, tahun ni bila dapat peluang dapatkan rawatan sedut lemak tanpa pembedahan, Dhia rasa macam… Aaaa, tak sabar nak cuba pecahkan lemak degil ni hah!

RAWATAN CRYO LIPOLYSIS ZIMMER BUANG LEMAK TEPU KURUSKAN BADAN

Dhia buat rawatan CryoLiposis menggunakan mesin Zimmer Z Lipo & Z Wave Shockwave kat The Life Clinic damansara (alamat kat bawah sekali).

Proses rawatan Cryoliposis  ni tujuan untuk nyah hapuskan lelemak tepu korang tu hah. Sis murung bila fikir, lemak suka sangat duk lama-lama kat badan buat apa?  Haha!

Sebelum proses rawatan bermula, korang akan dapat konsultansi daripada doktor kat The Life Clinic. Doktor akan tanya kalau-kalau korang ada apa-apa alergik atau penyakit apa-apa ke kan. 

Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 2
Doktor cantik kat The Life Clinic, Damansara

Then setel sesi konsultansi, korang kena decide nak buang lelemak bahagian mana? Ada 8 bahagian korang boleh pilih. Dan setiap bahagian berlainan harga tau.Senarai bahagian untuk dinyah hapus lemak:

Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 3
Bahagian untuk rawatan cyroliposis

Dhia pilih bahagian tepi peha sebab rasa macam. “Hoii besarnya peha akuu!” Haha. 

PROSES PERTAMA MENGGUNAKAN MESIN Z LIPO (PEMBEKUAN LEMAK)

Proses rawatan pertama, lelemak tepu korang tu akan dibekukan menggunakan mesin Z Lipo. Biasa lemak nak buang kena panas/keluarkan peluh kan? Hah, mesin Z Lipo ni bekukan terus lemak korang tu.

Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 4
Proses meletak mesin Z Lipo kat peha

Mesin Z Lipo akan diletak di bahagian yang korang nak, kemudian proses penyedutan lemak bermula selama satu jam.

Jangan risau sebab sebelum letak mesin ni, ada macam gelpad khas diletak kat peha saya untuk mengelakkan kerosakan pada kulit & rasa sejuk je.

Masa mula letak mesin ni, memang rasa macam kena sedut kuat, then lama-lama korang tak rasa apa dah. So, sambil tunggu sejam tu, korang main la game ke, tidur pun sedap. 

Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 5
Sis pilih peha sebab peha sis macam ayam.. Yeah!
Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 6
Nah sis tak pandai la nak baca mesin ni. Tapi yang sis tau, suhu mesin negative 5 darjah celcius

PROSES KEDUA MENGGUNAKAN MESIN Z WAVE SHOCKWAVE (PEMECAHAN LEMAK)

Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 7
Pemecahan lemak guna z wave shockwaveProses rawatan ke-2, selepas lemak dah bagi beku, lemak akan dipecahkan guna mesin macam dalam gambar kat atas. Bunyi mungkin macam scary, tapi tak sakit pun. Bunyi je lebih. haha

Dua benda ni sis tengah cuba sebab rasa dia macam, payahnya nak buat! Haha!

Tapi kesan boleh nampak lepas 3 bulan. Boleh kecik sampai 1- 7 cm. Woww!

So, tunggula lepas 3 bulan ni kayh? Tengok saya berjaya mengurus ke tidak. Hihih.Zimmer The 2nd Generation of Cryo Lypolisis akan mula diperkenalkan secara rasmi kat Malaysia mulai 9 Mac 2017.

So, kalau rasa lemak tu degil sangat, korang boleh try pergi the life clinic ikut alamat macam kat bawah: 

Landmark the life clinic kat sebelah kedai runcit.The Life ClinicLot 6-2A, Jalan Batai, Damansara Heights,50490 Kuala Lumpur

Boleh buat kajian kat website sini http://zimmer-aesthetics.com.sg/

Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 8
Rawatan Cryo-Lipolysis Zimmer Buang Lemak Tepu Kuruskan Badan 9

2 Comments

    • wkmslm lepas buat rasa macam kurang sikit lemak2 tu..tapi tak keseluruhan..Kena buat banyak kali sebab lemak tepu ni degil ..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *