Urinary tract infection

Harini saya nak share dengan U all masalah yang mungkin berlaku kepada kebanyakan wanita di luar sana iaitu berkenaan  Urinary tract infection atau jangkitan saluran kencing…Ada seorang kawan sampai masuk hospital disebabkan infection ni..
Jadi kepada kaum wanita, jom kita semak apa sebenarnya infection ni & bagaimana cara kita nak merawatnya..
Urinary tract infection 1
Apa itu salur kencing?
Salur kencing terdiri daipada dua ginjal,dua ureter, pundi kencing dan urethra.
Apakah jangkitan saluran kencing?
-Apabila kuman (bakteria) menyerang saluran kencingia dikenali sebagai UTI
Apakah kuman biasa yang menyebabkan UTI?
-Escherichia Coli biasanya terdapat di saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling kemaluan.
Adakah lelaki boleh mendapat jangkitan saluran kencing?
-Ada juga lelaki yang dijangkiti jangkitan saluran kencing tetapi jarang jika dibandingkan dengan kaum wanita. Jika lelaki mendapat jangkitan salur kencing, mereka mungkin mempunyai struktur dan fungsi yang abnormal di sistem saluran kencing mereka.
-Jangkitan salur kencing biasa pada wanita. Lebih kurang 50-80% wanita mendapat jangkitan sekurang-kurang sekali seumur hidup, biasanya melibatkan Cystitis yang tidak rumit
Kenapa jangkitan saluran kencing lebih kerap berlaku di kalangan kaum perempuan?
-Uretra pada perempuan adalah pendek. Lubang uretra terletak bersebelahan dengan dubur dan lubang
kelamin.
Apakah tempat yang biasa dijangkiti?
-Pundi kencing adalah tempat yang biasa dijangkiti. Jangkitan pada pundi kencing dikenali sebagai“cystitis”.
Bagaimanakah cara kuman memasuki pundi kencing?
-Pencemaran bakteria mungkin berlaku di kalangan perempuan semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj (vagina) mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin.
risiko bagi jangkitan salur kencing ?
-Faktor risiko berkaitan dengan jangkitan salur kencing : 
::Hubungan sex yang terkini bagi wanita (Cystitis bulan madu )
::Salur kencing yang tidak normal
::Kencing manis
::Kencing tidak terkawal pada wanita dan bengkak kelenjar prostat
::Batu karang dalam buah pinggang
::Hamil
::Pemasangan tiub dalam salur kencing
Back to top
7-Adakah ini serius?
Jangkitan saluran kencing adalah serius.
*SALURAN kencing terdri daripada
-Buah pinggang
-Ureter
-Pundi kencing
-Uretra

Apakah gejala yang biasa UTI?
1. Kencing dengan kerap
2. Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
3. Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing
(tidak puas)
4. Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
5. Kencing berdarah atau kencing yang berbau
6. Demam sederhana

Apakah gejala yang menunjukkan jangkitan sudah melintasi
pundi kencing?

1. Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan
menggigil
2. Sakit di bahagian belakang pinggang
Apakah rawatan untuk UTI?
-Anda akan diberi ubat antibiotik untuk membunuh kuman.
Adalah penting untuk anda menghabiskan rawatan
anti biotik seperti yang diarahkan oleh doktor.
Bagaimana anda boleh mencegah UTI?
Pada amnya jangkitan salur kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun jangkitan beserta dengan tanda-tanda dan gejala memerlukan rawatan antibiotik sebagai pesakit luar. Anda perlu masuk wad sekiranya penyakit anda serius atau tidak sesuai dengan ubat makan atau anda mengalami komplikasi perubatan yang memerlukan terapi intravena.
~Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan
anda
~Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke
belakang setiap kali selepas anda buang air
~Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa
anda datang haid
~Pergi ke tandas setiap kali anda rasa hendak membuang
air
~Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon
~Jangan gunakan spray kebersihan wanita atau ‘douche’
kerana produk ini boleh merengsakan uretra.
Lain-lain langkah pengawalan adalah seperti berikut :
~Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari
~Kebersihan bahagian kemaluan dan salur kencing dengan sempurna.
~Tingkatkan kekerapan kencing terutama selepas hubungan sex (terutama pada perempuan)
~Elak hubungan sex berbilang pasangan
~Elak penggunaan ‘douches’ dan semburan ‘feminine’
~Gunakan napkin dan tukar setiap kali selepas kencing
~Pakai seluar dalam jenis kapas dan elakkan dari memakai seluar ketat
Rujukan :
Utusan Malaysia
Laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

~~Jadi untuk anda semua, jom kita sama2 elakkan infection ni k…untuk keselamatan kerana boleh sampai ke tahap serius..okay?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *