Siapa pernah ke Indonesia sep sikit! Hehe, semalam menghadirkan diri ke pelancaran Exotic Indonesia Street Festival, bertempat di Starhill Gallery. Sempat jugak teringat tahun lepas di Medan. Aktiviti hiking panjang gunung, water rafting kat kolam abadi, hiking sehingga 7 jam perjalanan berkaki ayam, macam2 lagi lah.. Serius rinduuu..
Wonderful Indonesia 2016 Di Exotic Indonesia Street Festival Bukit Bintang
Bila lewat di sepanjang jalan sekitar jalan bermula dari Stahill Gallery entrance, Sephora walkway, Giant Cube, Lot 10 Walkaway. Farenheit dan Isetan, teringat budaya dan tradisi mereka di Indonesia.
Antara aktiviti yang akan ada bermula 1 hingga 4 September 2016 seperti persembahan musik artis terkenal Indonesia, pameran kebudayaan, pertunjukan fesyen, barongan, ada jugak maskot merak Indonesia.
|
Maskot merak |
|
Barongan |
Kerajaan Indonesia telah menetapkan target 20 juta pelancong menjelang tahun 2019 nanti. Wonderful Indonesia merupakan gugusan kepulauan terbesar di dunia yang mempunyai sehingga 13,000 pulau. Wahh, bestnya!
Wonderful Indonesia memiliki sehingga 1,128 kumpulan etnik dan ratusan dialek yang pelbagai.
Belum cerita lagi pasal gunung ganang, air terjun, pantai, etc weh. Oh my.. Dah terbayang syoknya travel ke Indonesia. Keturunan 1/2 Indonesia cam saya of course terlebih happy nak kenal budaya keturunan kan? Hihi.
|
Jomm wonderful Indonesia! Tak sabarnyaaa. |
Menurut Kementerian Pelancongan Arief Yahya, Indonesia bersedia untuk memberi visa percuma kepada hampir kesemua negara, malah sedang membina lebih banyak lapangan terbang baru di kepulauan Wonderful Indonesia.
Gambar sekitar majlis pelancaran Wonderful Indonesia, Starhill Gallery Bukit Bintang.
- Spot pertama ( Starhill Gallery ) – tema wonderful garden Indonesia
- Spot ke-2 ( Sephora Walkway & Shook di Feast Village ) – tema wonderful batik Indonesia
- Spot ke-3 ( Fahrenheit Shopping Centre berhadapan Uniqlo ) – tema wonderful culture Indonesia
- Spot ke-4 ( Giant Cube Lawn Area ) – tema wonderful fun Indonesia
- Spot ke-5 ( Isetan ) – tema wonderful nature Indonesia
- Spot 6 ( Isetan Ground Floor ) – Wonderful shopping Indonesia
|
Barongan besttt! |
|
Persembahan musik |
Hemm, kalau korang nak cuba hasil lukisan henna
Ariefa Akbar, boleh terus ke Isetan Ground floor. Neyra bukan main excited dapat pakai henna. Saya pulak ternganga sebab ada makcik potong que lepas menunggu giliran berzaman kat situ.
|
Kemain die excited, aku hanya mampu melihat. kahkah |
|
Bersama traveller, speaker dan photographer hebat, Mr Shane Dallas (Thetravelcamel) |
|
Dapatkan teh botol sostro di lot 10 dengan harga promosi 3 botol RM6 |
Jadi, cepat-cepat ke bukit Bintang 1 hingga 4 September ni ok? Boleh selfie dengan merak!! Hehe.