Kos Rawat Kucing Sporo Guna Ubat Antifungus Dan LIV52 Murah Jer

Kos Rawat Kucing Sporo Guna Ubat Antifungus Dan LIV52 Murah Jer 1
Entry yang lepas Dhia ada bagitau kronologi macamana Mel disahkan sporo. Itu ikutkan masuk bulan ketiga kena sporo. Bulan pertama dan kedua takda rawatan sebab tak tau dan luka masa bulan 1 & 2 hanyalah dua lubang biasa dan tak banyak merebak macam bulan ke-3.
Masuk bulan ke-3 luka Sporo merebak. Cara dia merebak? Korang akan nampak luka lain tu macam lubang kecil kena cucuk jarum. Then luka tu sebenarnya makin lama makin besar. Sebab fungus Sporo tu makan dari dalam. 

Doktor cakap, sporo ni pandai. Dia duduk bawah sel darah ke apa tah. Jadi, sistem imun kucing tak dapat nak musnahkan fungus tu. Sistem imun kucing tau ada sporo tapi tak dapat nak bunuh fungus tu.

So bulan ketiga baru start jumpa doktor untuk sahkan. Korang kena cek sahkan confirm ada sporo atau tak. Doktor akan cek guna mikroskop. 

Sebulan pertama rawatan, luka nampak perubahan masa minggu ke-4 penggunaan ubat antifungus + liv52 + transfer factor.

Ni ubat antifungus yang saya cakap kat artikel sebelum ni. Berbeza daripada apa yang saya baca kat blog. Rata-rata orang guna ubat sporo untuk manusia. Tapi kat vet ni, guna ubat sporo jenis camni. 
Kos Rawat Kucing Sporo Guna Ubat Antifungus Dan LIV52 Murah Jer 3
Ubat antifungus khas untuk kucing dijangkiti sporo
Senang jugakla nak bagi makan. Nanti ada masa Dhia akan buat video cara bagi kucing makan ubat ok?
Tadi baru angkut Mel dari Vet. Dhia tinggalkan Mel kat pet hotel vet 3 hari sebab outstation. Dan kalini masih kena makan ubat yang sama sampai luka Mel tertutup sepenuhnya. Kos ubat takda la mahal pun.
Ubat antifungus (30 kapsul) = RM105
Ubat hati Himalaya LIV52 (30 kapsul)= RM30 
Cara makan: 1 biji setiap hari selepas makan. Tak boleh skip walaupun sehari

Untuk bulan ke-2 rawatan @ bulan ke4 dijangkiti sporo, Dhia masih perlu bagi Mel makan ubat setiap hari. Sampai je kat rumah, gigih angkut si Mel yang gemok ni. Berat dia sekarang dah 5kg. Mengah jugakla nak angkut weh. Berattt! Haha.
So, ni rupa luka masa Dhia belek kat rumah. Alhamdulillah, luka makin mengecil & luka sekeliling yang merebak tu mengecut, tak membesar macam sebelum ni. 
Kos Rawat Kucing Sporo Guna Ubat Antifungus Dan LIV52 Murah Jer 4
Ikutkan luka dia dah mengecil sebenarnya. Kalau sebelum ni luka kecik2 kat keliling tu basah, ada nanah & membesar. Yang luka utama pulak sebelum ni bulat dan kulit tengah luka besar ni takda masa luka tu makin membesar. Dan kalini luka macam nak bercantum dan mengecil balik.
Kos Rawat Kucing Sporo Guna Ubat Antifungus Dan LIV52 Murah Jer 5
Cara Mel makan memang camni. Makan pun baring. Pemalas budak gemok ni

So, 3 ubat ni penting untuk rawat kucing sporo kat rumah. Kalau korang punya kucing kena sporo, try la rawat guna cara camni. InshaAllah kalau diizinkan sembuhla kucing nanti ;-D

Beli ubat hati Liv52 kat link ni > liv52 himalaya animal

KUCING SAYA SEMBUH SPORO SELEPAS SETAHUN. BACA KAT ARTIKEL Saya Rawat Kucing Sporo Lepas Luka Terbuka Semula

14 Comments

  1. Kucing jantan saya kena sporo. Saya bagi makan Inox (1/2 capsule ) sekali sehari dan sama juga Ubat liver . Luka saya cuci dgn Dermacyn sebelum . Sapu cream herb S3 Dua kali sehari. Dah 2 bulan kudis d muka Dan telinga kadang2 kering dan kadang basah. Luka d hidung nampak bertambah kering. Kena Tak saya pakaikan collar pd kucing saya. Saya pernah collar dia tetapi kesian stress kucing tu.
    Berapa lama boleh baik sporo ni?

    Tk

  2. Salam, kucing saya kena sporo. baru je detect lepas pergi vet. Infected area tu bahagian claw dia πŸ˜” baru 1 day bagi dia ubat capsule yang ada manik kecik inside tu tapi lately dia nampak macam tak active. and bahagian kaki dia macam bengkak. mmg kucing sporo tak active ke? Or dia tengah tahan sakit ye? minta tolong sangat πŸ˜” kalau cuci luka dia takpe ke waktu bengkak? maaf ye bertanya terima kasih

  3. Asaalamualaikum Dhia, kucing saya baru diagnos sporo last week. Itupon dah lambat sgt dah dpt tahu. Tapi klinik charga RM8 sebiji utk antifungus Itraconazole 100mg. Boleh tak awak share antifungus apa yg awak beli dan di klinik mana? Sporo anak bulus saya atas mata, dalam telinga, sekarang dekat kaki dan dia kerap sangat dia garu2 lagi. Terpaksa pakai colar utk dia which make him stress sampai bulu gugur. πŸ˜“. TF tuh awak beli dekat mana ye?

    • Saya beli sporanox untuk manusia kat farmasi biasa. Dos ni kuat. Kena bagi separuh caps. Boleh spray nanoperak pada kucing jugak. Sebab nanoperak untuk bunuh virus/kuman semua tu. Nanti luka kering.. try contact 0177415262 (ika) untuk order nano perak.

  4. kucing saya baru tadi tahu kena sporo. doctor tak cakap langsung pasal ubat sporo tu kena bagi separuh. tak jadi apa apa ke dekat kucing kalau saya dah terbagi 1 biji terus? dos kuat kanβ€¦πŸ˜­ terbagi tadi. baru pertama kali makan. takde apa apa kanπŸ˜­πŸ˜”

  5. salam Cik Dhia, nak tanya sekarang kucing Cik Dhia ok ke? Kucing saya baru kena. nangis saya sbb sedih.. tak tahu apa nak buat

  6. salam Cik Dhia.. kucing saya kena sporo, say baru dapat tahu.. tapi kucing saya ada luka2 dan dalam hidung dia ada ketumbuhan dan darah.. saya sangat risau skrg.. apa patut saya buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *