Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus

Artikel tahun lepas Dya ada share dengan korang makanan apa yang Dya bagi Mel makan untuk gebukan bulu dia kan? Boleh baca kat artikel Makanan Terbaik Untuk Kucing Bulu Panjang.
Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus 1
Kalau korang baca artikel tu, Dya beralih dari beri makanan biasa –> Royal Canin –> Pro pac savanna –> blackwood.
Reason bertukar makanan sebab:
1. RC masa tu tak sesuai untuk mel. Mel berak cair
2. Pro pac mahal nak mam (sebab saya beli yang dalam paket asli pek pro pac savanna)
3. Blackwood murah sikit & bagus sebab najis Mel cantik, bulu pun kembang

Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus

Untuk makluman, blackwood saya tak beli yang jenis paket asli blackwood. Saya beli yang jenis repack. Means dari pek asli, petshop bahagikan jadi kuantiti sekilo untuk semua brand.
Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus 2
Beli yang jenis repack pastu masukkan dalam balang
Dan apa yang Dya perasan, harga repack lebih murah berganda! Haha. Harga blackwood adult sekilo = RM14.90 je. Kalau pek asal 2.7kg = RM75+ . Agaknya mahal plastiknya kot? Haha/
Jadi, baik beli repack punya sebab murah sikit. Kualiti pun sama cuma dia jenis repack ke bekas lain jer.
So, Dya teruskan bagi Mel makan Blackwood sampailah Disember 2017. Masuk tahun baru, stok makanan habis. Pergi kedai pulak, jenama blackwood habis licin. Nampak bebenor jenama ni memang bagus untuk kucing (memang pon).
Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus 3
Merenung masa depan dia
Bila stok blackwood habis, dah takda idea nak bagi makan apa. Pastu duk cari-cari, ternampak equilibrio dengan royal canin terbaru (tak ingat nama dia).
Dya decide beli dua jenama tu. Cam biasalah, harga repack memang berbaloi. Cuma brand ni mahal sikit je dari blackwood.
Equilibrio adult (fish) = RM9.90/500gm
Royal Canin = RM19.90/kg
Campurkan kedua makanan ni, pastu bagi Mel makan. Tau tak, Mel suka gila makanan baru ni sebab agaknya da bosan kot makan blackwood je hari-hari. Haha!
Makanan baru ni hari-hari memang habis licin weh. Takda sisa. Memang sedap sangatla tu.
Dan kalau korang ikut perkembangan Mel yang hidap sporo ni, tiap bulan memang Dya bagi dia makan ubat. Cuma baru-baru ni Dya buat teknik baru untuk bagi luka sporo cepat baik

Dya bagi ubat manusia yang 10 x ganda lagi kuat berbanding ubat sebelum ni. Cumanya Dya bagi dia makan seminggu je. Luka mengecil. Then Dya stopkan kejap bagi ubat sebab badan dia nampak susut sikit bila makan ubat sporanox manusia.
Apa Makanan Kucing Berjenama Yang Murah Tapi Bagus 4
Tak nampak sangat badan dia. Angle ni tengah mengeliat

Tapi still dalam kategori gemok gedempol lah. Cuma tak sedebab dulu.

Lepas stop bagi makan ubat, Mel punya makanan masa tu masih lagi blackwood. Badan dia tak bertambah berat pun. Jadi kebetulan bila blackwood habis stok, Dya ganti dengan makanan baru, dalam seminggu tu badan dia jadi gebu balik. 

Makan Equilibrio & Royal Canin Cepat Gebukan Bulu Kucing

Makanan pulak hari-hari habis. Najis Mel pun cantik. Lebih cantik berbanding masa makan blackwood. Masa makan blackwood, najis Mel sikit-sikit & keras gelap.
Lepas makan yang baru ni, najis dia lebih cantik lah.
Banyak makanan Dya dah tukar. Dan Dya tukar kepada yang sesuai dan paling penting ikut bajet lah. Means murah dan berbaloi. Haha. Sekali beli makanan tahan dalam 3-4 minggu. Kos baru RM20+ je.
Kos lain bila bela kucing ni biasanya bulanan kena spend untuk ubat RM100+, lampin RM55, palet kayu pine wood RM35 (tahan sebulan lebih), makanan RM40. Haa tu je lah. 
Sebelum ni kos tinggi sikit dalam hampir RM400 sebab beli ubat & barang lain untuk Mel. Bulan lepas dah mula kurang sikit kos sebab Dya bagi ubat sporanox untuk 10 hari sahaja. Lepastu stop sebulan. Then next week baru sambung bagi lagi.

Latest Comments

  1. SPOILbusSTER August 27, 2019
  2. norra November 4, 2019
  3. Yaya December 20, 2019
    • Dhia December 23, 2019
  4. Mohamad Hakim April 21, 2020
  5. Miss Sahi June 16, 2020
    • Dhia June 27, 2020
  6. HILMI September 18, 2020
    • Dhia September 30, 2020
  7. dn October 26, 2020
    • Dhia November 3, 2020
  8. Peace May 10, 2021
  9. June June 4, 2022

Leave a Reply