Beza Budaya Bukan Penghalang Cinta Dua Benua Tang Guo Hua

Beza Budaya Bukan Penghalang Cinta Dua Benua Tang Guo Hua 1

Rasanya ramai yang dah tengok 5 siri rancangan Travelog Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua kan? Cerita cinta dua individu yang berbeza budaya dan tempat kelahiran. Satu kat Melaka, satu lagi nun jauh terus kat China. Jurang budaya yang sangat berbeza tapi?

Beza Budaya Bukan Penghalang Cinta Dua Benua Tang Guo Hua

Tapi mereka membuktikan bahawa jurang perbezaan tu bukan penghalang untuk saling memahami & bertoleransi dalam perhubungan mereka sebagai suami isteri.
Rancangan travelog ni tercipta sebab kedua pasangan romantik ni ada banyak cerita & pengalaman yang mereka nak kongsi kat penonton. Terutamanya tentang kampung Tang Wang, sebahagian kecil dari negara China yang ramai tak tahu lagi tentang kewujudan tempat ni.

Bila tengok rancangan diorang, Dhia rasa best nyaa kat sana! 

Watak utama, keduanya usahawan berjaya. Cik puan isteri,  Puan Asyikin Rahmat, usahawanita yang memiliki butik pakaian jenama Asyikin Exclusive & sekarang ni dah ada 3 cawangan kat Melaka (Mitc, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan)

Beza Budaya Bukan Penghalang Cinta Dua Benua Tang Guo Hua 2

Encik suami, Haji Ishaq Tang Guo Hua pun sama jugak, usahawan berjaya. Beliau memiliki perusahaan bergelar Baba Nyonya Shop, kedai borong pakaian & tekstil kat Jalan Tar.

So,  kalau korang nak borong & niaga kain, boleh cuba tengok corak dari baba nyonya shop. Sebab kain memang import khas dari China & idea corak kain dicetak & ilham dari Tuan Hj Ishaq sendiri. Jadi, korang takkan jumpa corak yang sama kat tempat lain. 

Dua-dua minat bisnes. Dan dua-dua berjaya dalam bisnes masing-masing. Tapi,  nak tempah kejayaan bukan kerja sehari dua. Tn Hj Ishaq cerita macamana beliau mula-mula mencari rezeki kat Malaysia selepas habis belajar. Naik bas ke tempat kerja, jalan kaki jauh giler setiap hari. Tapi katanya demi ilmu dia bertahan dengan semua cabaran tu. Setiap hari selama 4 tahun kalau tak silap Dhia. Boleh bayang tak macamana perit jerih nak membangunkan sesuatu bisnes nih?

Dhia teringat jugak pengalaman dhia masa aktif berniaga tudung. Nak naikkan jenama Vivadea tak mudah. Sekarang pun masih bertatih lagi. Hehe.

Beza Budaya Bukan Penghalang Cinta Dua Benua Tang Guo Hua 3

Selain tu dalam travelog ni,  tujuannya untuk pendedahan kepada penonton tentang tempat yang bukanlah “wish list” untuk pelancongan pun. Cari kat Google memang korang takkan jumpa tempat nama kampung Tang Wang.

So, dalam rancangan Travelog ni lah, mereka akan bongkar apa yang ada di sebalik Kampung Tang Wang.

Yang kelakarnya, dalam travelog tu, korang mesti ketawa bila tengok gelagat encik Suami. Sebab Tn Hj Ishaq suka kena kan cik puan isteri. Memang kelakar. Tn Hj Ishaq siap cakap awal-awal,  beliau tak fasih melayu tapi fasih Arab. Jadi, bila dengan beliau berbahasa Melayu. Macam-macam perkataan keluar. Contohnya macam kat video bawah ni ha.

Jumpa diorang depan-depan kitorang duk ketawa je tengok diorang. Romantik dalam cara tersendiri. 

Banyak lagi sedutan cerita kelakar kat dalam Travelog Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua. Siaran berlangsung setiap hari Ahad jam 7.30pm kat saluran Astro Oasis. Korang wajib tengok okay? Sebab best gila tengok gelagat masing-masing. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *