Main pokemon go bateri cepat habis. Bagus ada car charger Innergie |
Tahun ni serius memang tahun paling busy lepas pindah dari Sabah. Ke sana sini jangan cakaplah. Satu jam or 2 jam perjalanan tu memang terlalu biasa bagi saya dan suami. Sebab saya memang dah start bisnes sejak 2010. Memang selalu lah ke hulu hilir.
Tak jauh ke?
Kadang tu rasa penat bawak powerbank kehulu hilir. Sebab besar dan berat. Tak praktikal untuk bawak ke sana sini.
Alhamdulillah tahun ni terjumpa satu produk cas phone kat IG & FB. Ramai dok promot produk Innergie nih kat media sosial. Tapi masa tu saya blur. Apa kebenda nya inergie ni kan?
Innergie merupakan pelopor terbaik dalam industri teknologi dunia. Kepakaran mereka seperti merekacipta serta membekalkan produk yang menyelesaikan masalah masyarakat terutamanya dalam industri teknologi seperti telefon bimbit.
Masyarakat kini lebih fokus pada telefon bimbit, laptop dan barang teknologi lain untuk urusan harian. Jadi, mereka memerlukan produk seperti Innergie supaya barang mereka sentiasa dicas dengan cepat dan senang dibawa ke mana sahaja.
Dalam masa 9 tahun, produk Innergie mendapat 25 award kesemuanya. Pencapaian yang sangat pantas dan hebat |
Car Charger Innergie Life Saver Bila Keluar Travel Sana Sini
Tetiba minggu lepas dapat pakai car charger Innergie. Peh, serius memang life saver. Dan kalau nak tau saya tak sentuh powerbank langsung lepas dah ada car charger Inergie ni.
See? Car charger yang saya guna guna life hub. Jadi korang boleh cas device sampai 4 biji sekali gus. Serius best! |
Kelebihan ada port banyak, orang lain pun boleh cas henpon masing-masing dalam kereta guna car charger yang sama. Best tak weh??
Siapa yang dah rasa macam lenguh tangan bawak power bank besar gabak, atau selalu sangat bateri habis, saya sarankan korang beli kat Car Charger Innergie. Serius best gila!
Baca Juga Resepi Sardin Buat Sendiri Di Rumah