Car Charger Innergie Life Saver Bila Keluar Travel Sana Sini

Car Charger Innergie Life Saver Bila Keluar Travel Sana Sini 1
Main pokemon go bateri cepat habis. Bagus ada car charger Innergie

Tahun ni serius memang tahun paling busy lepas pindah dari Sabah. Ke sana sini jangan cakaplah. Satu jam or 2 jam perjalanan tu memang terlalu biasa bagi saya dan suami. Sebab saya memang dah start bisnes sejak 2010. Memang selalu lah ke hulu hilir.

Sampaikan ramai orang pelik & tanya satu soalan ni:

Tak jauh ke?

Hehe, sebenarnya jauh. Cuma dah biasa, jadi tak terasa mana pun. Dan dari dulu sampailah sekarang satu problem bila travel sana sini bateri phone cepat habis.
Penyelamat masa tu power bank lah. Nak ke China pun bawak power bank besar gabak. Bayangkan, kat China lagi la jauh kita ke sana sini. Phone memang kena sentiasa on dan alert. Kalau bateri kong cemana nak balik hotel? Dahla kat sana tu besar yang amat.

Kadang tu rasa penat bawak powerbank kehulu hilir. Sebab besar dan berat. Tak praktikal untuk bawak ke sana sini.

Car Charger Innergie Life Saver Bila Keluar Travel Sana Sini 2

Alhamdulillah tahun ni terjumpa satu produk cas phone kat IG & FB. Ramai dok promot produk Innergie nih kat media sosial. Tapi masa tu saya blur. Apa kebenda nya inergie ni kan?

Innergie merupakan pelopor terbaik dalam industri teknologi dunia. Kepakaran mereka seperti merekacipta serta membekalkan produk yang menyelesaikan masalah masyarakat terutamanya dalam industri teknologi seperti telefon bimbit.

Masyarakat kini lebih fokus pada telefon bimbit, laptop dan barang teknologi lain untuk urusan harian. Jadi, mereka memerlukan produk seperti Innergie supaya barang mereka sentiasa dicas dengan cepat dan senang dibawa ke mana sahaja.

Car Charger Innergie Life Saver Bila Keluar Travel Sana Sini 3
Ms Claire Wang (right), Global Director of Innergie Business and Mr Derrick Ho,Director of Innergie SEA. Produk yang diperkenalkan seperti : travel adpter (power gear ICE65), super-speed usb connector ( Wizard Tip) & charging hub (Life Hub Plus)

Car Charger Innergie Life Saver Bila Keluar Travel Sana Sini 4
Dalam masa 9 tahun, produk Innergie mendapat 25 award kesemuanya. Pencapaian yang sangat pantas dan hebat

Car Charger Innergie Life Saver Bila Keluar Travel Sana Sini

Tetiba minggu lepas dapat pakai car charger Innergie. Peh, serius memang life saver. Dan kalau nak tau saya tak sentuh powerbank langsung lepas dah ada car charger Inergie ni.

Mana taknya, bila bateri kong, perjalanan balik takda masalah dah nak akses maps (biasanya maps penting untuk saya travel sana sini). Sebab saya bukannya hafal sangat jalan lagi2 kat KL sana tu ha.
Yang paling best, saiz car charger innergie ni kecik dan ringan. Masuk beg pun takda masalah. Siap ada port untuk charge sampai 4 devices! Yess, 4. Tapi phone biasa saya guna 1 jer lah. Hehe.
Car Charger Innergie Life Saver Bila Keluar Travel Sana Sini 5
See? Car charger yang saya guna guna life hub. Jadi korang boleh cas device sampai 4 biji sekali gus. Serius best!

Kelebihan ada port banyak, orang lain pun boleh cas henpon masing-masing dalam kereta guna car charger yang sama. Best tak weh??

Siapa yang dah rasa macam lenguh tangan bawak power bank besar gabak, atau selalu sangat bateri habis, saya sarankan korang beli kat Car Charger Innergie. Serius best gila!

Baca Juga Resepi Sardin Buat Sendiri Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *