Sekarang saya dah jumpa cara terbaru naikkan HB lebih cepat, pilihan lebih sihat semasa mengandung kali kedua ni. 4 tahun yang lepas saya ada kongsikan tentang Cara saya naikkan hb guna supplemen dan makanan. Tapi cara tersebut hanya naikkan sedikit sahaja hb saya. Paras hb paling naik pun hanyalah 10.
Untuk prenancy kedua, saya mengkaji ilmu pemakanan, sangat berbeza berbanding dulu yang tak tahu apa-apa dan hanya mengikut saranan orang disekeliling sahaja.
Rupanya cara yang terbaru ni ternyata lebih best! Sangat-sangat membantu!
Bayangkan daripada hb 9+ boleh naik hingga ke 11-12. Tapi, masa trimester ketiga takda lah hb naik sampai 12. Which is normal. Sebab hb yang paling sesuai waktu trimester ketiga adalah bawah 10 tapi tak kurang dari 8 kalau tak silap saya.
Cuma masa trimester pertama dan kedua, bila hb saya bawah 10, saya akan mengalami masalah-masalah seperti:
- Tak boleh bergerak aktif
- Sakit celah kaki
- Sesak nafas
- Selalu rasa nak pitam, dll
Ramai yang sarankan supaya buat GREEN JUICING. Ianya tak berapa berkesan untuk saya sebenarnya.
Sebab rekod Hb saya semakin low.
Saya memang pantau paras hb setiap minggu. Ada mesin khas di rumah.
Sampailah satu masa tu, saya buat lagi pembacaan tentang pemakanan dan penyebab hb low waktu mengandung ni.
Dan saya terjumpa menyatakan bahawa salah satu penyebab adalah kurang vitamin B dalam badan ni.
Ringkasan artikel
Cara Naikkan HB Dengan Cepat Semasa Mengandung
Jadi apa saya buat? Haa. Ni kaedah pemakanan yang saya jumpa:
- Ratah ulam raja + oren 3 biji + epal hijau sebiji (saya tak buat green juicing tapi saya makan terus bahan-bahannya) Lebih mudah, cepat dan sedap.
- Minum susu kambing 100% asli tanpa campuran (brand yang saya sarankan hanyalah salic goat @ purenat sahaja) . Boleh baca di SINI kenapa saya pilih brand ni
- Minum Promegranate Juice 100% ori . KLIK SINI untuk tengok brand yang saya minum. Kena pastikan ianya 100% ori dan organic tanpa apa2 campuran dan bukan jenis concentrate juice
- Air nabeez (1 botol 55oml spritzer penutup hijau+ 7 biji kurma ajwa, rendam semalaman. Yang ni optional saja. Saya jarang minum. Ambil kalau rajin je. Hehe)
Baca Nota saya tentang 4 Pemakanan Berkesan Naikkan HB Terutama untuk mereka yang ada Thalesemia
Saya tak makan maltofer mahupun iberet. Saya baru perasan, dulu masa kena makan dos tinggi iberet, saya menghadapi masalah sembelit masa pregnancy pertama.
Pregnancy kalini saya memang lebihkan pada pemakanan sahaja. Kurang supplemen sebab boleh ambil vitamin dari makanan tu sendiri.
Supplemen kadang ada yang tak sesuai diambil. Badan saya tak dapat terima. Badan akan berangin, sembelit dan sebagainya. Jadi lebih baik jika kita ambil manfaat vitamin dari makanan saja. Seperti yang disarankan dr Brewers.
Pemakanan Sewaktu Hamil
Supplemen yang saya ambil hanyalah methylfolate. Pemakanan tambahan wajib harian semestinya:
- Minyak VCO
- Minyak Evoo
- Buahan, Ulaman
- Cranberry Juice 100% ori & organic
- Promegranate Juice 100% ori & organic
- Susu kambing 100% Asli
- Air mineral spritzer
- Kurma Ajwa
- Air kelapa (kerap minum seawal trimester pertama)
- Vitamin C ascorbic acid, tanpa apa-apa campuran (ni minum kadang2 bila rajin)
- Minuman coklat tanpa gula (susu kambing + serbuk koko pilihan sihat) Saya minum kadang-kadang untuk dapatkan magnesium dari situ
- Kacang almond kadang-kadang (untuk sumber magnesium juga)
Masalah Selesai Sewaktu Hamil
Banyak masalah selesai bila saya amalkan semua ni. Antara masalah:
- Leucocytes tinggi /UTI
- Sakit bawah perut
- Hb low
- Susah bergerak
- dll
Untuk penyerapan magnesium, saya rendam kaki dengan campuran magnesium flakes & air suam. Saya beli di apps Iherbs (produk luar negara). Kat Malaysia ni banyak jual epsom salt je. Saya lebih suka magnesium flakes.
Korang boleh download apps iherb dan buat carian magnesium flakes & magnesium oil jenis spray. Dua barang ni wajib ada kat rumah. Banyak kegunaan sebenarnya.
Nanti boleh gunakan KOD DISKAUN CPK9131 untuk dapat diskaun 10%-20% beli kat sana
Atau kalau ada masa, pergi kat pantai rendam kaki kat situ. FREE sumber magnesium. Hehe.
PCOS Lenyap Lepas Ubah Pemakanan
Nak tau tak? Selepas saya kaji tentang pemakanan beberapa tahun kebelakangan ni. Banyak masalah kesihatan saya selesai!
Antaranya PCOS LENYAP!
Kalau kalian ada follow TTC Journey saya masa pregnancy pertama pasti faham bukan mudah nak pregnant bila ada PCOS.
Pregnancy kedua ni, PCOS saya memang dah takda sebelum saya pregnant. Dan kaedah saya untuk plan pregnant memang melalui pemakanan serta urutan IBU NISA juga (sebab rahim masa tu jatuh sikit)
Alhamdulillah Allah permudahkan.
Saya akan ceritakan journey kedua ni kemudian. Sebab panjang kisahnya. Hehe.
Dan paling best, pregnancy kedua ni bila tukar pemakanan pilihan sihat, berat baby naik, berat mak maintain.
Masa first pregnancy saya takda ilmu pemakanan. Berat masa tu naik 20kg! Fuh!
Jauh beza dengan kalini. Berat hanya naik dalam 10kg sahaja. Biar berat baby yang naik, jangan berat mak. Sebab nanti banyak benda nak kena kasi setel. Hehe.
Masa first pregnancy saya stress nak tangkap gambar sebab muka dan badan terlampau kembang. Baju banyak tak muat.
Bezanya kalini, dah 9 bulan pun tetap maintain sama. Baju sebelum pregnant pun masih muat dipakai
Ni antara benda best bila kita jaga pemakanan sebelum, semasa dan selepas pregnant.
Bukan diet! Tapi tukar pemakanan pilihan sihat.
Saya ada buat banyak perkongsian tentang cara saya turunkan berat tanpa diet KAT SINI
[…] Baca Juga: Cara Saya Naikkan HB […]
Hi. Saya try bukak link utk tngk yang juice pomegranate tu. Tapi tak boleh lh nak bukak. Kenapa ye.