Cara Nak Ke GlassHouse Seputeh Naik KTM & Uber

Cara Nak Ke GlassHouse Seputeh Naik KTM & Uber 1

Hemm, harini attend event, once again pilih naik public transport je. Sebab sekarang macam malas nak rempuh jem dah. Haha.

Well, cam biasa kita akan jumpa neyraalana kat Kl Sentral. Sebab nak ke Glass House Seputeh takda ktm yang dekat sampai boleh jalan kaki. So, decide naik uber ngan Neyra. Haha. Ni first time naik uber. Semua benda public first time mesti ngan Neyra. Sebab dia ratu Uber. Kahkah.
Owh harini naik ktm dah start pakai token kuning. Lupa nak snap gambar. So pinjam gambar oranglah. Pakai token sama je macam naik monorel cuma token ktm warna kuning uols.. 
Nah belanja gambar, tapi ni culik gambar Halim, blogger hot idaman cik Tettt..Aku harap dia tak baca blogpost aku nih. Hahah.
Cara Nak Ke GlassHouse Seputeh Naik KTM & Uber 2
Nak ke destinasi, korang touch token kat cam dalam gambar tu, sampai destinasi korang masuk kan token dalam lubang mesin tu ha.
Biasanya seremban ke kl sentral ambik masa sejam lebih. Kalini Diya rasa sejam 17 minit da sampai. Awal 13 minit. Emm, masih boleh diperbaiki lagi. 

Tapi Diya rasa KTM ada sebab bawak slow lah weh. Cuba bayangkan. Bawak slow tapi kadang scary jugak dengar bunyi kriuk sana kriuk sini dalam train. Kalau bawak laju, rasanya tergolek2 la kot dalam tu.

Baca Macamana Nak ke Sheraton Imperial KL Naik KTM 

Cara Nak Ke GlassHouse Seputeh Naik KTM & Uber 3
Naik uber kat atas sana tu ha. Aku jalan ikut je Neyra ke mana2 pon. haha!
And sambil menunggu Uber, sempat lagi si Neyra suruh download apps uber. Sampai kat event je terus wajibkan diya secara paksa rela key-in code UBER atas nama uberneyra atau uberyazidizzat. Haha!

Cara Nak Ke GlassHouse Seputeh Naik KTM & Uber 4
Dah daftar UBER
Haih, kena guna kod tu sebab kalau korang daftar code kat apps uber yang baru download tuh, korang dapat FREE RM20 untuk guna khidmat uber. Hah. Best tak?? Patutle beria suruh aku daftar cepat2. Hihi.
Well, Diya jarang guna UBER, so nak dapat FREE RM20 tu korang key in code yang dya bagi tu ok? Malas promote diri sendiri. Haha.

Cara Nak Ke GlassHouse Seputeh Naik KTM & Uber

Cara Nak Ke GlassHouse Seputeh Naik KTM & Uber 5
Glasshouse Seputeh cantik kalau nak celebrate apa2 kat sini. Yang korang nampak ni kosong, ruang lain lagi besar. Simple & minimalis

Hemm, event kat GlassHouse seputeh, Dhia cadangkan korang naik KTM ke KL Sentral sebab lagi dekat berbanding KTM Seputeh. Dan lebih selamat lah. Sebab ada kawan bagitau KTM Seputeh tu jalan agak sunyi. So better terus ke KL Sentral, download apps UBER & panggil UBER untuk hantar ok?

Tak mahal. Kos dari KL Sentral ke Glass House Seputeh RM5 untuk satu kereta (Neyra yg cakap). Bukan untuk seorang. Tapi untuk satu kereta. So kalau ada kawan lain, tong tong lah singgit sorang. Haha.

GILA MURAHHH NAIK UBER!

Nah ringkasan:

  • Naik KTM Seremban ke KL Sentral (sebab dya dari Seremban)
  • Call Uber ke Glass House Seputeh
  • Total kos pergi sahaja dari RM8.70 + RM5 = RM13.70 
Ok, pasni nak ke Keyel naik UBER lah kita. ;-P
Cara Nak Ke GlassHouse Seputeh Naik KTM & Uber 6
Gaya simple je ke majlis. Baju tu jenis kurung kedah tapi design modern.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *