Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda 1

Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda 2

Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda
15 July, semalam. Tiba-tiba rasa teringin nak join “movie day out” filem Zack Kapcai anjuran MiG Pictures, terbitan Mr David Teo.

Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda 3
di sebalik tadbir filem Zack Kapcai
Saya ni jenis memilih kalau bab nak tonton movie kat wayang. Biasanya saya akan pilih filem berat seperti Transformers, Lucy, Transcendence, Magnificent, etc. Sebab saya suka berfikir dan mengkaji cerita di sebalik filem2 tu. Ada mesej tersembunyi.
Kalini, tertarik nak tonton filem terbaru arahan Tn. Azaromi Ghozali & Rosli Mohd Taib. Harapan saya pada filem ni hanyalah untuk santai-santai, yang tak memberatkan fikiran. 

Yelah, dalam kepala ni banyak benda tengah fikir. Biasanya digelar sebagai “monkey mind” in head.

Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda

Jadi, apalagi? Tengok filem santai Zack Kapcai lah weh. Serius lawak & Fad Bocey kelakar gila! Antara pelakon dalam filem ni, Fad Bocey, Rahim Sepahtu, Shahfiez Rempit, Syuk SYJ, Serina Redzuawan, Epy Kokdiang dan pelakon baru, Julia Farhana.

Zack Kapcai ni lebih kepada kisah mat rempit yang suka berlumba motor . Satu hari, bila Minah ( Serina ), ibu kepada Zack (Fad Bocey) dapat tahu tentang minat merempit suami beliau ( Rahim Sepahtu ), rumahtangga mereka hancur. Masa tu, Zack dan Tasha, adik Zack ( Julia Farhana ) masih kecik dan mereka terpisah. Sorang ikut mak, sorang ikut bapak.

Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda 4

Bila dah besar, si Zack ni ikut jejak bapak dia. Tak tahu langsung yang bapak dia ni sebenarnya Raja Kapcai. Sampailah satu hari tu terkantoi. Pujuk punya pujuk mak dia, akhirnya Zack dibenarkan mencari semula bapak dan adik dia. Adik si Zack pulak, bila besar jadi minah rempit. Berkawan dengan gengster. Depan bapak, pijak semut pun tak mati. Belakang bapak?

Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda 5


Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda 6

Part paling kelakar, buat korang ketawa gila2 bila si Roy ( Syuk Syj) & Zack ( Fad Bocey ) buat lawak selamba diorang. Serius kelakar gila wehh. Muka Fad Bocey memang tak boleh blah.

Filem Santai Zack Kapcai Bantu Hilangkan Stress Anda 7


Akhirnya, Zack jumpa semula dengan bapak dan adik dia dengan bantuan kawan baik, Roy (mamat muka belacan). Klimaks cerita ni, bila berlaku pergaduhan dan perebutan motor Raja Kapcai antara Zack dan Gengster.
Korang kena tengok filem ni. Dah ada kat pawagam 14 Julai lepas. Kena tengok sebab lawak ni membantu release tension korang. Santai-santai sudeyy.

Tengah menaip ni pun aku masih boleh ketawa, lagi-lagi bila teringat muka si Fad Bocey.

Thanks Mr David Teo! Sebab anjurkan majlis sambutan hari raya bersama bloggers sekali dengan movie day out filem “Zack Kapcai”. Untuk makluman, antara movie yang akan datang : Volkswagen kuning ( 22 Sept), Dorm Melati, & Hospital.

Syabas kepada pengarah filem Zack Kapcai, sebab berjaya mengarahkan filem ringan yang santai dan tak memberatkan fikiran penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *