Kenapa wanita ni misteri & kuat merajuk?

Assalamualaikum..
Untuk entry kalini saya yakin ramai wanita di luar sana mempunyai perangai mengada2 & gedik ( termasukla saya) kan?? heheh…maksud saya perangai yang bersikap kebudak- budakan..Tak kirala mengada2 ngan famly ke, gf ke, kawan ke, etc.The point is misteri perangai kaum hawa itu sendiri
Saya terjumpa satu artikel tentang cara untuk memujuk hati wanita yang mempunyai perangai misteri & susah lelaki nak duga sebenarnya.Saya sendiri akui sikap saya yang degil, kebudak2kan & terlampau manja kadang2 saya sendiri rasa keliru dengan diri. Antara yang disebut dalam artikel tu ialah:
1-Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. 
2- Ianya melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga wujud di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.
Jadi, Kenapa Wanita mudah ‘membuat perangai’? Ada banyak sebab kenapa kita2 ni mengada ..betul x?? heheheh..Contohnya:
1-Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel.
2-Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3-Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka
Tetapi kita tidak perasan sikap sebegitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lain. Terutamanya pihak lelaki. Sedangkan wanita itu sendiri tak dapat kawal emosi dan sikap, apalagi lelaki. Lagi la tak faham apa yang kaum hawa nak sebenarnya.
  1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
  2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk melepaskan diri daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
  3. Lelaki akan bosan dengan sikap begitu dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka, berbanding ceria.
Contohla. bf korang tengah meeting, ada sesetengah wanita tidak akan duduk diam tau. Tidak puas hati selagi tidak tahu setiap perlakuan bf setiap masa. Ada yang akan telefon banyak kali , ada yang pasang spy, ada yang ikut si bf, macam2 lagi lah.
Jadi macamana nak kekang sikap ni daripada terus bermaharajalela??
1- orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. Bukanlah lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri, atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku. 
2-Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sebab kalau dipujuk makin menjadi lah perangai kaum hawa..betul tak?? heheheh..Sebab hati wanita & perasaan ni susah sangat nak diduga kemahuannya.
3- Jadi,bila tak dilayan rajukan tu, sikap itu automatik akan terlerai sendiri. Dan kaum wanita itu sendiri terpujuk dalam keadaan paksa maybe?? heheheh
4- Tapi, perlu diingat bahawa apabila merajuknya bertempat, harus dipujuk tau
Takkan kaum lelaki jek nak pujuk perempuan kan?? Wanita pun memainkan peranan jugak.
1-Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.  
2- Menjadi matang secara slow2 termasuklah saya
3  Belajar bertolak ansur selalu 
~ Masa akan mematangkan diri anda semua~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *