OMG …73 Hari lagi…

OMG…macam tak percaya je bila ingat tempoh nak ke akad nikah nanti..banyak yang saya tak siapkan lagi..Perkahwinan saya hanya sekali seumur hidup.Saya impikan majlis yang elegant & best..Tapi bila fikir2 balik baik saya berjimat sebab kehidupan lepas kahwin lebih memerlukan duit..Nak bayar sewa rumah, bahan masak, bayar itu ini..Nanti time dah ada baby?? lagi bertambah kos..Jadi pada saya biarlah saya berjimat untuk majlis perkahwinan saya.Simple2 jek tapi meriah. ^_^

Biasanya ramai bakal pengantin akan terus mengambil pakej kahwin yang siap dari A to Z.Salah satu sebab malas nak fikir yang rumit2..Serahkan je pada perunding perkahwinan.Tau2 je selamat sudah bernikah. Tu yang syiokknya..Tapi Budget seperti ni almaklumlah mestilah mahal kan? Hehe..

Untuk wedding saya, saya nak berjimat kan? jadi saya tak ambil pakej kahwin.Menyebabkan kepala rasa nak pecah je tiap hari fikirkan nak deco & beli material macamana.sob sob :'( Saya sendiri decide nak pelamin & deco.Saya hanya tetapkan budget 5 ribu sahaja untuk pelamin, hantaran, baju, & makeup.Bukan satu pihak je tau..Dua majlis saya hanya budget 5k.Gilerla..kalau ikutkan betul2 memang tak cukup sebenarnya.Tapi saya buat sebaik mungkin untuk berjimat.Taknak membazir.

Disebabkan saya sebagai wedding planner majlis saya sendiri, saya banyak cari idea & survey beberapa butik & hiasan deco yang sesuai. Antara the best yang saya syorkan untuk u all dapatkan inspirasi @ ambil je terus pakej diorang ( tak payah susah2 fikir lagi) :

1- AriWeddingCouture (Pelamin yang giler elegant)
2- Butik Azika Collection ( baju die sangat eksklusif tau. Sewa untuk sepasang baju complete dari atas sampai bawah hanya RM950 je)
3-KK Collection ( saya sukakan idea veil dier )
4- Nas Great Ideas ( yang ni lagi gempak giler pelamin dier)
5-Mag PENGANTIN

Jadi untuk yang ingin berjimat & kreatif & sangat cerewet macam saya..U all bolehla menjadi bidang terjun dlm wedding sendiri.Cuma kena tahan tekanan je la.Bukan mudah nak jadi wedding planner ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *