7 April lepas, sengaja saya share lipstick nude dari brand M.A.C dengan tujuan untuk brand awareness. Dan ianya tidak berbayar ya. Saya marketing kan free dan tak sangka ramai gila berminat pada lipstik nude M.A.C hinggakan terlampau ramai private mesej ke page magicalips
Namun atas rasa tanggungjawab, saya buat declaration di post supaya kesemua ratusan potential buyer tersebut membeli lipstik mac terus di web mac itu sendiri atau terus walk-in ke butik.
Ramai Nak Beli Bila Saya Viralkan Nude Lipstik MAC
Bukan apa, bila benda da jadi viral sampai nak dekat 10 ribu share, beribu yang PM di page, dan ada pula yang offer jual brand mac yang entah original ataupun tidak. So, saya taknak ada yang tertipu kalau2 ada seller yang menipu urusan jual beli online.
Lagi-lagi brand M.A.C , brand ni takda jual pada penjual persendirian mahupun personal shopper setahu saya. So, korang rasa? Yang offer tu jual yang ori atau tak? Itu saya tak nak ambil tahu. Tapi, bila membabitkan kredibiliti page kami, maka kami mengambil serius benda2 macamni. Maaf sangat.
Berita TERBARU 2017! Mac akan dijual secara rasmi di LAZADA!
Baca kat artikel Tak Sabar Tunggu MAC Dijual Kat Lazada
Ok, sambung cerita. Sebab kami nak menjaga kredibiliti page Magicalips. Dan kalau nak beli, terus je beli kat butik M.A.C . Senang je. Hehe.
Tapi, ternyata platform untuk marketing produk orang sangat berjaya & menarik lebih ramai potential buyer.
Fuhh, tetiba berangan nak jadi penjual mekap pulak bila tengok kegilaan wanita pada mekap. Hehe.
Baca Artikel Penuh Tutorial Tudung Ala Pramugari Emirates
[…] Ataupun boleh juga cuba kod Pink Plaid.Baca Juga Produk Mac Kegilaan Wanita Magicalips […]