Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali

Dari lahir sebenarnya Dya macam perasan bunyi nafas Aali lain sikit. Macam ada kahak tapi masa tu fikir mustahil ada sebab Aali takda batuk, selsema or demam.
Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali 1

Malah adik Dya pun perasan benda yang sama. Dan bunyi tu hanya waktu pagi saja. Lepas mandi, dah takda bunyi tu. Adik siap tegur, tanya “ada kahak ke dalam tekak Aali ni?  Nafas dia lain & laju”.
Tapi, yelah hati dan instinct ibu ni kan lain. Kita je tau apa yang tak kena dengan anak. Jadi, gigih setiap kali checkup doktor kat klinik Dya akan tanya ada kahak ke kat tekak baby.. 
Tapi jawapan doktor mengecewakan. Jawapannya kata “saya tengok takda apa2 masalah”,  (dan doktor hanya berdasarkan tanda lekuk bawah tek baby) 
Kata doktor, kalau bawah tek tu berlekuk,  tanda baby selsema batuk. Tapi takda tanda tu. Aali tak selsema mahupun batuk apatah lagi demam. 
Bukan sorang doktor je Dya tanya. Dari doktor pagoh sampailah ke seremban. Jawapan diorang sama. 
Benda ni berlanjutan sampai Aali umur dua bulan. Dya terdetik nak beli minyak asmak. Tujuannya untuk kegunaan in case kalau baby Aali ada selsema batuk boleh guna nanti. 
Selama dua bulan Aali takda selsema batuk semua. Alhamdulillah. Tapi bunyi kahak tu masih ada cuma slow je lah bunyinya. 
Sampai satu hari tu, Dya terdetik nak guna minyak asmak sebab baca kertas panduan yang minyak ni boleh guna sebagai minyak telon jugak.
Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali 2

Jadi saja lah guna minyak asmak seminggu lepas beli. 
Lepas guna minyak asmak, Dya perasan yang Aali setiap kali nak muntah susu /gumo akan keluar sebanyaknya. Cuma masa tu takda lendir ke apa. Cuma kerap muntah berbanding biasa dan bunyi kahak makin kuat. 

Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali

Dan kebetulan satu hari tu, Dya ke kuantan attend wedding kawan. Habis wedding saja lah lawat sedara kat sana. Sambil tu,  duk berbual dengan sepupu dan bagitau pasal kahak tu. 
Sepantas kilat sepupu cakap memang ada kahak sebab baby dia pun kena benda yang sama. Katanya masa lahir tu,  nurse tak sedut habis cecair apa tah kat dalam. 
Bila ditanya doktor gomen jawapan sama macam apa yang dya alami jugak. Sampailah sepupu ke hospital swasta sebab baby sampai biru tak boleh bernafas ada benda tersekat camtu. 
Sehari sebelum jumpa sepupu tu pulak,  Dya tergerak hati nak tanya ada tak daun sireh. Sebab instinct kita sebagai ibu ni macam tau something. Gigih jugakla Dya baca petua keluarkan kahak dari baby kat gugel. 
Katanya guna daun sireh. Tu yang tergerak hati tanya sepupu tentang kahak pada baby ni. Rupanya memang betul naluri ibu ni. Lepas dua bulan baru la Dya tau benda ni. 
Setel petik daun sireh, haritu jugak terus letak daun sireh kat dada dan belakang dada baby. Sepupu buat Daun sireh dilayur atas api lepastu sapu minyak angin. 
Lepas Aali menyusu, sendawakan dia keluar gumo berlendir. Pheww.. Banyak jugak gumo tu.
Selepas Usia Dua Bulan Baru Tau Ada Kahak Kat Baby Aali 3
Ni antara gumo berlendir yg sempat snap. Sikit je ni. Yang tak sempat snap tu banyak gila2.
Balik rumah, cara Dya, daun sireh tu iron guna seterika lepastu sapu minyak asmak kat bahagian dada & perut, belakang dada.  Baru tepek daun sireh tu.

Selain tu jugak,  minyak asmak tu Dya sapu kat tapak kaki, belakang lutut & betis baby, dalam lubang hidung baby letak sikit dan bahagian tulang hidung hingga ke ubun2.

Kesan Guna Sireh & Minyak Asmak:

– Aali kerap muntah sebanyaknya
– gumo/muntah susu berlendir
– najis berlendir
4 hari buat cara ni, memang puas hati bila muntah tu keluar lendir banyak. Tapi bunyi kahak tu masih ada lagi. Mungkin ambil masa sikit untuk keluar habis. 
27/8 bunyi kahak Aali masih ada lagi..cuma mungkin dah kurang tapi tak sepenuhnya. So, dya terdetik hati nak buat sedikit lagi research cara hilangkan kahak bayi ni.

Dan ada yg kata minyak asmak tak sesuai untuk bayi sebab ada bahan camphor oil. So, terus aku stop guna minyak asmak & decide nak buat sonotron terus.

Next aku akan cerita ok atau tak lepas buat sonotron. 

Latest Comments

  1. Unknown March 21, 2019
  2. dhiavivadea June 12, 2019
  3. syuhadah September 23, 2019
    • Dhia September 24, 2019
      • syuhadah September 26, 2019
        • Dhia September 27, 2019
        • Farah wahida February 20, 2020
  4. Sue December 16, 2019
    • Dhia December 23, 2019
    • Ayuni June 26, 2020
      • Dhia June 27, 2020
  5. Roslina April 14, 2020
    • Dhia April 27, 2020
  6. Nadia Armando January 17, 2021
    • Dhia February 3, 2021
  7. fazirah May 23, 2021
    • Dhia May 24, 2021
  8. fazirah May 24, 2021
    • Dhia May 24, 2021
  9. Iela hisham June 8, 2021
  10. Juriah June 10, 2021
    • Dhia June 18, 2021
  11. Zetty June 14, 2021
  12. Umi June 19, 2021
    • Dhia June 19, 2021
  13. El September 15, 2021
  14. Lin October 27, 2021
    • Dhia November 6, 2021

Leave a Reply