Ni cerita tahun lepas..Baru nak publish. Haha!Dah lama duk usyar stroller sebenarnya. Dari masa pregnant lagi. Tapi tak terbeli sebabnya kat US brand yang Dya nak tu takda ready stock.

Stroller Tavo Sebijik RoyalKiddy, Lebih Murah, Ringan, Boleh Bawak Atas Flight 1

Dya target quinny zapp masa tu sebab saiz dan design dia memenuhi citarasa.

Tapi,  takpelah. Belum rezeki nak dapat ready stock masa tu. Haha.

Hal stroller terkubur sampailah 2 bulan selepas bersalin.

Tu pun sebab dah tak larat nak bawak baby Aali setiap kali nak ke klinik. Berat baby Aali semangat yamat wehh.

Stroller Tavo Sebijik RoyalKiddy, Lebih Murah, Ringan, Boleh Bawak Atas Flight

Usia dua bulan tapi berat cecah 7kg! Haha..

Takpe, membesar sihat & kuat dengan full breastfeeding.

Alhamdulillah.

Dalam proses nak pilih stroller,  Dya target yang murah je. Taknak beli yang branded kat Malaysia sebab mahal berganda.

Kalau nak beli yang branded baik gi travel luar. Baru berbaloi.

Kat Malaysia kita beli yang murah tapi berkualiti pun dah cukup ok sebenarnya.

Antara brand yang buat Dya jatuh hati antaranya royalkiddy dan baby throne. Dya buat survey kat online je.

Baby throne nampak macam cantik tapi bila tengok gambar review pembeli, kualiti nampak macam murah sangat.

STROLLER TAVO SEBIJIK ROYALKIDDY, LEBIH MURAH, RINGAN, BOLEH BAWAK ATAS FLIGHT

Royalkiddy pulak design memang cun,  harga pun cun jugak.

Tapi, masa duk survey kat shopee, tekan kat brand lain iaitu koopers tavo.

Sebijik macam royalkiddy. Bezanya takda aksesori. Tu je

Harga pun jauh beza.

JenamaHarga
RoyalkiddyRM800++
Koopers TavoRM599

Semua bentuk sama kecuali sedikit eksesori dan hiasan pada stroller.

Saiz memang kecik muat kereta viva, berat pun bawah 7kg, boleh bawak naik atas flight terus.

Gigih tau cari stroller koopers tavo sampai ke sri kembangan sebab masa tu nak guna urgent. Sebab tak larat nak dukung baby Aali bila kitorang keluar.

Boleh je terus beli koopers tavo tu online tapi ambil masa nak tunggu barang pos sampai. Tu yang terus cari kat kedai je. Hehe.

Tapi, saranan Dya lebih baik beli online je kat >> koopers tavo shopee Sebab jimat masa, tol dan minyak. Takdala becak tiak mencari kedai dah satu hal, nak hadap jem bagai kat jalan lagi lah steghess.. Hehe.

So far, memang puas hati stroller ni.

Harga berbaloi & fungsi pun helokk je kejadiannya.  Kat bawah ni pendapat peribadi Dya tentang stroller.

Memang memudahkan setiap kali keluar. Sebab Dya & suami memang tak larat nak dukong Aali lama-lama. Stroller ni jadi penyelamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *