Takda Tanda Bersalin Tapi Perut Mengeras Rupanya Dah Buka 3 Cm

Lepas 7 bulan bersalin, baru sekarang Dya ada masa nak cerita pengalaman bersalin yang tiada tanda apa-apa kecuali perut mengeras. Jadi, kita flashback hari terbabit okay?

Takda Tanda Bersalin Tapi Perut Mengeras Rupanya Dah Buka 3 Cm 1

Flashback cerita…

37w5d, Pukul 11 lebih malam gerak ke hospital memandangkan seharian perut mengeras 20 minit sekali,  then start 9.27pm mengeras 10 minit sekali.

Harini Dya buat squat dalam 40+ kot?  Tak perasan. Takda turun tanda apa2 cuma perut kerap mengeras.

Risau jugak bila tak nampak tanda ni. Ada jugak buat research baca experience orang..

Ramai yang takda tanda,  perut kerap mengeras tanpa rasa sakit. Tau2 jalan terbukak besar & waktu untuk bersalin.. Tu yang risau..

PERUT MENGERAS KERAP KENA KE HOSPITAL

Sampai hospital pukul 12 rasanya..

Macam biasa ada dua nurse kat kaunter, ada doktor sorang dua dan waktu malam tak ramai macam petang. So cepat sikit cek ctg baby. Hahah.

Lepas daftar,  nurse cek berat, air kencing & tekanan darah, tak lama pastu boleh masuk cek ctg pulakk..Dya cuma nak tau bukaan. Harap bukaan besar. Sebab bukan senang Dya nak ke hospital ni. Dya jadi teragak2..Yelah, sebab suami jauh.

Dya pulak jenis bila tak sakit ni lebih suka pergi hospital sndiri.

Dan Dya keliru dgn braxton hicks ni. Dah waktu ke?

Tapi tak sakit.

Perlu ke ke hospital?

Seb baik laki balik harini. Dia sampai je terus ajak pergi hospital.

Tapi Dya minum dulu & makan.

Sebab masa berbuka tadi tak selera sangat nak makan (puasa ke? Hahaha) . Tapi yang Dya perasan sepanjang harini panas betul.

Perut mngeras, bahagian ari2 rasa ngilu sikit tapi tak sakit.

Lepas setel ctg Dya duk main henset.. Rasa lapar pulak.

Padahal kat rumah dah kenyang. Haih.. Masih lagi atas katil tunggu doktor cek bukaan.

Hopefully lah.. Brax still ada cuma mungkin this time macam rasa sakit sikit.

Takdala sakit banyak. Sikit je. Biasa perut mengeras je.. Ni kt hospital rasa lain sikit pulak.Dya harap sangat bukaan besar.. So takyah dah nak balik rumah tunggu tanda yang mengelirukan.. Serius keliru tanda brax nih.

TAKDA TANDA BERSALIN TAPI PERUT MENGERAS RUPANYA DAH BUKA 3 CM

1.23am cek bukaan 3cm. Seluk kalini senak sikit macam buat HSG. Lepas seluk, brax rasa senggugut sikit.

Pukul 2 cucuk tangan amik darah. 2.22am masuk wad Cengal, wad 13 aras 2 first class 4 katil..Hauss.. Dya Tunggu husband & mama adik datang bawak makanan.

2.36am sakit senggugut bawah perut pinggang da terasa.

Jadi, Dya minum air mineral, mkn kurma sebijik lepastu nak tido kejap.

Nanti kul 6 Kita pulun squat & bersila yoga untuk cepatkan bukaan. Dalam hati dah niat, harap masa nak masuk labour room tu terus 7 cm ke kan. Hihi

Dya tak boleh tido sebenarnya..

Sakit contraction macam makin kuat pulakkk. Macam dicucuk jarum kat bawah perut..

Rasanya rahim mengecut kot? Ke camana? Pukul 4.15am nurse cek tekanan darah bagi vitamin, cek jantung baby.

Rasanya macam tak tidur sepanjang malam. Kalau tidur pun tidor ayam je kot?8.50am  masuk LR sebab dah buka 4cm. Nurse mintak 2 lampin dan sehelai baju tanpa seluar.

BUKAAN 4CM KENA MASUK LABOUR ROOM (LR)

9 am masuk LR.Masuk je LR, Doktor terus pecahkan air ketuban guna tangan, keluarkan air kencing guna tube.

Masa ni rasa ngilu sikit.

Tapi sakit ngilu tu tak setanding sakit contraction.. Ngeri jugak tengok masa doktor nak masukkan tube tu. Dya pandang siling untuk alih perhatian.

Jadi, takdalah terasa sangat ngilu tu. Hehe.Pum pam pum pam rupanya, Dya layan kontraksi sampai 5 jam tapi, baru bukak 1cm jd total 5cm je.

Peh lamanya rasa. Lagi-lagi nak menanggung rasa kontraksi tu. Seksa gila.

Disebabkan bukaan lambat, masuk sorang doktor lelaki & bagi drip air untuk cepatkan bukaan.

Dya tengah sakit masa tu. Untuk alih perhatian, Dya cuba berbual dengan doktor yang masuk. Tanya soalan entah apa-apa. “Apa tu doktor?”

”Air je ni”

“Owh, ok”

Simple je perbualan tapi boleh alih perhatian sikit la. Sikittt je. Haha.

Pastu sambung sakit balik.Lepas je masuk drip air tu, sakit makin singkat masanya.

Kalau yang sebelum ni, rasa sakit 15 minit sekali. Lepas drip terus jadi 10 minit sekali.

Rasa kontraksi tu bayangkan macam nak terkencing sangat tapi tak boleh. Rasa lega hanya bila ada air ketuban keluar. Keluar air banyak gila macam air kencing tapi lebih deras tanpa kawalan & suam-suam je rasa dia. Haha.

Lepas keluar air ketuban tu, Dya rasa selesa sikit..Tapi tak lama lepastu sakit balik! Pehh.Masa ni ada sorang doktor perempuan cek CTG baby duduk sebelah.

Perut ke bahagian bawah memang sakit gila. Zikir apa pun dah tak berkesan masa ni. Dya cuba lagi alih perhatian dengan berbual. Tanya doktor lama lagi ke rasa sakit ni, bila boleh bersalin ni, etc. 

BACAAN CTG BABY TAK BERAPA CANTIK

Doktor perempuan tu pun macam kesian agaknya tengok Dya menahan sakit. Dia layan je soalan Dya sambil pantau CTG baby.

CTG baby macam tak berapa OK, agaknya doktor ni panggil doktor lain untuk tengok CTG.

Semua proses ni ambil masa sejam jugakla. Sebabnya pukul 3pm ada sorang doktor perempuan masuk bersiap-siap pakai glove semua.

Doktor tolong cepatkan bukaan dengan seluk tangan, sebab bukaan Dya masa tu 5cm je rasanya. CTG baby pulak dah tak cantik.

DOKTOR SURUH TERAN MASA BUKAAN 7CM

Lepas doktor tolong bukak rasanya jadi 7cm. Then, terus suruh teran bila rasa sakit.

Masa tu serius rasa blur. Dah waktu bersalin ke? Sebab masa ni Dya takda rasa nak meneran pun.

Cuma sakit kontraksi je ada.

Kemudian, doktor bagi arahan untuk pegang kedua buku lali. Dengan rasa blur dan keliru, Dya  tanya “doktor, dah nak bersalin ke ?”

”yelah, awak nak bersalin ke tak?” (tanya doktor sambil senyum)

Aku bertambah rasa keliru lagi masa ni.

Dalam kepala pikir camana nak pegang buku lali dalam keadaan baring terlentang camni? Mana sampai. Haha.

Disebabkan susah nak pegang, Dya cakap kat Dr perempuan lagi sorang untuk tolong sampaikan tangan ke buku lali. Sebab tak sampai nak capai! haha!

Then, tiba-tiba nurse sorang masuk, doktor perempuan pulak dalam 2 orang.. Sorang support, sorang kat tepi perut.

Sekali lagi, doktor tetiba suruh teran bila ada rasa sakit. Memula macam blur, tapi Dya cuba walaupun tengah sakit kontraksi gila2.

Teran tanpa keluar suara langsung, hanya fokus nak keluarkan baby. Sampaikan doktor cakap  Dya jenis pandai teran. Dya tak faham mulanya. Lepas seketika baru faham, mungkin sebab teran tanpa keluar suara la kot? Dya teran beberapa kali tapi macam susah sikit (baby besar).

Curi nafas pun rasa tak cukup. Siap Dya cakap ” tak bolehla doktor” Doktor balas “ibu boleh, dah nampak kepala ni, sikit je lagi”.

Bila dah beberapa kali teran susah, doktor suruh nurse panggil husband. Dalam tempoh panggil tu, nurse lain offer air. Tapi Dya tolak.

Nurse pelik “eh, biasanya orang nak bersalin mintak air kat kita. Ni dia taknak pulak.”Dya rasa blur lagi sambil fikir kenapa perlu minum air? Kan tengah sakit. Dahla sakit tu macam kencing tak lawas.

Minum air nanti ada lagi tak lawas tu camana? Tu yang berlegar dalam fikiran.Tapi dalam masa yang sama Dya cakap “yeke? Kalau camtu nak sikit lah”. Dya minum seteguk buat syarat je. Hahah.

HUSBAND MASUK LR BAGI SEMANGAT

Sampai je husband dalam LR, Dr suruh Dya confirmkan betul tak husband kita yang masuk tu. Dah confirm, Husband terus usap kepala and cium sambil bagi semangat.

Tak ingat apa dia cakap. Sebab tengah fokus keluarkan baby.

Beberapa kali teran baru baby keluar. Teran tanpa suara, hanya teran sampai rasa tak cukup nafas. Tapi teran kat muka.

Nurse siap bagitau doktor yang Dya teran kat muka. Bila teran camtu, akan terbit darah kat muka tu rupanya. Entahla.

Tak berapa faham camana nak teran. Hentam je teran asalkan baby keluar.

Doktor gunting sedikit untuk mudahkan baby keluar.

Alhamdulillah lepas setengah jam bertarung, 3.30pm baby 3.4kg keluar dengan selamat. Doktor letak dalam beberapa saat je kat dada.

Terus bawak keluar nak bagi oksigen.Ikutkan ramai yang cakap untuk kelahiran sulung berat 3.4kg tu biasanya kena ceaser. Alhamdulillah, semuanya normal.

SAKIT KONTRAKSI SUDAH, SAMBUNG SAKIT DIJAHIT PULAK

Orang kata lepas je baby keluar, rasa sakit dah takda. Tapi rasanya macam mitos je.

Sapa kata tak sakit? Lepas baby keluar nak kena tanggung rasa sakit dijahit pulak. Adeh. Dya dibius 4 kali kat bahagian bawah tu. Tapi rasa sakit masih ada cuma mungkin kurang sikitla.

Rasa macam kena gigit semut api. Tapi tetap sakit.

SETEL JAHIT, KENA DUDUK WAD SEHARI

Ingatkan dah boleh balik rumah lepas setel jahit & bersalin. Rupanya kena stay wad sehari. Esoknya baru boleh balik kalau baby da kencing dan yak.

Alhamdulillah keesokan harinya baby kencing & yak sebelum tengahari.

Kebetulan time tu waktu doktor ronda, jadi bolehla balik cepat sikit. Kalau baby tak setel yak dan kencing makin lamala berkampung kat wad ni.

Serius cakap trauma bersalin tu rasa macam dah nak “pergi” dah.

Redha je masa tu. Lepas bersalin pun trauma tak hilang lagi. Trauma luka bersalin ambil masa dua minggu untuk sembuh.

Nak jalan pun susah, nak membuang air besar lagi seksa (sembelit). Sebab luka masih basah & belum sembuh sepenuhnya.

Walaupun luka tu jahit sikit je, siksa dia tu tak tahu nak cakap. Kalau luka jahit banyak, pehh Dya tak boleh bayangkan cemana keadaan camtu. Alhamdulillah, Dya beruntung sebab jahit sikit je.

Nak jugak bersalin tanpa ada luka. Tapi, biasanya kalau bersalin kena jenis hypno birthing kalau tak silap. Yang ni bagus untuk kita. Sepupu ada cerita dulu. Bersalin tanpa koyakan.

Bersalin kat hospital kerajaan hanya episiotomy saja. Keadaan baring sambil kedua tangan pegang hujung kaki.

Ok, selesai cerita pengalaman bersalin. Hehe.

Takda Tanda Bersalin Tapi Perut Mengeras Rupanya Dah Buka 3 Cm 1

BACA JUGA Saya Minum Air taugeh Untuk Mengandung

Leave a Reply