Pasang dan buat butang bungkus sendiri lebih jimat berganda. Tapi, saya tahu masih ada yang belum lagi mahir untuk memasang acuan butang bungkus hingga terbentuk butang yang cantik.
Butang Bungkus Baju |
Sebelum ni saya ada terangkan juga di Harga Mesin Butang Bungkus Di Malaysia berkenaan saiz mould/acuan butang yang sesuai untuk dibeli jika anda ingin buat sendiri, baju eksklusif.
Dan ada juga saya nyatakan di artikel link di atas, di mana untuk mendapatkan mesin butang bungkus murah dari harga kedai.
VIDEO Cara Pasang Acuan Guna Mesin Butang Bungkus
Dalam video di bawah, saya menggunakan mould/acuan bersaiz 22 berbentuk separuh bulat dan bukannya jenis butang bungkus leper. Sebab butang bungkus bulat lebih nampak cantik dan eksklusif.
Ada lebih kurang 10 saiz acuan butang bungkus dari saiz 20 hinggalah 50. Cuma kebanyakan orang akan guna saiz 22 hingga 24 untuk baju. Manakala saiz 50 kebiasaannya digunakan untuk butang langsir.
Tips tambahan untuk penggunaan kain:
- Sekiranya guna pembalut kain chiffon/nipis, pastikan guna 2 lapis kain
- Sekiranya guna pembalut kain satin/licin, pastikan kain dipotong serong
Video di bawah berdurasi 57 saat sahaja. Mudah untuk anda faham dengan pantas.