Tak sangka rupanya banyak lagi tempat di Perak yang belum habis dijelajah. Tahun lepas dan tahun ni, Dhia kerap ikut fam trip ke Perak dan banyak benda baru Dhia dapat. Antaranya ada pelbagai jenis makanan yang menjadi hidangan istimewa di negeri Perak.
Ringkasan artikel
Berbaloi Trip 3 Hari 2 Malam ke Tanjung Malim Perak
Ada banyak gunung untuk dijejak, ada banyak sungai untuk diredah, ada banyak hutan untuk dijelajah.
Kalau ke Perak naik KTM, akan ada banyak perhentian. Jadi perjalanan ke Perak akan memakan masa selama lebih kurang 2 jam.
Kalau ke Perak naik ETS, perjalanan akan terus dari KL Sentral terus ke Tg Malim tanpa berhenti kalau tak silap Dhia lah. Dan masa perjalanan lebih singkat. Anggaran masa lebih kurang satu jam sahaja. Cumanya, ETS ni hanya ada pada waktu pagi dan petang sahaja. Dua kali jalan. Hehe.
HARI PERTAMA DI TG MALIM
Berlari Gendang Gendung Kat Tingkat Atas Muzium Negeri Perak
Eh, kalau datang ke Muzium, jangan duk gatai berlari sesuka hati. Lantai licin adik-adik. Kami ja kalut haritu sebab gelabah cari maklumat berdasarkan kuiz yang diberi. Ala-ala treasure hunt style. So, aktiviti ni agak menarik jugak sebab kita secara tak langsung akan alert tentang sejarah yang wujud dalam muzium tu sendiri.
Fuh, pagi-pagi je dah panaskan badan sebelum bergerak untuk buat Pau Sedili kat UPSI pulak.
Buat Pau Sedili & Fine Dining RM18 Di UPSI
Hah, setel dah panaskan badan kat Muzium, kita buat pau glemer kat Perak. Pau Sedili ni katanya antara pau paling popular kat Perak. Jadi, gigihla masing-masing buat pau buatan sendiri. Macam-macam rupa lepas pau tu siap dikukus. Rupa nampak mengerikan, tapi masih boleh dimakan lah. Haha.
Tapi, sebelum pau sedili buatan air tangan masing-masing siap, kerja setiap kali travel mestilah cari makanan! Kat Perak ni, serius cakap banyak makanan sedap-sedap. Dalam UPSI ni sendiri, korang boleh nikmati “fine dining” bernilai RM18 untuk set lengkap macam dalam gambar.
Kalau rasa nak acah-acah dilayan macam raja, siap napkin dipasang, makanan dihidang, cuma tinggal tak suap ke mulut je. (tu suap sendiri lah. Banyak cekadak) Korang boleh ke restoran di bahagian kulinari UPSI & tempah ruangan khas untuk dilayan seperti acah-acah raja (hehe).
Harga? RM18 untuk 3 set hidangan makanan. Harga ni harga gila. Manada orang bagi harga macamni untuk fine dining kat luar tu hah?! Jadi, boleh la tempah dan serbu restoran di UPSI ni. Berbaloi & tidur malam boleh termimpi 7 keturunan lamanya. (Haha)
Lumba Go – Kart & Memanah
Ok, dah kenyang dah puas makan “fine dining” tadi, tiba sesi untuk kempiskan balik lemak tadi. Jom lumba naik Go-Kart!
Apa yang menarik, aktiviti go kart & memanah ni terletak betul-betul sebelah stesen KTM. So, kalau korang ke Tg Malim, sebelum ke mana-mana pastikan enjoy main go-kart & memanah dulu. Kasi panas badan.
Harga Go Kart Tg Malim:
2 Pusingan = RM15
4 Pusingan = RM25
6 Pusingan = RM35
9 Pusingan = RM45
Harga aktiviti memanah Tg Malim:
7 Arrow = RM10
Main Go Kart memang syiok, cuma kalau bab memanah tu agak panas hati sikit. Tembak je apesal tak kena?! Ahh, tension beb! Haha!
Acah-acah hijabster kat Mural Street Art Tg Malim
Jangan cakap dalam hati tu tak nak snap gambar acah-acah hipster/hijabster bergaya setiap kali travel. Ni, kat mural street art Tg Malim ada banyak hasil seni cantik untuk korang jadikan koleksi bergaya. Hihi. Sepanjang satu lorong yang panjang memang penuh dengan lukisan menarik. Yaa, kami pun tak nak la terlepas peluang jugak. (hehe, gelak nakal)
Penginapan Teratak Riverview Campsite Pisahkan Selangor dan Perak
Perjalanan masuk ke dalam resort ni mengambil masa lebih kurang 40 minit. Dan merasalah kejap duk dalam lori beramai2-ramai.
Serius best gila & jangan berangan kat sini sibuk mengadap gadget macam kat rumah. Dah tentulah dalam hutan signal takda weh. So, korang boleh fokus untuk berinteraksi sesama sendiri sambil ketawa mengilai tak hingat dunia (team kamila tu.haha)
Hari pertama punya cerita pun tak cukup mukasurat nak taip. Macamana dengan hari ke-2? Untuk hari ke-2 korang kena baca kat artikel Aktiviti Sukan Lasak Tg Malim Perak Sangat Umph