Kalimba 17 Keys, Alat Musik Paling Mudah Nak Main

Yass! Akhirnya setelah berpuluh tahun hidup, baru dapat main alat musik Kalimba.

Senang gila nak main kalimba 17 keys ni. Sebab tak mengelirukan macam piano.

Kalimba 17 Keys
KIMI Kalimba No Logo Bear

Sebenarnya dari kecik, Dya teringin sangat nak main alat musik macam piano dan gitar.

Tapi, zaman dulu manala ada kemampuan nak pergi kelas musik.

Jadi, Dya tengok dan dengar je lah. Dalam hati, nak sangat-sangat mahir main alat musik ni.

Sebab musik ni besar peranan dia dalam menghiburkan emosi manusia.

Pernah jugakla, Dya cuba untuk main gitar. Tapi, give up sebab sakit jari nak tekan gitar. Dan mengelirukan.

Manakala piano pulak, Dya tak pernah sentuh piano. Tapi, teringin sangat nak belajar. Cuma takda duit nak belajar dulu. Haha.

Alat Musik Kalimba 17 Keys, Paling Mudah Nak Main

Sampailah tahun ni, Allah gerakkan hati untuk cuba praktis Kalimba.

Alat musik ni, Dya gambarkan seperti mini piano.

Cuma bezanya guna ibu jari je untuk main musik. Dan tone dia mudah nak hafal.

Dya order Kalimba kat shopee. Dalam 2 minggu barang sampai kalau tak silap.

Awalnya, Dya request kat seller untuk stok kalimba kimi no logo bear yang ada siap2 tone code atas dia.

Tapi, dapat yang plain. Kosong takda ukiran tone atasnya. Frust sikit.

Tapi, takpelah. Malas nak return barang balik. Jauh oiii..kat China sana tu haaa. Hihi.

Alat Musik Paling Mudah Nak Faham, Boleh Bawak Merata

Sekarang ni, Dya tengah cari cara macamana nak ingat note musik berbeza.

Cara paling mudah, guna nombor & sticker berwarna.

So far, first time pegang Kalimba ni, lagu yang Dya berjaya mainkan ialah “can’t help falling in love with you”

Serius cakap, senang gila! Untuk beginner macam Dya ni, disarankan korang start dulu dengan lagu tu.

Sebab tone musik dia senang nak hafal dan ingat.

Kemudian, bolehla test power cuba skill yang rumit sikit. Hehe.

Oklah. Jom enjoy first Kalimba Dya kat video bawah ni. Maaflah, memang ada terkucil sikit. Seharian praktis, ni lah hasilnya. Hehe.

Leave a Reply