Yeah, akhirnya sampai sudah ke bahagian hari terakhir trip di Tg Malim, Perak. Untuk hari ke-3 ni, pukul 8 pagi da siap terpacak dekat satu ruang di Teratak Riverview Campsite. Pagi-pagi dah kena briefing dengan team TRec Consultancy berkenaan aktiviti Tubing kat campsite ni.
Aktiviti Tubing Guna Tayar Di Tg Malim, Perak
Jangan pandang rendah aktiviti tubing ni. Bukan boleh duk santai-santai feeling acah-acah mat salleh jemur atas air tengah panas ea. Bila duk buat aktiviti tubing, korang tak boleh duk diam punya. Dah kalau asyik tergolek kena batu-batu sungai. Nak berangan pun tak sempat dik.
Mulanya, disebabkan aktiviti tubing ni jenis akan membasah lencunkan korang, niat kat hati nak guna baju yang buat main rafting semalam. Tapi kerja gila pukul 8 pagi ko pakai baju basah semalam. Sejuk woi.
So, untuk aktiviti tubing ni, kena menapak sikit naik sampai atas sungai sikit. Adalah dalam sejam menapak kot? Haha. Dah habis menapak, kita bersuka ria atas sungai tunggu waktu punggung berlanggar batu sungai tu hah. Kena yang batu terbonjol keluar memang terasa jugakla masa tu. Rasa sakit-sakit manja (tipu sangat). haha!
Overall, tubing memang best. Tahap aktiviti ni hanya level 2. Nak banding dengan water rafting hari ke 2 kat Ulu Slim River, level 4 beb.
Ok, setel dah aktiviti lencun, terbalik tercampak bot semua. Masa untuk ke ladang Halia Bentong! Sebelum ni ada jugak ternampak cerita pasal Ladang Halia Bentong ni. Rupanya kat Perak bukan kat Bentonglah. Hehe.
Apa yang menarik kat Ladang Halia Bentong, Perak ni?
Halia ditanam menggunakan bahan khas dan bukan tanah biasa. Eh, tak pandailah nak explain. Tapi katanya khasiat halia bentong ni lebih pure dan berkesan untuk atasi sebarang penyakit,etc. Halia memang banyak manfaat. Korang pun tau kan?
Jadi, aktiviti kami di sini? Cuba tanam halia sendiri dengan harapan halia tu membesar dengan sempurna dan Dhia akan datang balik untuk urusan bisnes dengan halia ni nanti. (hehe, gelak rahsia sikit)
Ladang Halia Bentong ni ada keluarkan produk sendiri juga. Antaranya teh tarik halia. Dhia dah rasa halia Bentong yang dah dikeringkan. Pedas weh! Tapi berkhasiat. Tak sabar nak hasilkan produk kosmetik dengan Halia Bentong ni nanti. Wuuu.
[…] Hari pertama punya cerita pun tak cukup mukasurat nak taip. Macamana dengan hari ke-2? Untuk hari ke-2 korang kena baca kat artikel Aktiviti Sukan Lasak Tg Malim Perak Sangat Umph […]