Kamera Canon EOS M10 ni kelebihan dia pun ada banyak jugak. Cuma untuk yang nak buat video vlogging guna kamera ni, ada beberapa benda korang kena ubahsuai sedikit.
Walaupun ada kekurangan, tapi masih boleh diguna & diubahsuai ikut keperluanlah.
Kelemahan Kamera Vlogging Canon EOS M10 1
Kalau macam Dya ni, pentingkan bab audio. Sebab selalu bila rakam video akan timbul masalah suara & jarak lens.

Apa Kelemahan Canon EOS M10?           

1. Built in mic kurang performance bila kat luar
Kelemahan pada Canon EOS M10 ni, dia takda tempat untuk cucuk microphone. Jadi, apa masalahnya? Ok, masalah timbul bila kita buat video kat luar.
Suara angin tu dah pasti lah kan. Bila sound luar lagi kuat dari suara sendiri, agak leceh bila nak edit video nanti. Suara kita tak kedengaran sangat.

Kecuali kalau korang jenis rakam video dalam satu bilik tanpa bunyi macam kat luar tu (angin, kenderaan lalu lalang, orang bertukang,etc)

Kalau rakam dalam bilik je, built-in mikrofon kamera Canon EOS M10 ni dah sedap dah.

Kelemahan Kamera Vlogging Canon EOS M10 2
Solusi untuk baiki suara pada kamera Canon EOS M10
2. Lambat tracking/fokus muka

Masalah lain yang Dya perasan kit lens 15-35 mm yang diberi FREE ni tak boleh fokus muka dengan cepat seperti Canon 70D – 80D. Orang kata sebab faktor lens sebenarnya.

3. Kit Lens tak dapat  jarak luas dalam kamera

Kit lens kamera Canon EOS M10 yang Dya dapat ni 15 -45 mm je. Jadi, tak berapa sesuai guna untuk vlogging sebab jarak dengan objek tak cukup luas.

Kelemahan Kamera Vlogging Canon EOS M10 3

So Dya rujuk kat Youtubers ThinkMedia, dan dia cadangkan supaya guna lens 10 – 24mm kot? Yang Dya ingat lens nombor 10 je lah. Haha! 
Sebab kalau guna lens tu, kita boleh rakam ruang yang lebih luas tanpa perlu jarakkan kamera terlalu jauh.
Ok, lens ni target seterusnya lah. Maunya 3-4 ribu woii. Sekarang nak setel bab mic dulu. Untuk sementara memang Dya guna mic BOYA By-M1 je. Sebab murah.

Nanti dah ada budget lebih kita tukar wireless microphone pulak.

Solusi pada kekurangan??

  • Tambah mikrofon jenama BOYA (beli yang mampu milik untuk sementara ni)
  • Beli lens 10mm – 45 mm (ada tak lens ni? haha! Ok, ni KIV dulu)
Dya beli mikrofon jenis klip jenama BOYA tu kat Lazada pada seller Lavalier Microphone For Phone & Camera
So far, memang puas hati. Seller hantar cepat & kualiti suara guna mikrofon ni best! Nak guna untuk LIVE Facebook pun lebih senang.
Sebab sebelum ni Dya live FB tanpa guna microphone, jadi kadang suara akan jadi tenggelam timbul.
Solutionnya, pakai lavalier mic yang Dya baru beli tu lah. Hehe.
Korang boleh baca details pasal mikrofon ni kat artikel Dya tentang Berbaloi Ke Beli Extension Cable Microphone Untuk Kamera Canon EOS M10

2 Comments

    • hi..untuk camera eos m10 saya rekod audio berasingan..cucuk earphone kat hp & rekod guna henpon je..kemudian masa edit satukan audio kat hp dengan video dalam kamera (dubbing)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *