Dhia ni jenis jarang-jarang masuk spa. Tapi tertarik nak cuba rasa facial treatment kat Medispa kalini.
Muka Dya pulak jenis takda apa masalah pun. Tapi, kulit sedikit kusam. Yelah, duk terdedah asap kotor kat luar, pori-pori pun kerap terdedah.
Kulit Dya memang semulajadi cerah. Tapi, tak segebu macam wanita Sabahan. Kalau korang duduk Sabah, memang kulit muka diorang sepesen je. Licin bersih tanpa cela. Putih kemerahan.
5 tahun menetap di Sabah dulu, kulit Dya lebih bersih berbanding duduk di Seremban sekarang ni.
Dya memang boleh nampak perbezaan ketara gila bila duduk antara dua negeri ni. Mungkin sebab faktor cuaca?
Beza kulit masa duduk di Sabah:
- Warna kulit sekata & cerah bersih
- Ada sedikit kemerahan (tak berapa ketara sangat)
Beza kulit lepas duduk di Seremban:
- Kulit agak gelap sedikit (walaupun jarang main panas kat luar)
- Kulit kusam & tona warna kulit tak sekata
|
Kulit Dya masa duduk sabah sama macam lepas buat treatment kat Medispa ni |
Jadi, masalah ni memang tak boleh elak. Sebab Dya rasa cuaca kat semenanjung lebih panas berbanding kat Sabah.
Tu yang kulit rentung sekarang nih. Haha.
Dan masalah terbesar kulit Dya sekarang ni whitehead sekitar hidung dan tepi hidung tu. Gigihla guna besi pemicit jerawat nak keluarkan whitehead selalu.
|
Muka sebelum buat Hydra facial (non-edit at all) |
Kalau tak, rasa muka ni macam tersumbat something je. Bleghh.
Manjakan Wajah Sekejap Kat Dr Medispa & Wellness Jalan Reko, Kajang
Sampailah Dya merasa facial treatment kat Dr Medispa & Wellness, Jalan Reko Kajang ni weh. Ada banyak jenis treatment ikut pada masalah kulit.
Lokasi Dr Medispa & Wellness?
Dr Medispa & Wellness, No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,, 43000 Kajang
Berapa Jam Buat Rawatan Facial Kat Dr Medispa?
Disebabkan kulit Dya takda masalah jerawat, cuma masalah kulit kusam & sedikit whitehead, Dya ambik rawatan Hydra Dermabrasion Facial (60 minit) siap ada FREE urutan kaki lepastu.
Rawatan Hydra ni ada banyak step sampai Dya sendiri tak ingat. Yang Dya tau, kulit muka rasa lembut macam baby lepas muka dibersihkan.
Korang boleh tengok proses rawatan kat video bawah:
Gileh, Baru Bersihkan Muka Dah Rasa Puas
Dan alat untuk bersihkan muka, guna berus khas yang kalau kat luar sana kita boleh jumpa jugak.
Dya ada berus ni tapi rasa dia tak sama macam masa buat rawatan muka. Sebab yang kat Dr Medispa ni lepas je cuci guna berus khas tu, muka rasa macam lapang gila & bersih!
Lepas bersih, kalau korang tengok video kat atas sampai habis, korang akan nampak, muka dah start glowing & bersih macam kulit tu boleh bernafas berbanding sebelum rawatan.
Alat Paling Heaven Bila Muka Diurut & Rasa Sejuk!
Setel bab bersih, tampal masker.
Lepastu muka akan diwapkan jugak. Serius semua proses Dya tak ingat. Kalau korang nak cuba, korang tanya sendiriklah kat Spa ni okayh? Hehe.
Yang Dya tau, setel je buat facial, kulit muka bersih sama macam masa duduk sabah dulu.
|
Masker khas diletak kat muka nanti |
|
Medispa ni dikendalikan oleh Doktor. The real dokter tau. Dr Azira, juga seorang doktor pakar O&G. |
Ok yang bestnya tentang masker ni, muka korang akan dibersihkan dengan satu alat. Entah apa nama alat ni. Lupa lah.
Tapi, Dr Azira akan bersihkan masker kat muka guna alat tersebut sambil buat urutan khas untuk naikkan keanjalan muka sekali.
Rasa dia macam sapu ais kat muka. Cuma takda la sejuk gila macam ais. Tapi sejuk yang jenis sedap disapu sekitar muka. Hehe.
|
Ni proses yang Dya cakap rasa macam ais tu. Best gila! |
Sedut Whitehead Memang Semua Orang Ada Masalah Ni
Lepastu barulah proses sedut whitehead pulak. Korang pernah tak tengok kat FB, video orang sedut whitehead, blackhead guna satu alat ni.
Bila tengok memang eeee..Geram kot kalau sekali sedut ada banyak dalam alat tu. Euwww..
|
alat khas untuk sedut whitehead & blackhead. Puas hati aku. Haha! |
Alat yang Dr Azira guna ni Dya tak ingat namanya. Tapi, Dya bagi gambaran dengan iklan alat sedut whitehead yang Dya pernah nampak kat FB.
Rasa puas bila terkeluar semua whitehead yang ada.
|
Ni rawatan lepas dah keluarkan whitehead. Dr akan sapu gel khas. Tak silap Dya ada kandungan aloe vera kot? And yang mesin biru make sure benefit gel masuk resap terus ke kulit korang. |
|
Finishing |
Step paling last, pakai mask yang ada pancaran warna merah. Ni tak silap Dya untuk tutup semula pori muka lepas bersihkan wajah.
Nak cerita satu persatu step rawatan Hydra Facial ni jenuh jugaklah. Apakata korang tengok je sambungan video kat bawah ni.
Lepas je habis rawatan, muka rasa macam kenyal-kenyal & lembut je weh. Confirm lepasni repeat buat treatment kat sini lagi.
Kat bawah ni Dya ada letak gambar sebelum & selepas rawatan muka. Disebabkan muka Dya ni takda masalah sangat, cuma masalah kulit muka kusam.
Boleh nampak beza. Sebelum rawatan memang kulit agak tak sekata & kusam. Tapi lepas rawatan, kulit lebih segar.
Harga Yang Ditawarkan Di Dr Medispa & Wellness Antara Yang Termurah
Dr kata buat rawatan sekali sebulan pun ok dah. Harga rawatan Hydrafacial ni pun agak berpatutan jugak RM180 untuk rawatan selama sejam lebih. FREE urutan kaki.
Selama ni Dya ingatkan nak buat facial muka confirm mahal gila. Rupanya kat Dr Medispa & Wellness ni murah & berpatutan.
Dan paling best dikendali khas oleh Doktor berlesen. Jadi, macam-macam tips korang boleh mintak dari Dr Azira nanti.
Kat Mana Nak Buat Facial Harga Murah Ni?
Ada lebih 7 step sebenarnya buat hydrafacial kat Dr Medispa & Wellness ni. Dya cerita step yang Dya paling suka & paling ingat je lah kat korang. Selebihnya, korang gi try sendiriklah ok?
Dya buat facial kat Jalan Reko Kajang. Nah alamat penuh:
Dr Medispa & Wellness, No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,, 43000 Kajang
Kena call buat appointment dulu weh. Sebab kot tetiba walk in ada customer, jenuh gak nak menunggu nanti.
Lelaki buat jgak ke
ada juga ^_^