Hari ke-2 kami lebih mencabar. Waktu pagi cuaca sejuk macam ais dah kena keluar untuk ke Ulu Slim River, Perak. Buat apa ke sana? Haih, banyak benda boleh buat kat situ. Apa yang kami buat ni belum mencukupi lagi.
Pagi-pagi buta, dengar je ada water rafting, masing-masing kalut nak cari kasut getah (kasut noreh) demi ketahanan masa nak harung air deras water rafting tu nanti. Dan kebetulan kedai penduduk di Ulu Slim River ada jual RM6/pasang (ehh, makcik kat situ dah tau awal-awal da kita perlukan kasut noreh ni untuk aktiviti lasak. Haha)
Tapi, sebelum membasahkan diri, kita wajib ke kolam air panas Ulu Slim Perak.
Rebus Telur Kat Kolam Air Panas Ulu Slim Perak
At first, ingatkan kolam air panas yang kita datang-datang je boleh terus terjun dan rendam. Rupanya, ko jangan cari nahas pulak. Ada yang terebus anak orang karang. Kolam air panas kat sini tak boleh berendam. Celup jari pun tak boleh. Kolam ke-3 terpanas kat Asia kot. Gigih tau masing-masing angkut berguni telur ke sini.
So, ape je nak buat? Rebus telur je lah dik. Kicap jangan lupa bawak pulak. Dah masak terus cicah kicap, masuk mulut. Nyaman weh. Mmm. Dapp.
White Water Rafting Level 4 Kat Ulu Slim River
Setel je rebus telur, sambil snap gambar acah-acah instafemes, korang dah boleh siap-siap untuk ke sungai Ulu Slim Perak. Tak jauh. Adalah dalam 40 minit -1 jam masuk dalam kawasan hutan.
Bayangkan, nak masuk kawasan sungai pun korang awal-awal buat rafting atas jalan. Mana taknya, berbonggol-bonggol jalan. So saranan Dhia sebelum perjalanan pergi “shishi” dulu. Karang macam kitorang rasa terseksa menahan nak membuang air sampai ke sudah tak sampai-sampai tempatnya. Huh, seriuslah ni pengalaman paling rasa nak nangis sebab tak boleh tampung dah rasa tu. Haha!
Then sampai je kat kawasan sungai, team akan bagi briefing tentang aktiviti water rafting kat sungai. Boleh dikatakan kami ni semua beginner, senang cerita tak pernah buat aktiviti selasak macam haritu. Rupanya water rafting level 4 weh.
Gila deras air sampaikan Dhia yang cuba bertahan tak jatuh pun tergolek masuk bawah bot beramai-ramai. Hah, salah siapala waktu ni sampai terbalik bawah bot? Dan paling sadis, terhanyut jauh dari team. Dua tiga kali tenggelam timbul jugaklah. Dalam hati fikir, eh aku selamat ke tak ni. Sis pasrah habis dah masa tu. Fuhh..
Masa tu tenggelam timbul dalam arus deras, tapi tak perlu risau sebab life jacket kan ada. At the end, mesti korang nak buat lagi. Nampak macam menakutkan tapi sebenarnya memang fun. Team kami, dah jatuh bot pun boleh gelak mengilai lagi sambil “membawang”. Hah, ko rasa? Takut, kelakar semua takda rasa dah masa ni. Yang tau, tak puas nak water rafting lagi! Hihi.
White water rafting kami dikendalikan oleh Chili Rafter dan diguide oleh abam guide yang hensem & yang penting gagah & sado nak hangkut tarik kami yang berat ni masuk bot balik tiap kali nak tercampak keluar dari bot. Haha!
Homestay Di Ecotourism Espek
Habis saja aktiviti water rafting, dengan baju basah lencun, kami beramai-ramai naik lori khas ke kawasan ladang kelapa sawit (ladang Risda) di Ulu Slim River. Walaupun dalam perjalanan ke sini ambil masa satu jam dengan tangki air dah rasa macam nak pecah, masing-masing masih kebulur lepas main water rafting.
Serius cakap, hidangan yang disediakan di Espek memang mengghairahkan. Sedap sangat!
Kat sini pulak ada homestay untuk korang menginap sambil-sambil buat macam-macam aktiviti dengan team/keluarga/kawan masing-masing.
Di kawasan ESPEK, antara aktiviti yang boleh kita buat:
menaiki ATV teroka hutan di sana
mandi manda di air terjun
Aktiviti sukan lasak (water rafting) di Ulu Slim River
Hiking
Jungle Trekking
Flying fox
Berkayak
Aktiviti perkhemahan
BBQ
Macam-macam lagi
Dhia rasa macam hutan kat Espek ni masih “virgin” lagi. Sebab belum ramai yang tahu dan teroka. Jadi, takkanlah korang nak lepaskan peluang jelajah negara sendiri? (Rugilah wei)
Aktiviti Flying Fox & Abseiling
Belum habis lagi rasa teruja main Water Rafting. Muka masing-masing monyok kepenatan tapi ada hati lagi tu nak teruskan aktiviti kat Terata Riverview Campsite.
Balik je dari Ulu Slim River, sambung aktiviti untuk flying fox & abseiling pulak. Dhia tak join cuma membusykan diri rakam gambar, video korang yang main flying fox tu hah. Makcik tak larat dah masa ni. Sebab fikir nak selfie atas jambatan gantung kat sini. Hihi.
Disebabkan terlampau petang, selesai saja aktviti flying fox, terus memasing terjun sungai. Apalagi? Mandi-manda lah kat sungai yang menjadi pemisah antara Selangor dan Perak.
Bayangkan air sungai bersih mengalir deras dan sejuk menggigil saat cecahkan kaki dalam air. Fuh, dia punya nikmat tu susah lah nak taip kat blog. Korang kena rasa sendiri nanti.
Layan Busking Di Restoran Sarang Art Hub
Siang dah letih sangat dengan aktviti lasak kan? Hah, dinner kita boleh terus lepak kat restoran milik pengarah terkenal, Abang Mamat Khalid. Restoran berkonsepkan ala-ala klasik P-Ramlee gitu. Santai je, siap ada kumpulan busking yang nyanyi sedap-sedap. Korang boleh jugak request untuk nyanyi lagu sendiri kat situ.
Untungnya kami malam tu, Abang Mamat Khalid ada sekali kat restoran. Beliau siap main instrumen yang ada kat sana. Kami pulak? Bersukaria memeriahkan suasana bernyanyi beramai-ramai. Nak lagi gila? Hah, tu team saya yang lain siap berjoget lambak kat situ jugak. Memang happening & puas hati dapat lepas geram kat Sarang Art Hub Perak ni.
Ok, ni lah serba sedikit tentang hari Ke2 kat Tg Malim, Perak. Hari ke-3 pulak macamana? Untuk hari ke-3 korang terus ke artikel Aktiviti Tubing Guna Tayar Di Tg Malim, Perak Gambar saya akan update kemudian
[…] Hari pertama punya cerita pun tak cukup mukasurat nak taip. Macamana dengan hari ke-2? Untuk hari ke-2 korang kena baca kat artikel Aktiviti Sukan Lasak Tg Malim Perak Sangat Umph […]
[…] tubing memang best. Tahap aktiviti ni hanya level 2. Nak banding dengan water rafting hari ke 2 kat Ulu Slim River, level 4 beb. Ok, setel dah aktiviti lencun, terbalik tercampak bot semua. Masa untuk ke ladang […]
[…] Hari pertama punya cerita pun tak cukup mukasurat nak taip. Macamana dengan hari ke-2? Untuk hari ke-2 korang kena baca kat artikel Aktiviti Sukan Lasak Tg Malim Perak Sangat Umph […]
[…] tubing memang best. Tahap aktiviti ni hanya level 2. Nak banding dengan water rafting hari ke 2 kat Ulu Slim River, level 4 beb. Ok, setel dah aktiviti lencun, terbalik tercampak bot semua. Masa untuk ke ladang […]