Harini first time rasa lain gila lepas memerut yang tak setel weh. Rasa sembelit bila dah masuk trimester ketiga kehamilan. Sebelum ni takda sembelit. Mungkin sebab kerap minum air masak campur chia seed kot? Tu yang senang je nak memerut. Tak sampai 2 minit dah setel dalam tandas. Haha!
Kalini jadi mungkin sebab kurang minum air masak semalam. Peh susah nak memerut. Sampai kebas kaki duk cangkung kat tandas. Tapi, masa tengah cuba membuang tu dah rasa lain kat miss v & dubur.
Terasa macam kembang semacam. Tapi untuk yang first time rasa cam Dya ni, masa tu anggap..Ahh biasala kot kembang nak memerut.
Padahal.. Dalam hati dah rasa tak sedap.
Disebabkan macam dah penat sangat duk memerut tapi susah nak keluar, Dya bangun dari tandas & nak mandi terus.
Pertama Kali Rasa Sembelit Sepanjang Kehamilan
Masa berdiri tu, rasa lain gila kat bahagian bawah. Macam bengkak & kembang kat bawah. Macam sesuatu yang tak kena la.. Lain dari biasa.
Jadi, gigih duk rasa permukaan luar miss v & dubur. Ahh sudah! Kenapa kembang semacam je ni? Dya da risau dah. Cakap dalam hati, eh belum masa lagi nak beranak. Jangan pelik2 pulak jadik kan?
Then tetiba teringat pasal buasir. Setel je mandi duk google pasal buasir masa hamil. Katanya memang normal buasir akan jadi masa mengandung especially masuk trimester ketiga.
Sebab baby makin besar dan banyak faktor lain lah.
Cepat-cepat google cari info dan tips kat blog macamana nak atasi masalah buasir masa hamil ni.
Sapu Manjakani Untuk Atasi Masalah Buasir
Terjumpa satu blog yang sarankan sapu manjakani kat bahagian bengkak tu. Dalam fikiran dah terfikir nak beli manjakani jap lagi.
Tapi sebelum tu aku buat dulu senaman kegel lebih 100 kali. Senaman kemut bahagian miss v. Dya pun tak tau kenapa terdetik nak buat senaman kegel ni. Haha! Firasat cakap senaman ni bagus.
So, cuba lah kot boleh kurangkan bengkak kat dubur tu kan. Lepas beberapa minit macam bengkak berkurang. Tapi masih ada benjolan keluar sikit dari dubur dan bengkak di kawasan antara miss v dan dubur. Tak tau nak panggil nama apa.
Aku Spray Manjakani Lepas Kena Buasir Masa 26 Minggu Kehamilan
Zasss terus cek ada tak manjakani dalam produk ni.
|
Yay! Ada manjakani & sireh dalam produk sisperapat |
Yass! Serius ada! Ada manjakani, sireh & 7 bunga. Apalagi weh.. Tak jadi beli manjakani kat kedai jamu. Sebab nak kena hancurkan campur air pastu sapu kat tempat bengkak macam leceh sangat.
Jadi, Dya cepat-cepat keluarkan sisperapat & sembur kat miss v & dubur. Pedih sekejap. Tapi, berbaloi.
Takyah dah susah-susah aku gi cari manjakani. Haha
Dya lap dulu, bersihkan kawasan miss v & dubur. Kemudian sembur sisperapat dan biarkan kering sendiri tanpa bilas. Sebab cara pakai memang macamtu.
Aku biarkan kering sendiri..
Lepas beberapa jam terasa nak terkucil. Pergi tandas cek balik. Alhamdulillah bahagian yang bengkak tu dah surut & mengecil!
Pehh nasib baik weh.
Dya tak pernah kena buasir. Tapi bila terkena berdebar jugakla. Risau sebab benda pelik jadi kat bahagian bawah.
Lagipun sebelum ni bawak produk sisperapat semata hanya untuk spray kat mangkuk tandas je. Geli tengok tandas awam kotor. Sebab sisperapat boleh nyahbakteria jugak.
|
Barang yang wajib ada dalam handbag sepanjang keluar rumah. Sebab nak spray mangkuk tandas awam yang kotor. Haha! |
Ingatkan nak guna sisperapat selepas bersalin nanti. Tak sangka pulak kena buasir masa trimester ketiga kehamilan. Haha!
Kalini disebabkan dah keadaan terdesak, Dya guna sisperapat untuk miss v & atasi masalah buasir. Setel masalah. Mudah pun mudah. Tak payah susah-susah nak blend manjakani, letak air dan sapu kat tempat buasir. Spray je guna produk ni senang. Fuhh…Legaaa..
Kesan Lepas Spray SisPerapat Kat Bahagian Miss V & Buasir
Besoknya bengkak dah takda. Cuma esoknya tu Dya minum air masak + chia seed macam biasalah. 3 kali memerut masuk tandas. Tapi senang keluar tak sembelit macam hari sebelum. Haha.
Seriau sebenarnya nak yakk sebab takut karang benjol buasir terkeluar lagi ke apa kan. Lepas memerut, bersihkan semua. Terus spray sisperapat lagi biar buasir kembali pulih. Haha!
Kalau korang rasa nak mudah dan senang, terus beli produk sisperapat ni kat talian 0112.537.6809? okay Serius berkesan!