Blog ni dah lama wujud, tapi rupanya lambat loading dan template blogger paling basic adalah template yang berat dan banyak masalah rupanya. Atas tunjuk ajar owner mymagicalmorning aka laki aku lerr.haha, aku berjaya meng “edit” blog personal aku ni dan mula berjinak-jinak untuk main SEO (padahal aku ni buta blog, ok?haha ).
Ala, main seo sikit2 jer untuk naikkan ranking kat google sekaligus untuk marketingkan bisnes aku tanpa perlu terlalu berharap kat En Facebook dan Stagrem (IG).
Teringat masa kolej dulu, antara benda pelik aku buat ialah pinjam buku-buku komputer lah, c+ lah, blablabla.. Sebenarnya dari SPM lagi, aku nak sangat tahu macamana cara nak jadi jutawan internet macam irfan khairi. Tapi masa tu, serius cakap jalan aku belum dibuka lagi. Pinjam buku pelik-pelik tapi habuk pun tak faham weh.
Dan walaupun aku ada blog
diyatheauthor, aku tak tahu langsung rupanya semua trafik blog boleh buat duit online. Kalau aku tahu awal-awal, mesti kat kolej aku dah banyak duit..Haha! ( zaman kolej dulu, aku cari duit lebih dengan bisnes. Nak cerita panjangla pulak. Tapi memang menangis la kalau cerita.haha )
Jalan aku tak terbuka sepenuhnya sehinggalah aku pergi
kelas Aura Golden Wave oleh
master Umar
Sejurus selepas setting aura pada diri aku sendiri dan suami, zupp! Terus macam-macam jalan dibuka untuk kami.
Antaranya terhasil
Magicalips , aku tau tentang coding (yang aku nak sangat waktu kolej dulu ), aku tahu tentang ads boleh buat duit berdasarkan trafik, aku tau tentang speed blog, seo, ebook, blogger-blogger hebat, blogger copycat pun aku jumpa jugak (aku perati je diorang yang copy artikel aku bulat-bulat tanpa kredit , buat kerja senang) ,etc. Dan segala jalan tu bukan kerana kami nampak trend blog sekarang. Malah kami tak tahu langsung pun. Setakat buat blog sikit2 untuk share info suka-suka tu tahula kan.
Tapi jalan yang baru ni, dibuka tanpa perlu susah fikir, ia datang dan ditunjukkan begitu saja. Tak perlu usaha, hanya perlu doa dan usaha itu akan datang kemudian. Itu konsep sebenar untuk berjaya. Namun, doa mestilah “tajam”, bukan biasa-biasa. Hehe
Dan macam-macam penambaikan berlaku sejak itu. Bermula penghujung disember 2014 dan hari ke hari semuanya makin tercerah di mata hati serta fikiran kami. Alhamdulillah.
Paling best selepas aku perbaiki template dan pasang itu ini kat blog, terus jadi fast loading, readers meningkat 4 kali ganda. Nanti aku akan senaraikan apa yang aku dah buat kat blog untuk rujukan aku nanti. Hehe. Bai