Sebelum beli barang kat EzBuy, Dya ada beli barang dekat SGSHop jugak. Barang yang akan dihantar direct daripada China.
Dya pilih Ezbuy! |
Tapi, yang buat Dya menyesal beli kat SGShop sebab kos penghantaran mahal gila woi! Serius menyesal.
Bayangkan, beli 3 barang tapi dikira 3 caj penghantaran. Setiap satu barang kos penghantaran antara RM100-RM150. Pehh. Memang tobat takmo beli kat Sgshop dah weii.
Ringkasan artikel
Beli Barang Mekap Kat EzBuy Lebih Murah Dari SGShop
Beza harga banyak gila berbanding EzBuy. Kalau kat EzBuy kos penghantaran agak murah. Lagi-lagi kalau jadi prime member diorang.
Untuk pembelian pertama kat EzBuy, Dya guna trial prime member. Trial Prime member ni kena bayar RM18.80 je untuk jadi member.
Lepastu order je barang, kos penghantaran akan dicaj RM8.80 sahaja. Tak kira lah berapa banyak ko beli barang kat situ.
Tapi untuk trial prime member ni dia valid dalam 5 hari je. Lepastu rate penghantaran bukan lagi harga prime.
Kalau nak jadi prime member tetap pula, bayaran dikira setahun dalam RM188. Dya dah jadi member Prime ni. Hehe.
Siapa nak beli barang ezbuy, PM Sistur kat Facebook dvdhia. So, korang tak payah gigih pergi bayar harga prime member tu. Beli guna akaun Dya je then kos penghantaran terus bayar RM8.80 ajer. Jimat kann? Hehe.
Nah boleh rujuk kat bawah ni macamana Ezbuy kira kos penghantaran.
Cara kira kos penghantaran EZBUY |
Tempoh Penghantaran Ezbuy Lebih Pantas
Selain tu, tempoh penghantaran Ezbuy agak laju berbanding Sgshop. Padahal Dya order barang Sgshop lebih awal daripada ezbuy. Tapi, barang ezbuy sampai dulu. Bleghh.
Dya order 28 Sept, barang sampai 10 Oktober. So, tolak tambah adalah dalam 2 minggu je. Cepat gila!
Pakat Borong Online Direct Terus Dari China Harga Murah!
Ape benda yang Dya beli kat Ezbuy? Berus mekap!! Haha! Weh, serius dah lama tak main benda mekap ni. Berus yang ada pun entah mana hilang.
Pembersih berus mekap. Agak besar jugak. Puas hati |
Tu yang Dya pakat borong kat online je. Sebab benda yang Dya beli ni susah nak jumpa kat Malaysia. Ada jugak barang yang ada kat Malaysia. Tapi, dah alang2 beli kat Ezbuy, terus je la beli kat situ.
Berus mekap pelbagai saiz. Sebelum beli cek dulu guna material apa. |
Kalau tak, satu kerja lagi nak mencari kedai yang jual barang yang Dya nak kat Malaysia ni. Kos minyak, tol lagi? So, kena bijakkk untuk cut cost. Haha!
Ni ape benda tah nama dia. Biasa dulu dya suka guna untuk letak glitter/mix foundation |
So, kalau agak rasa-rasa nak jimat kos penghantaran direct dari China, Dya ada buat servis personal shopper online. Sebab Dya dahpun daftar jadi Prime member kat Ezbuy.
Sebab kalau korang nak harga pos murah, kena daftar jadi prime member dulu, yang bernilai rm188. Agak pricey sebenarnya lagi2 kalau korang jenis jarang2 akan beli barang kat ezbuy ni.
Jadi, cara senang biar Dya jadi personal shopper koranglah.. Caj untuk servis sebagai personal shopper 15% daripada total harga barang. Sebab Dya kena spend masa untuk uruskan order korang kat ezbuy. Harga pos pulak kira asing.
Total harga pos yang ezbuy akan caj: kena bayar RM8.80 (caj penghantaran, boleh pilih tempat untuk COD) + RM8 (caj hantar sampai depan rumah) = RM16.80 jer.

Caranya bagi link produk yang korang nak beli tu kat Dya, nanti total harga barang Dya akan tunjuk semula kat korang. Kemudian 15% akan dicaj sebagai khidmat servis tolong uruskan pembelian.
Contoh camni:
Total harga barang =Rm100
Caj PS = 15% x 100 = Rm15
Kos pos (cod) = RM8.80
Kos pos (Hantar sampai depan rumah) = Rm8
TOTAL = RM131.80
Jangan risau, semua proses Dya akan keep update dari invois, pembelian barang, pembayaran barang, semua ada bukti screenshot direct dari akaun EzBuy Dya.
Dya takda la dapat untung banyak pun dari Ezbuy ni.
Cuma kena caj sikit sebagai PS sebab Dya tak boleh sesuka hati bagi orang bukak akaun ezbuy Dya (untuk safety).
Kiranya korang bayar masa Dya uruskan pembelian tanpa perlu pikir nak jadi prime member yang kena bayar sampai nak dekat RM200 tu.

Yang penting korang dapat jimat banyakkk! Hehe.
Once again, kena bijak pikir cara cut cost! Plus ada yang tak selalu beli kat Ezbuy kan? So agak rugi kalau korang daftar prime member tapi beli barang sekali je.
Kalau nak hire Dya jadi PS korang kat Ezbuy, pm kat fb facebook.com/dhiavivadea okay?
Kalau nak hire Dya jadi PS korang kat Ezbuy, pm kat fb facebook.com/dhiavivadea okay?
[…] boleh baca jugak review masa Dya beli Barang Mekap Kat EZBuy tahun lepas. Nah, belanja review kat video […]