Sebenarnya dari sebelum usia Aali setahun, Dya dah plan untuk buatkan busy board baby murah untuk dia.
Tapi, biasalah. Kekangan masa campur MALAS. Haha!
Ringkasan artikel
Buat Busy Board Baby Aali Guna Barang Terpakai & Murah
Usia Aali 16 bulan barula dapat siapkan busy board dia. Itupun kita recycle guna mainan masa kecik & beli barang murah je.
Korang boleh refer gambar kat bawah ni:
Papan kat atas atu Dya beli kat shopee je. Malas nak keluar cari kat kedai.
Tau-tau je barang dah sampai rumah dengan saiz ukuran yang terbaik untuk hasilkan busy board budak.
DIY Busy Board Guna Papan Plywood
Papan Plywood guna papan berukuran 12MM X 2FT X 3FT dengan harga RM19. Termasuk postage RM24.
Korang boleh search je kat shopee papan plywood.
Bahan yang digunakan untuk busy board Aali ni kita recycle mainan masa dia kecik dulu & ada jugak gift daripada orang. Selebihnya beli kat kedai OSH Baby & DIY.
Beli Bahan Busy Board Baby Kat Mr DIY
Bahan kat atas ni semua borong kat MR DIY je. Murah pun murah.
Kos keseluruhan bawah RM20 kalau tak silap.
Sebenarnya roda kecik tu, Dya beli awalnya untuk buat kat meja sendiri.
Tapi, sampai ke sudah tak digunakan. Jadi, dari membazir, kita letak je terus kat busy board anak.
Buat Busy Board Guna Barang Terpakai Je
Kemudian, untuk barang kat bawah ni, sebenarnya barang rumah jugak.
Dan dah rosak serta tak dipakai. Jadi, baik kita tampal je kat busy board kan?
Kalau kat rumah korang ada barang terpakai yang tak nak guna dah, korang tampal je kat busy board anak.
Tapi, make sure barang tu selamat untuk dimain oleh anak ok?
Macam plag atas tu, wayar semua memang dah cabut dah.
Plag tu penting untuk train motor skill anak bila dia bukak tutup suis, masukkan dan cabut plag dari soket, etc.
Mainan Murah OSH Baby GM Klang
Untuk mainan tambahan, Dya beli kat GM Klang.
Tapi, Dya tak masuk dalam bangunan GM Klang sebab mainan agak mahal kat situ.
Dya lebih suka pergi kedai OSH Baby sebab lebih murah.
Harga Mainan Murah Osh Baby
Xylophone = RM10
Ikat tali kasut = RM11
Fidget Spinner = RM8
Lokasi OSB Baby tu kat luar bangunan GM Klang. Memang kat situ lebih murah.
Gift Jangan Buang, Recycle Untuk Busy Board
Last but not least, hadiah pemberian orang jangan dibuang ok?
Sebab kita boleh recycle balik tampal kat busy board anak.
Macam kat gambar atas ni, mainan masa Aali bawah setahun.
Sebenarnya ada banyak lagi mainan lain. Tapi, Dya tampal yang sesuai untuk train motor skill Aali.
Bajet Busy Board Baby Murah Sebenarnya, Bawah RM100
Ye wak, kalau ikutkan kos buat busy board ni tak melebihi RM100 pun.
Cuma kalau nak lebih jimat, recycle je barang kat rumah tu hah.
Banyak lagi barang yang kita boleh tampal guna barang terpakai. Hihi.
Total Kos untuk busy Board Aali?
Papan Plywood = RM24
Mainan Osh Baby = RM29
Barang MR DIY = RM20 (anggaran)
Isi Gam tembak = RM2
Total kos= RM75
Kebetulan Dya memang ada pistol gam tu dah lama dah. Sejak sebelum kahwin. Jadi, kos jimatlah. Tak perlu beli baru. Hehe.
Jadi, untuk menjadikan anak kita busy dengan aktiviti, busy board ni salah satu caranya.
Anak akan sibuk bermain dan explore apa yang ada pada mainan mereka tu nanti.
Dalam masa yang sama, ia akan melatih kemahiran berfikir serta kemahiran yang lain seperti:
- Melatih kekuatan otot tangan dan jari tiap kali Aali menekan serta menutup suis.
- Melatih kemahiran berfikir bila Aali membuka dan memasukkan kepala plag ke extension plag tu.
- Melatih kreativiti bila bermain dengan musik (xylophone)
- Melatih kreativiti bila berusaha untuk mengikat tali kasut
- Banyak lagi..
So, Dya yang kat rumah ni bolehla relaks sikit siapkan kerja sementara anak sibuk main dengan busy board dia tu.
Kalau tak, fuhh memang dia akan ikut je montot maknya ke hulu ke hilir mengacau.
Mungkin korang berminat nak baca perkembangan MOTOR SKILL AALI jugak.