Artikel pasal kucing sebelum ni, Luka Sporo Tertutup Selepas Sebulan Rawatan.
Betul luka dia dah tertutup masa tu. Tapi, untuk pengetahuan korang, lepas je luka tertutup Dya ke vet untuk dapatkan khidmat nasihat. Doktor sarankan untuk bagi ubat selang 3 hari sekali. Berbanding sebelum ni kena bagi ubat setiap hari. 
Cara Aku Rawat Kucing Sporo Selepas Luka Terbuka Semula 1
Jadi, Dya ikutla nasihat doktor. Dan dalam masa yang sama Dya kena outstation atas urusan kerja (travel) beberapa hari. Jadi, disebabkan luka mel dah tertutup, Dya serahkan pada vet untuk jaga Mel selama Dya pergi outstation.
Tapi, Dya menyesal hantar. Sebab Dya dapat detect vet tak bagi ubat pada kucing Dya. Cara Dya tau? Bila Dya cek ubat masih kuantiti yang sama. Walaupun Dya da call untuk tanya progress harian, dah bagi ubat ke belum? Vet tak boleh dipercayai. Kata dah bagi tapi sebenarnya tak bagi. Trust me.

Dan kesannya? luka mel terbukak balik!

Tapi, takpelah. Benda dah nak jadi kan? Jadi lepastu memang Dya tak hantar lagi Mel untuk stay kat pet hotel. 

Cara Aku Rawat Kucing Sporo Selepas Luka Terbuka Semula

Dya dan suami rawat sendiri kat rumah. Kalau korang buat sedikit research, bila luka sporo dah tertutup terbukak balik, luka tu lebih teruk daripada yang mula-mula.

Luka Mel terbuka lagi besar. Hari-hari Dya lapkan nanah dan darah kat luka tu. Kesian Mel. 

Awalnya Dya letak sangkar kat dalam rumah. Pernah try letak luar rumah, tapi lalat datang hurung bertelur kat luka. Nasib baik nampak, kalau tak memang berulat luka tu nanti.
Disebabkan gangguan lalat, Dya masukkan semula dalam rumah. Tapi, saranan Dya jangan letak dalam rumah. Sebab bulu kucing yang halus sebenarnya banyak gila bersepah yang kita tak nampak. Masa tu, Dya terpaksa letak kat rumah.
Dya rawat Mel berbulan-bulan. Guna ubat yang sama. Masih takda perubahan. Luka masih kekal sama, berkuping kemudian ada nak tumbuh luka baru kat tempat lain.
Sampaikan Dya dan suami pernah bincang untuk “put to sleep”. Sebab ada rasa give up dan kesian kat Mel bila luka kekal sama takda tanda sembuh. Tapi kami tak sampai hati. Kami buat keputusan untuk rawat Mel sampai dia sembuh.

Cara Sembuhkan Luka Guna Kipas

Sampailah bulan November lepas, tuhan turunkan ilham/idea kat Dya cara untuk rawat Mel.
Dya terfikir kenapa kat dalam rumah lalat tak datang hurung? Jawapannya sebab kipas sentiasa dipasang 24 jam untuk Mel.
Jadi dari situ Dya terfikir, apa kata aku letak Mel kat luar tapi halakan kipas kecil kat dia? Jadi, cara ni boleh halau lalat.
Jadi, gigihla pergi kedai beli kipas mini dan letak sangkar Mel kat luar. Sebab letak dalam rumah tak elok untuk kami. Sebab yelah, bulu kucing berterbangan. Kalau nanti dah ada anak kecik lagi la tak boleh kan?
Cara Aku Rawat Kucing Sporo Selepas Luka Terbuka Semula 2
Kesian dia terkurung dalam sangkar hampir setahun dah
Dya halakan kipas kat Mel setiap hari 24jam. Jadi, cara ni boleh halau lalat dari hurung luka tu. Maaf korang, Dya tak snap luka dia masa terbuka semula tu. Tapi apa yang Dya boleh cakap, luka tu memang besar gila. 
Tapi lepas Dya buat langkah letak sangkar kat luar dan halakan kipas, tak sangka cara ni sebenarnya bantu keringkan luka cepat!
Cara Aku Rawat Kucing Sporo Selepas Luka Terbuka Semula 3
Halakan kipas 24jam
Tapi, ada masa Dya halakan kipas ketepi sikit. Sebab yelah, risau Mel kesejukan terutama masa hujan lebat. 
Luka Mel dari sebesar-besar terus kecik dalam masa 2 minggu. Sebelum ni pernah rasa putus asa sebab walaupun da bagi makan ubat, luka tetap sama. Tapi, alhamdulillah langkah terbaru ni berjaya kecikkan luka Mel balik!

Perubahan Mel Selepas Letak Sangkar Luar Rumah?

Antara perubahan Mel yang Dya nampak, Mel dah start ceria balik. Berbanding sebelum ni dia nampak murung dan selalu menangis dalam rumah. Sebab mungkin bosan hari-hari mengadap dinding. Tapi masa tu, terpaksa letak dalam sebab masalah lalat.
Jadi bila jumpa cara ni, Mel nampak lebih happy sebab hari-hari nampak suasana kat luar, orang lalu lalang, udara luar, etc.

Bagi Ubat Sporanox Untuk Manusia Pada Kucing

Luka Mel yang semakin mengecik tu buat kitorang rasa happy. Dya bagi ubat yang sama pada Mel, tapi sebelum tu Dya ada mintak nasihat doktor, masa luka Mel masih sama je. Doktor sarankan bagi ubat sporanox yang dibeli kat farmasi.
Ubat sporanox untuk manusia tau. Ubat ni katanya 10x lagi kuat daripada ubat sporanox untuk haiwan. Dan ubat hati pun dya bagi jugak.

Setiap hari kena bagi ubat tanpa missed


Ubat sporanox ni satu kapsul berharga RM10. 3 x ganda lebih mahal daripada ubat sporo untuk haiwan. Dya beli sebab nak efek lebih kuat.

Dya bagi separuh kapsul setiap hari. Kemudian bagi ubat hati liv52 sebijik macam biasa. Transfer factor pulak macamana? 

Transfer Factor Tak Diperlukan Untuk Sporo

TF korang tak payah beli dah. Untuk makluman sebelum Dya letak mel kat luar, Dya beli ubat TF paling mahal bernilai RM250. Letak pada luka tapi masih tak ada sebarang perubahan.
Perubahan hanya berlaku lepas Dya halakan kipas direct ke Mel.
Sebelum ni Dya ada guna TF untuk Mel kan? Tapi untuk luka sporo yang dah terbukak semula, TF tak membantu untuk sembuh.
Kucing perlukan angin dari kipas untuk luka tu kering. Selama ni luka tak sembuh sebab luka syik basah je. Bila basah Mel akan jilat. Bila jilat luka akan merebak perlahan-lahan.
Alhamdulillah, luka Mel kalini dan semakin mengecil. Bulu badan pun dah mula tumbuh balik. Dya tunggu luka tertutup balik & bulu tumbuh sepenuhnya. Baru Dya akan bawak dia jalan-jalan.
Rawatan still dibuat sampailah virus tu dah takda lagi kat Mel.
Jadi, untuk tuan kucing kat luar sana. Jangan putus asa rawat kucing korang okay? Cubalah cara yang Dya kongsikan ni. Semoga kucing korang cepat sembuh.

Selepas 2 Bulan Guna Cara Ni:

Ni hasil selepas 2 bulan. Luka makin tertutup dan bulu dah mula tumbuh semula kat Mel.

Korang boleh jugak beli ubat hati untuk haiwan kat link ni > beli ubat hati LIV52

Luka sporo kucing sembuh cepat
Luka sporo tertutup

34 Comments

  1. Salam… boleh share tak gambar ubat sporanox yg bg mkn dekat Mel? sbb saya cari dkt farmasi byk takda.boleh share cari di farmasi mna ye? tq sis..

  2. Dlm iklan d lazada ubat hati liver52 ada mcm² harga dn jenis. Cmna nak tahu jenis mna 1 yg lebih brkesan dn ssuai?

  3. Assalamualaikum, boleh tak saya nak request untuk kak Dya buat satu group TELEGRAM atau WHATSAPP atau apa apa jee untuk bantu saya dan yang lain lain juga. Lebih mudah untuk guide kami dan dapat lah bantu kucing kxuing lain. Saya tak sanggup nak tgok kucing saya mcm tuh.

    • buat masa ni tak boleh buat group telegram sebab akak busy..tapi boleh pm di fb dhiavivadea. nanti akak akan reply kat sana cepat sikit

  4. Hi dhia nk tanya. Boleh share nama farmasi dekat seremban 2 tu? Kucing sy dapat sporo ni dan saya sedih sangat tak tahu mcm mana nk tolong dia lagi. Dh 2 weeks die makan ubat anti-fungal tu (colour purple putih tu) and antibiotik

    • saya sembuhkan kucing sporo guna sporanox dan ubat hati..serta kipas hala 24 jam kat kucing. Sebab ubat sporo utk haiwan dah tak berkesan utk kes kucing saya. Sporo jenis terbuka dua kali dah luka dia. alhamdulillah lepas on sporanox, ubat hati, kipas. sembuh sepenuhnya.

  5. Ubat sporo kena bagi lama… sampai mati semua fungus. Ikutkan vet 3-6 bulan. Bulan ke2 kena mula bg ubat hati. Saya baru rescue ibu kucing… anak2 dia sihat, tapi diasingkan dulu. Vet tak bagi dah anak minum susu ibu. Wlaaupun dah baik, vet bg tau bawak ke klinik semula bg dia cek dan confirm kalau fungus dah mati betul. Ubat masih kena bg 14 hari selepas clear.

    • Sedar kena sporo bila luka 2 lubang kat kaki kucing makin membesar dan makin bertambah banyak lubang kecik macam kena cucuk jarum

  6. Salam pn dhia. Kucing sy br di diagnos sporo, everything happened lepas sunat. Skrg dah hampir 2 bulan makan ubat sporo tp luka makin besar jgk. Tq utk tips ubat2 yg pn dhia share. Cuma sy ada 1 pertanyaan, macam mana precautions steps utk diri pn dhia sndiri sbg penjaga kpd kucing yg ada sporo ni? Blh share? Selain risaukan kucing sy, sy risau kat diri sy sndiri yg merawat ni. Maaf tanya, fb pn dhia, dhia vivadea ke? Sy cuba kat fb, minta kepastian. T. Kasih.. Moga pn dhia sudi jawab soalan2 sy yg tgh paranoid ni 😅

    • Saya guna sarung tangan plastik untuk pegang badan kucing, uruskan najis semua. Kemudian cuci sangkar & bekas najis guna clorox. Dan pastikan nanah kucing tak bersepah. Kena kuarantin tempat khas untuk kucing

  7. Hai. Sekarang mel da totally ok ke? Ade tk sakit tu dtg balik? Kucing saya baru terkena sporo. Nmpk bibir dia luka, bwk klinik cek terus diagnos sporo. Penjagaan sangkar tu, mmg tiap kali lepas dia berak n kencing ke cuci dgn clorox. If cuci dengan dettol bole ke?

  8. Assalamualaikum,sy Sabri dari Wakaf Bharu,telah setahun sy rawat kucing sy,hari tu dah sembuh n sy lepas dia merayau lepas tu jadi blik smpai skrg x sembuh doktor sarankan pts tp sy x smpai hati sy terus beli mcm2 ubat mcm inox sy bagi tiap2 hari di samping ubat spray luka,sy nk cuba letak kipas mcm Dhia buat tu kan,sy rasa mungkin membantu utk keringkan luka sb mcm2 ubat sy sapu termasuk ubat serbuk tp msih basah n x nak kering,terimakasih diatas perkongsian Dhia.

  9. Terima kasih banyak sis atas perkongsian ni. Kucing sy kena sporo, ni pengalaman pertama selepas 25 tahun sy mula jaga kucing. Sy baca semua yg sis kongsi, moga Allah permudahkan segala urusan sis.

  10. Salam, saya nak tanya, kucing sporo perlu pakai collar sentiasa ke atau boleh biarkan tanpa collar. Vet suruh pakai collar tapi kesian jugak tengok dia tak dapat nak bersihkan diri.

    • tak perlu collar. tapi make sure tak lepaskan kucing keluar. kurung dalam sangkar sampailah sporo dia dah takda. Halakan kipas pada luka untuk bantukeringkan cepat. boleh cuba spray nano perak untuk keringkan luka/nanah. Contact 01128385595 untuk tanya nano perak

  11. Ada ubat spray yg berkesan tak…untuk sporo ni…lg satu immune booster biovet tu boleh membantu ke dlm rawatan sporo ni…?..tq sis.

    • Rawat sporo dengan bantuan kipas untuk cepatkan luka kering. Kemudian makan sporanox. Rajin bersihkan sangkar, najis dan lap nanah luka. Bersihkan sangkar guna clorox, luka pada kucing tak perlu letak apa2. Ataupun boleh cuba nano perak spray pada luka. Nano perak memang boleh tutup dan berhentikan darah/luka.

    • tak perlu balut kak..Biar terbuka macamtu. Kalau ada nanh meleleh, lap guna gauze dan buang terus. Halakan kipas kat luka supaya cepat kering. Kurung dalam sangkar tak boleh keluar. Contact 01128385595 untuk tanya nano perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *