Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua

“Tengok drama kat TV tu, bila mak bapak dah tua, anak-anak lupakan mak bapak sampai sanggup hantar ke rumah orang tua-tua”
“Dah besar nanti jangan jadi macam orang tu, malas jaga mak bapak, terus hantar rumah orang tua-tua”
Tu antara ayat yang Dya selalu dengar dari kecik lagi.  Budaya masyarakat yang rasa tak mampu dan tak sanggup menjaga mak bapak yang dah tua dan tak berdaya. Kemudian, melepaskan tanggungjawab kat rumah jagaan warga emas.

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 1
Biasa kita nampak kat TV je lah. Rumah orang orang tua yang sedia ada ni jenis duduk dalam satu rumah bersama.

Dan  segala sakit, makan pakai minum mereka dijaga orang lain. Bukan anak sendiri.
Tapi berbeza pulak konsep yang dibawakan oleh Madam Siew Yin Leng, pengasas taman perumahan Green Acres.

Beliau mengeluarkan idea taman perumahan yang ada beratus biji rumah di dalamnya, tapi hanya khas untuk warga emas duduki sahaja. Menarik kan?

Biasanya taman perumahan akan dibeli & diduduki oleh pelbagai peringkat umur kan? Berbeza pula keadaan di Green Acres, yang mana:

Taman perumahan Green Acres memang khas untuk pesara & warga emas. Jelesnya, sebab kita yang muda ni nak beli rumah pun harga dah ratusan ribu belum termasuk renovation rumah lagi.

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 2

Green Acres, Pusat Perumahan Khas & Mewah Untuk Orang Orang Tua

Digelar sebagai Green Acres, idea ini bertujuan supaya warga emas dapat menikmati masa tua mereka dengan rasa bahagia & gembira dengan persekitaran rumah serta komuniti sebaya.

Bayangkan dalam satu kawasan perumahan bukan ada sebijik rumah, tapi ratusan buah rumah dan setiap satu rumah untuk satu family warga emas sahaja.

Contoh isteri & suami. Atau isteri, suami dan mak yang lebih berusia.

Konsep perumahan warga emas, Green Acres yang  berkeluasan 13 ekar ni inspirasi daripada Australia & America. Lebih dikenali dengan nama “retirement village”.

Bukan saja satu rumah untuk satu pasangan warga emas. Di Green Acres ni ada disediakan juga “clubhouse”. Bila masuk ke Clubhouse, Dya rasa macam.. Bestnya!!

Kemudahan Yang Sedia Ada Di Green Acres?

Apa yang best? Kat Clubhouse ada macam-macam kemudahan. Antaranya:

  • Bilik gym
  • Bilik Yoga
  • Bilik membaca & bersantai 
  • Bilik untuk permainan seperti mahjong & billiard
  • Mini wayang
  • Bilik karaoke, etc.

Dya yang masih muda pun rasa jeles sebab kita yang muda ni pun tak dapat kemudahan mewah macam warga emas ni.

Tak cukup dengan tu, rumah yang diduduki orang orang tua di sini bukan kosong semata. Tapi, segala kabinet , dapur, penghawa dingin, pemanas air semua memang dah tersedia ada.

Kecuali perabot lah. Tinggal bawak masuk perabot saja. Sebab lain warga emas, lain citarasa.

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 3

Apa yang Dya boleh simpulkan tentang Green Acres ni adalah gaya hidup mewah di usia emas akan datangkan kepuasan maksima untuk orang orang tua.

Fasa pertama Green Acres telahpun dibuka secara rasmi oleh Menteri Pertanian, Komoditi Dan Industri, YB Datuk Seri Mah Siew Keong 7 Oktober lepas. Fasa keseluruhan ada 5 dan dianggarkan akan siap pada tahun 2021.

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 4

Fasa pertama Green Acres dah pun siap sepenuhnya & ada lebih kurang 26 buah rumah serta sebuah “Clubhouse” (30,000 kaki persegi) yang bernilai RM10 juta ringgit Malaysia.

Anggaran keseluruhan projek Green Acres ni pula bernilai sehingga 100 juta ringgit. Rumah Villa di Green Acres ada pelbagai saiz (6 saiz rumah bermula dari ukuran 734 kaki persegi sehingga 1105 kaki persegi).

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 5
Type A1A

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 6
Type A1B

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 7
Type A2A

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 8
Type B1A

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 9
Type B1B

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 10
Type B2

Dan antara kemudahan tersedia di dalam rumah seperti:

  • Water heater untuk bilik mandi
  • Kabel astro untuk TV
  • Taman 
  • Clubhouse
  • Permukaan dapur guna granite
  • Penghawa dingin & kipas siling
  • Kabinet 
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 11
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 12
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 13
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 14
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 15
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 16
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 17
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 18
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 19
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 20
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 21
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 22
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 23
Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 24

Siapa Layak Untuk Duduki Rumah Di Green Acres?

Rumah Green Acres hanya boleh diduduki oleh warga emas yang berusia 55 tahun ke atas sahaja.

Berapa Kos Yang Perlu Dibayar Setiap Bulan?

Kos yang perlu dibayar setiap bulan bermula dari harga RM371/sebulan. Dan bayaran ini untuk kos selenggara pelbagai guna.
Tapi, selain kos setiap bulan, penduduk warga emas perlu membayar deposit berbentuk “Lease deposit” yang bernilai RM300,000.
Lease deposit ni boleh dibayar dengan cara mungkin 2 atau 3 kali. Dan duit ini akan dikembalikan kepada waris  bila warga emas meninggal dunia ataupun bila mereka tak mahu lagi duduk di Green Acres

Macamana Jika Ada Warga Emas Yang Sakit?

Di Green Acres, ada disediakan tempat khas untuk orang orang tua yang kurang sihat. Ianya digelar sebagai AgeCare yang mana akan ada jururawat bertugas 24 jam, makan minum serta pakaian juga akan diurus oleh pihak AgeCare.

Macamana Kalau Warga Emas Ingin Keluar Berjalan Di Bandar Berdekatan?

Haa, semua perkara memang dah pun dikaji awal-awal oleh pihak Green Acres. Hinggalah pada pengangkutan. Jika warga emas ingin keluar, akan ada “shuttle bas” yang akan bawa mereka keluar dari kawasan Green Acres.

Green Acres, Desa Persaraan Mewah Untuk Orang Orang Tua 25

Antara tempat berdekatan contohnya seperti Lost World Of Tambun, Kellie’s Castle, Gua Tempurung, Kledang Saiong Forest Eco Park, Movie Animation Park Studios (MAPS), dll.

Pendapat Peribadi Penulis Tentang Green Acres?

Bila usia makin meningkat, warga emas nak pastikan mereka dapat jalani hidup dengan kepuasan maksima. Jadi, Taman Perumahan Green Acres adalah terbaik untuk mereka.

Kerana mereka akan bercampur gaul dengan rakan sebaya, dapat buat aktiviti bersama, dapat kurangkan stress, malah dapat duduk di Villa yang tersedia dengan kemudahan yang sangat mewah.

Bayaran bulanan pun sangat berpatutan dan murah. Yang paling penting, orang orang tua lebih terasa dihargai & gembira bila duduk di kawasan perumahan Green Acres.

Sebab ianya lebih kepada konsep terasa di rumah sendiri dan bebas buat apa saja. Dya yakin warga emas memang tak sabar nak duduk di Green Acres.

Sebab masa saya ke Green Acres, ramai warga emas yang datang tengok “showroom” dan muka masing-masing nampak teruja bila tengok persekitaran best macamtu.

Sebab ia bukanlah rumah orang tua-tua macam dalam TV tu. Tapi, ianya sama macam kita duduk rumah sewa cuma bezanya komuniti kat sini semuanya warga emas sahaja.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Green Acres Retirement Village, rujuk di greenacres.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *