Ada banyak sebenarnya jenis inner neck yang jual kat pasaran. Dya memang dah lama kaji tentang inner neck dari dulu lagi sejak tahun 2012.
Dalam pada tu, nak keluar ke sana sini dah bermacam jenis inner Dya pernah beli untuk guna tiap hari.
Dari yang jual paling murah sampailah paling mahal. Beli inner kat Jalan Tar, inner Bellaz, sugarscarf, etc.
Semuanya berlainan kualiti, berlainan harga dah semestinya. Dan kebanyakannya guna material cotton lycra gred berbeza.
Ringkasan artikel
Aku Guna Inner Neck Nurd Untuk Bersenam Dan Berenang Dalam Air
Tahun ni jenama baru, Nurd keluarkan inner neck special. So, apalagi weh. Kena try lah!
Sebab Dya perhatikan yang inner neck Nurd lain sikit dari inner yang ada kat pasaran. Guna material 100% polyster, kain khas untuk korang yang aktif ataupun cepat berpeluh.
Sampai je inner Nurd kat rumah, Dya terus belek kain…Persepsi pertama:
-Ringan
-Nipis & tak jarang
Inner neck Nurd ni bila pegang memang rasa ringan je. Tak sama macam inner jenis cotton.
Sekali pandang je Dya tau kain inner Nurd ni sangat-sangat sesuai untuk guna bila kita buat aktiviti lasak. Contohnya berenang, berlari, etc.
Kelebihan Inner Neck Nurd
1. Ringan & Cepat Kering
Inner ni bila kita selam dalam air, korang takkan rasa berat pun masa berenang. Dan bila kita dah setel mandi manda tu, inner ni sangat-sangat cepat kering. Best gila!
2. Serap Peluh 100%
Inner Nurd memang serap peluh yang mencurah-curah keluar. Terutamanya bila kita aktif bersukan.
Cuaca panas kat Malaysia menambahkan lagi rasa panas bila bertudung. Dya dah cuba gabung inner neck serta tudung bila keluar.
Tapi terasa bahang sangat dan Dya lebih suka pakai inner Nurd tanpa ada lapisan lain kat luar kepala dah.
Tak tahan dengan terik matahari sekarang ni.
3. Awning V shape
Ok bab awning ni, siapa yang follow Dya dari dulu mesti tau Dya sangat cerewet bab awning. Dan tau awning v macamana sesuai dengan bentuk muka.
Untuk awning V inner nurd sesuai dipakai mereka yang berwajah kecil & runcing.
Kalau muka boolat macam Dya, tak berapa sesuai sebab nampak lagi bulat bila pakai.
Tapi tu bukan masalah besar sebab Dya boleh adjust bentuk muka jadi lonjong/bujur dengan gunakan shawl. Korang kena kreatif & bijak menggayakan tudung. Hehe.
4. Stretchable
Kain inner Nurd ni merenggang dengan helokk. Jadi tak payah risau tang muat ke tak bila nak sarung.
Sebab inner ni sesuai dipakai semua saiz diameter kepala masing-masing.
Paling penting sekali Inner Nurd ni Dya suka gila sebab serap peluh banyak & cepat kering jugak. Tu yang bestt.. Sebab Dya boleh guna bila selam dalam air nanti. Haha.
Kalau nak suruh jogging memang pemalas sikit. Berenang je lah yang mampu.
Berapa Warna Inner Nurd & Harga?
Ada tiga warna asas – jet black, navy blue, cool grey. Dya pakai warna navy blue. Semua warna sesuai nak match dengan apapun warna baju/tudung.
Harga sehelai RM79 kalau tak silap. Korang boleh tengok terus kat IG NurdOfficial.
Ataupun order je kat website nurdofficial.com. Kat sana semua info ada. Korang rujuk terus ke sana ok?
Sekarang memang Dya lebih selesa pakai inner Nurd ni ke mana-mana. Senang & simple.
Cuma muka macam makcik-makcik la weh.. Sebab malas nak mekap sejak pregnant ni. Sarung apa yang mudah je.
Muka masa pakai inner Nurd ni? Err, tunggu lah bila muka Dya dah semenggah sikit boleh? Sebab sekarang tengah selekehla. Mood orang pregnant malas nak bersiap. Haha!