Bila dah kahwin, mestila bab miss v benda paling sensitif sekali nak dicerita samada kat blog mahupun kat media sosial. Serius sensitif. Tapi, Dya jenis bersikap terbuka. Malah kebanyakan benda Dya akan cari melalui google je sekarang ni. Hehe.
Sebab yelah, kadang tu malas nak tanya orang kan? Nak tanya orang, takut orang tu pulak segan nak share. Jadi, melalui blog je lah biasanya ramai wanita cari info berkaitan kehamilan, hal luar dalam wanita, etc.
Guna Sis Perapat Untuk Merapatkan Miss V Longgar
Guna Sis Perapat Untuk Merapatkan Miss V Longgar
Fuhh, tengok tajuk pun sebenarnya Dya tak tau nak terangkan bab ni. Haha! Walaupun dah kahwin 6 tahun, Dya tak boleh agak macamana keadaan miss v longgar yang sebenar. Mungkin masa bersama tak grip habis kot? Nak cerita bab bahagian intim suami isteri pun tak boleh jugak kat sini weh.
Cuma apa yang Dya boleh kongsikan, Dya tak dapat bezakan lagi macamana yang dikatakan miss v longgar. Sebab mungkin belum alami lagi situasi ni. Mungkinlah.
Disebabkan Dya tengah hamil sekarang ni, makanya produk sisperapat ni Dya akan guna selepas bersalin nanti. Sebab orang kata keadaan miss V selepas bersalin ni lain sikit. Orang katalah. Jadi, lepas bersalin adalah waktu terbaik untuk bezakan keadaan miss v kita ni. Untuk review penggunaan dan kesan produk ni kita tunggu selepas Dya bersalin okay?

Att: terdesak guna sebelum bersalin sebab kena buasir masa trimester ketiga kehamilan! Haha. Dya ada update kat artikel Spray SisPerapat Untuk Rawat Masalah Buasir

Dya nak kongsikan tentang produk penyembur miss v wanita. Ok, masa sebelum kahwin dulu, cara untuk jaga bahagian intim, Dya akan beli pencuci wanita yang banyak jual kat pasaran. Ada macam-macam bau wangi. Tapi kejap je pakai. Sebab susah & leceh bila tuang atas tangan banyak kuantiti terbazir camtu je.
Jadi, sekarang ni bila tau pasal produk pencuci wanita sis perapat ada fungsi spray, sembur-sembur je. Tu yang rasa, ok produk ni lain daripada yang lain.
Salah satu sebab, tak payah dah nak bazir tertumpah tuang atas tangan ke apa dah. Spray je sis perapat kat miss v terus setel.

Anak Dara Pun Boleh Guna Sis Perapat

Mula-mula ingatkan produk ni khas untuk wanita yang dah berkahwin saja. Rupanya anak dara pun boleh guna jugak! Hehe.
Produk sis perapat ni bukan untuk ketatkan miss v je. Fungsi lain, boleh nyahbakteria. Jadi, korang boleh guna 2 dalam 1. Bersihkan & ketatkan miss v dalam waktu yang sama.
Ada satu lagi benda paling penting gila Dya nak kongsikan. Selama ni masalah ni akan jadi setiap kali travel ke luar Malaysia. Tak payah cakap kat luar Malaysia lah, kat dalam Malaysia pun sama.

Tandas Kat Malaysia Kotor Nauzubillah

Yepp, ni masalah paling teruk sekali Dya rasa. Tiap kali nak memerut/buang air kecik, fobia nak masuk tandas. Sebab tandas kat Malaysia kotor wehh.. Lagi-lagi jenis tandas awam yang hanya ada jenis tandas duduk tu hah. Pehh.
Bila tengok mangkuk tandas kotor dengan tapak kaki orang, memang terbantut nak membuang masa tu.
Kalau tandas tu jenis macam kat IKEA? Lagila seksa rasa. Sebab air untuk cuci ada dalam mangkuk tandas tu. Air pulak keluar sikit kot. Tak sampai pun ke arah miss v kita untuk cuci. Serius masa tu Dya rasa geli gila.
Kalau tandas jenis cangkung Dya ok lagi. Tapi tandas duduk ni Dya was-was dengan kebersihan. Entah sapa-sapa je yang duduk atas mangkuk tandas tu. Kita tak tau tahap kebersihan diorang.
Bab tandas memang Dya cerewet sikit. Nak membuang pun kena make sure bersih baru lega nak lepaskan hajat.

Sembur Sis Perapat Kat Mangkuk Tandas Untuk Nyah Bakteria

Jadi, disebabkan produk penyembur wanita ni ada fungsi 2 dalam 1, iaitu boleh nyah bakteria, Dya rasa happy gila! Sebab lepasni memang senang dah nak membuang. Sembur je sis perapat kat mangkuk tandas untuk nyah bakteria yang ada kat situ.
Guna Sis Perapat Untuk Merapatkan Miss V Longgar 1
Rasanya macam produk ni satu-satunya kat Malaysia yang ada fungsi ni kot?
Serius lega gila bila founder produk sis Perapat, Pn Sarzielawati Samad keluarkan produk bagus camni.

Pelancaran Produk Sis Perapat & Serum Muka Delia Gold

Pelancaran 2 produk sekaligus dibuat kat Kota Kinabalu Sabah minggu lepas. Kagum dengan kejayaan founder produk ni. Sebab dari dulu memang sentiasa semangat & ketawa je. Tak pernah Dya nampak dia bermasam muka dengan kawan-kawan. Walaupun dikecam sana sini, founder gigih bangkit terus cipta kejayaan.
Guna Sis Perapat Untuk Merapatkan Miss V Longgar
Add caption
Malah kadang Dya tertanya-tanya apa la tips founder ni kendali haters,  masa, tenaga , bimbing agen-agen yang ramai gila, etc.

Founder Sis Perapat ada sediakan akademi TEAM SIS untuk bimbing agen-agen yang nak cari pendapatan lebih dari produk-produk yang ada.

Guna Sis Perapat Untuk Merapatkan Miss V Longgar
antara blogger yang hadir masa majlis pelancaran sis perapat
Dulu, Dya kenal founder sebagai kontraktor berjaya & ada buat perniagaan lain yang boleh tahan dasyat juga. Sekarang founder luaskan lagi sayap dengan keluarkan produk yang memang diperlukan sangat-sangat oleh semua orang.
Dya yakin produk sis perapat ni boleh pergi jauh gila. Sebab produk ni bagi Dya bagus & membantu. Masa belum lancarkan produk lagi, sis perapat dah laku sampai 1000 botol. Pehh. Silap-silap Dya jadi agen produk ni agaknya. Haha! Sebab produk ni hebat & berkualiti.
Kalau korang nak jadi agen, pergilah cepat-cepat daftar weh. Sebab Dya yakin produk ni laku keras. Sebab Dya sendiri pun suka gila dengan fungsi produk ni.
Guna Sis Perapat Untuk Merapatkan Miss V Longgar
Muka excited tak sabar nak guna produk sis perapat!
 

Jaga Bahagian Intim Wanita Itu Penting

Untuk kaum mak-mak, adik-adik yang remaja tu. Korang kena jaga bahagian intim masing-masing. Sebab kalau tak dijaga akan muncul banyak sangat masalah pada miss V. Antaranya masalah keputihan.
Rasanya majoriti wanita ada masalah ni. Cuma tahap teruk tak teruk je. Kalau tahap teruk tu sampai ada rasa gatal dan berbau busuk. Ni berdasarkan apa yang Dya baca lah.
Bila masalah keputihan terlampau teruk, korang mesti tak selesa kan? Jadi, mulakan dengan jaga bahagian intim kita selalu. Sentiasa pastikan bersih.

Cara Guna Sis Perapat

Untuk nyah bakteria & atasi masalah keputihan korang spray je sis perapat kat miss v masing-masing. Sembur dari jarak 15cm dalam keadaan mencangkung. Tapi sebelum spray, bersihkan dulu miss V & lap bersih. Kemudian, baru spray sis perapat. Lepas spray tak payah lap, biarkan je sis perapat tu resap untuk nyahkuman serta bau pada miss V.
Produk ni bau wangi macam ros. Dan bantu untuk atasi masalah keputihan jugak. Nampak tak peranan produk sis perapat nih?
Dya yang review pun rasa teruja gila kot weh! Sebab ada banyak fungsi best. Ringkasannya sis perapat ni bantu:
  1. Nyah bakteria pada mangkuk tandas
  2. Atasi masalah keputihan & kegatalan
  3. Ketatkan miss V yang longgar 
  4. Senang bawak travel ke mana-mana

Siapa Je Boleh Guna Produk Sis Perapat?

Semua golongan dewasa boleh guna sis perapat ni:
  • wanita berkahwin
  • ibu hamil
  • anak dara
  • lelaki
Bukan wanita je boleh guna produk ni, lelaki pun boleh.

Lelaki Pun Boleh Guna Sis Perapat Untuk Travel

Sebenarnya kaum lelaki pun boleh guna sis perapat. Tapi, guna untuk spray nyah bakteria kat tandas lah weh. Atau kat mana-mana yang korang was-was dengan tahap kebersihan tu.

Kalau korang jenis suka travel, sis perapat ni sesuai nak bawa travel sebab botol saiz kecil (50ml) & fungsi sembur-sembur memudahkan lagi kerja korang masa nak membuang. Please jaga kebersihan tandas. Haha!

Korang boleh jugak baca review dari Neyra. Sebab dia ni kaki travel. Baca kat artikel Keperluan Wajib Bawak Masa Travel

Ketatkan Faraj Selepas Bersalin Guna Sis Perapat

Untuk review ketatkan faraj pulak, bagi Dya ada baiknya Dya kongsi lepas raya nanti. Sebab Dya nak rasa sendiri apa beza sebelum pakai dengan selepas pakai produk sis perapat ni.

Kalau fungsi sis perapat betul-betul ketatkan faraj, Dya akan share dengan korang nanti. Yelah, sebab sekarang ni Dya tak pandai beza miss V longgar tu cemana gaya. Haha.

Lepas bersalin je baru tau cemana rasa.

Sekarang ni Dya bawak sis perapat setiap kali keluar ke mana-mana. Sebab nak nyah bakteria kat mangkuk tandas awam kat Malaysia ni. Euww. Tengah menulis ni pun dah boleh imagine tahap fobia setiap kali nak memerut kat tandas awam. Serik!

Sembur sis perapat setel terus masalah. Nyahbakteria & bau pun wangi. Sedap sikit hati ni bila tengah membuang air kecik/besar kan? Hehe.

Kat Mana Nak Beli Produk Sis Perapat?

Guna Sis Perapat Untuk Merapatkan Miss V Longgar
Botol sis perapat, premium 50ml senang bawak travel

Harga sebotol produk sis perapat RM59 + RM8 postage untuk botol premium 50ml. Kalau nak beli untuk rasa keberkesanan produk ni, whatsapp terus ke nombor +60112.537.6809


Yang nak jadi agen pun boleh terus whatsapp ke nombor tu terus.

Takpun korang terus rujuk kat media sosial sis perapat IG Sis Perapat & FB Sis Perapat.

CARIAN BERKAITAN:

  • cara mengatasi keputihan gatal
  • beli feminine wash online
  • cara merapatkan miss v selepas bersalin
  • punca miss v gatal
  • cara membuat miss v sempit
  • keperluan wajib bawa ketika travel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *