First aku join claas dr Azizan masa klinik usahawan tahun bila ntah. Tapi yang aku faham DAO bagi motivasi kat orang.
Berbeza dengan Sifu FBAds yang lebih kepada bahagian teknikal. Ada jugakla dengar orang kecam IMKK tapi aku jenis tak amik pusing persepsi orang. Aku lebih suka dengar persepsi aku sendiri.
Hari pertama kelas IMKK seperti yang aku jangka memang totally tentang motivasi. Dan bukan satu kejutan untuk aku lah. Ini memang yang aku harapkan.
Motivasi macamni penting untuk kita sentiasa tinggikan getaran energi & semangat kita terutama dalam perniagaan.
Walaupun kelas waktu petang, mengantuk dia jangan cakaplah. Memang ngantuk sangat! Pinggang dan punggung kebas lebih-lebih lagi masa tengah bawak lagi sorang dalam perut. Gigih tahan sebab aku tertarik dengat motivasi yang cuba disampaikan.
Kolam jiwa terutamanya. Sebelum aku tau istilah ni, aku dulu gelarkan sebagai kunci energi dalam sistem badan. Sama je konsep. Cuma berlainan nama. Dan apa yang diterangkan di kelas DAO dah pun aku belajar dengan guru energi di Sabah, master Umar.
Nak cerita pasal energi ni bukan cerita 2-3 hari. Tapi lebih dari tu. Sebab segala kehidupan kita berkait energi.
Banyakkan berdoa supaya Allah percepatkan rezeki pencerahan tentang ilmu energi pada korang semua.
Sebab aku dapat ilmu ni tahun 2014 sebab aku dah lama doa aku nak ilmu apa yang atok ada tinggalkan pada arwah pakcik aku dulu.
Walaupun aku tak faham tentang ilmu tu, lepas diajar master umar, segalanya tercerah dengan sendiri.
Kalau mata kita ni macam LUCY dalam satu movie orang putih tu, mesti korang akan nampak bermacam-macam warna & gelombang pada manusia, haiwan, kenderaan, alat elektronik, etc.
Cumanya hijab kita ataupun biasa dipanggil mata ketiga kita tak diasah dengan konsisten. Kalau diasah, memang banyak benda korang boleh buat dengan kehebatan mata ketiga.
Tapi mata ketiga ni bukan tujuan untuk tengok hantu. Ini lah benda yang dah lama ditanam dalam fikiran masyarakat melayu.
Orang luar dah bermain kuasa gelombang/energi, korang masih stuck kat hantu jin semua.
Lupakan semua tu sebab ia adalah getaran energi rendah & korang manusia sebaik-baik kejadian & lebih hebat!
Sebab sekarang adalah masa untuk kita manipulasi gelombang energi yang disekeliling kita.
I see something in class dr azizan.
Dia mengingatkan balik supaya jaga energi..Dan kelas imkk ni mengingatkan balik tentang apa yg saya da belajar dengan master umar jugak sejak 2014 lagi..
Benda yg selalu on off. Susah weh nak istiqomah jaga energi
Once kita jaga, energi & aura jadi besar, serius besar gila. Dan semuanya jadi effortless. Peluang mendekat, kita dapat apa yg kita nak, perhubungan kita dgn org berjalan lancar, orang menghormati kita, Dan penting gila berdoa.
Org energi besar, doa dia memang mustajab
Since 2014, aku nampak & rasa sendiri kesan energi hasil yg diajar master umar.
Menerima pencerahan & ilham, doa2 yang ditulis & dihantar masa tidur (aura golden wave) termakbul. .
Bila dah pindah semenanjung, aku malas nak buat. Kawan2 energi pun jauh. Haha.
Gi kelas DAO aku macam dijentik balik supaya sedar.
And yes when we talk about energy, itu mmg gila2 penting. Sebab hidup kita segalanya energy.
Tapi mereka yang ditutup hatinya, takkan dapat isi sebenar tentang energy kalau EGO.
Dan motivasi yang bagus.
Berjaya atau tak seseorang bukan terletak pada DAO tapi pada diri sendiri. Ko nak berubah ke tak?
Kalau ko sendiri pun taknak berubah, gebang lebih, banyak pk keburukan berbanding kebaikan, sesiapapun takkan boleh ubah hidup tu.
Aku memandang dari sudut kesedaran aku. Bukan dari persepsi orang ramai.
Aku rasa aku perlu hadir lebih banyak kelas IMKK setiap kali aku leka dengan dunia. Supaya aku kembali ingat dan sedar pentingnya menjaga energi kita.
Dan walaupun aku dah pun dapat pencerahan tentang kuasa energi dan hakikat hidup, aku still juga dapat sesuatu yang baru dari kelas IMKK DAO.
Rendahkan ego, kosongkan gelas walaupun ko dah ada ilmu. Bila gelas kosong, senanglah nak penuhkan dengan air bersih dalam tu.
Aku dapat tengok semangat & besarnya energi orang yang berjaya. Aku target untuk jadi salah satu dari circle orang berjaya.
Aku dijentik supaya sentiasa jaga hubungan dengan yang kat atas, suami, keluarga, dan orang sekeliling.
Aku diingatkan supaya jaga kata-kata, fikiran, etc. Benda ni yang memang aku dah tau tapi aku susah nak konsisten buat.
Tapi peringatan itu bagus, dan motivasi yang disampaikan DAO success bagi aku lah. Orang lain aku tak tau.