Bila sebut pasal HB ni kan. Hemm..hemm.. Sebenarnya Dya kena pergi klinik 2 minggu sekali untuk cek FBC (full blood count) sebab nak cek kepekatan darah tu hah.
Yelah weh, tiap kali cek je, Hb asyik turun je. Dah makan macam-macam pun turun jugak. Masa first cek dulu HB ok.
Jadi, Dya hanya makan asid folik, vitamin c & iron tablet yang klinik dah beri secara percuma.
Ringkasan artikel
SALAH CARA PENGAMBILAN IRON TABLET
2 minggu lepas tu. HB Low. Sebab salah cara makan! Haha.
Masa tu Dya tak tau kalau nak makan iron tablet ni, kita kena selang 2 jam sebelum atau selepas makan baru boleh ambil iron tablet. Dan tak boleh sulam dengan air teh/kopi/milo/susu.
Tapi, silapnya masa tu Dya makan iron tablet minum dengan minuman yang kat atas tu hah. Haha!
Result dah tentu lah jadi makin low kan? Sebab minuman kat atas ni serap vitamin iron tablet tu.
MAKAN MACAM-MACAM TAPI HB TETAP LOW
Jadi, lepas je tau Hb low, dya makan iron tablet tu dengan air kosong je. Dan kalini ambik double.
Biasanya dos yang nurse suruh sebelum ni makan 2 biji je. Ni dah sampai kena makan 4 biji sehari.
Tapi, tetap tak berkesan! Hb tetap low. Start dari situ, Dya cuba makan macam-macam.
Antaranya jambu batu, kurma, seafood, pati delima gulsan, hati ayam, bayam, Vco tanamera.Malah nurse sendiri sarankan tukar iron tablet tu dengan iberet.
Makan sehari sekali. Iberet beli kat farmasi luar. RM26. Bila dah start makan iberet, Dya tak habiskan makan baki ubat dari klinik haritu sebab dalam iberet ada semua vitamin yang diperlukan.
Tapi semua tu tetap tak berkesan jugak. Haih. Sampai tak tau dah nak makan apa masa ni.
CUBA LAGI CARA LAIN
Bila HB makin low, Dya cuba cara lain. Tips ni kawan suami yang sarankan. Dia suruh makan peria katak campur epal hijau. Minum setiap hari.
Bila dengar nama peria je, kepala dah pusing tekak dah kembang. Pahitt weh! Dya tak suka gila peria katak dari kecik lagi. Haha.
Tapi demi baby, paksa diri makan peria katak.
Dan ada jugak bagi tips minum susu kurma dairy farm fresh. Nurse pulak sarankan iberet ambil dua kali ganda.
Jadi, semua ni Dya makan:
1. Peria katak + 2 biji epal (blend jadi jus, ambil airnya je.
Cara minum kena tahan nafas. Haha)
2. Susu kurma farm fresh ( 2 kali sehari, sebotol RM7. Pehh.)
3. Iberet + air kosong (2 x sehari)
Semua menu kat atas ni Dya akan ambil 2 jam sebelum atau selepas makan. Siap buat jadual lagi. Haha. Supaya tak bertembung antara satu sama lain.
CEK HB NAIK SIKIT JERR. HAIH
2 minggu lepastu, cam biasa kena pergi klinik. HB naik sikitttt jer. Dan masih di bawah point 10 jugak. Adehh.
Siap nak kena masuk wad lagi haritu sebab HB tak melebihi 10.
Tapi, nasib baik doktor kat hospital cakap tak perlu masuk wad. Sebab kandungan ferritin masih paras bagus lagi katanya.
Kalau tak, berkampung kat wad la weh, kena cucuk iron dalam badan kalau tak silap. Haha.
Jadi, Dya tukar lagi taktik untuk naikkan HB.
JUMPA JUGAK 5 CARA BERKESAN NAIKKAN HB DENGAN CEPAT
1. MAKAN IBERET + KURMA & DELIMA
Kalini Dya tergerak hati nak makan iberet bersulamkan pati delima & kurma.
Sebab ada ternampak kat FB, orang cakap kalau nak HB naik kena ada 3 bahan iaitu delima, kurma & brokoli.
Beli IBERET kat sini >> Iberet Folic 500
Tu yang tergerak hati, why not makan iberet campur dengan kurma & delima?
Memandangkan Dya tak boleh telan kurma biasa, Dya beli pati kurma macam kat gambar atas.
Pati delima pulak Dya tukar jenama al baraka. Sebab jenama gulsan macam takda efek sangat. Jenama kat bawah ni yang bestnya kandungan gula kosong. Brokoli pulak? Dya makan kadang-kadang je masak jadi lauk.
Tapi menu wajib tiap hari Dya telan iberet, dan kena makan sekali dengan pati delima & kurma.
2. SUSU KURMA FARM FRESH
Minum macam biasa.
Sehari dua kali. Selepas breakfast & sebelum tidur. Ada orang kata kandungan gula dia tinggi.
Tapi, bila Dya cek takda kandungan gula pun dalam susu ni. Sebab kurma dia pure kurma. Takda perasa tambahan. Bila minum pun rasa dia manis kurma je.
3. JUS PERIA KATAK DAN EPAL HIJAU
Jus ni blend 1 biji peria katak campur 2 biji epal hijau.
Letak air sikit je. Agak-agak cukup untuk pusingkan mesin blender tu. Lepas tu tapis hampas, minum jusnya.
Dya minum tahan nafas.
Lepastu, cepat-cepat teguk air masak. Haha!Pahit dia rasa macam ko makan daun rumput yang tengah segar tu hah. Pahit sikit. Minum sekali je sehari.
4. VCO D’ AURA
Atas saranan kawan, Dya tukar Vco Tanamera dengan VCO D’ Aura. Katanya bagus untuk naikkan HB.
Beli vco d aura kat sini > VCO D’aura softgel
Jadi, telanlah vco d’aura yang bentuk kapsul tu sehari dua kali. Telan setiap kali selepas makan lunch atau breakfast atau dinner.
Ikutlah keseseuaian. Hehe.Semua yang Dya makan ni, Dya akan make sure selang masa dua jam daripada apa-apa pun pengambilan.
Set siap-siap kat henpon waktu bila nak makan.
5. MAKAN BENDI CICAH BUDU
Bendi ni Dya makan masa nak dekat-dekat tarikh check-up klinik. Haha. Makan buat lauk sehari dua cukup lah kan.
Sedap gila budu perah limau + cili potong. Cicah pulak dengan bendi rebus. Pehh!
Ada orang bagi tips, nak mudahkan bersalin nanti, banyakkan makan bendi masa dah nak dekat-dekat bersalin tu.
Ada jugak yang bagi tips minum telur mentah + madu masa dah contraction kalau tak silap.
Lepas cuba makan macam-macam akhirnya 5 makanan yang Dya amalkan ni berjaya jugak naikkan HB.
Nak cakap mana satu yang berkesan pun Dya tak tau. Tapi, Dya telan semua barulah HB boleh naik banyak.
Lega bila checkup kat klinik hb dan naik ke 10. Kalau tak, memang bawah 10 je. Ni, nak naikkan sampai ke paras 11.
Jadi semua makanan ni Dya akan makan sampai dah nak bersalin nanti.Kot korang pun hadap masalah sama macam Dya, makan macam-macam pun HB asyik turun je.
Korang try lah cara ni. Mana tau boleh membantu kan?Make sure setiap makanan ni korang kena selangkan masa 2 jam berbeza. Sebab Dya TAK CAMPUR MAKAN semua sekaligus dalam satu masa.
KESAN DAN SIMPTOM HB LOW SEMASA MENGANDUNG
Sebab bila HB low, akan ada masalah pada ibu mengandung ni. Macam Dya, antara yang Dya hadap bila HB Low:
- Sesak nafas
- Celah kaki sakit (Berjalan beli barang dapur pun sakit kat celah bahagian urat dalam)
- Susah nak bergerak (nak bangun dari katil susah)
Bila Hb dah makin ok, masalah tu berkurangan dan walaupun dahpun cecah 9 bulan, Dya larat berjalan ke hulu hilir macam biasa je. Hehe.
Checkup terkini 28 May, HB naik lagi selepas dua minggu amalkan makanan kat atas tu. Yay!
Semua pengalaman mengandung ni Dhia bukukan dalam eBook Akhirnya Aku Hamil.
Boleh x bagi jadual dya ambik semua makanan tu..start dr pukul berapa
alamak tak ingat jadualnya..tapi yang pasti kena selang masa 2 jam
Iberet tu ambik 1biji waktu pagi dengan 1 biji malam ke? Kalau malam 2 jam lepas makan malam la yer?
Assalamualaikum nak tanya dekat mana beli jus delima & kurma al baraka tu?
saya beli kat kedai di bangi gateway..boleh cuba cari di kedai arab
Ade dekat melawati mall, floor LG, ade kedai jual kurma dkt dgn eskalatorade dekat melawati mall floor LG, kedai jual kurma
Nak tanya iberet pati kurma dan delima tu mcm mana minum/makan ya? Sekali telan ke 3 tu?
Hi nak tanya, farm fresh tu 2 botol u minum hbs kan dlm sehari ke
dulu saya minum susu farm fresh tu. sekarang saya dah jumpa pemakanan lagi bagus untuk naikkan hb, tak perlu minum susu kurma tu. Nanti saya update kat blog
kelakar baca post ni. tapi memang payah ye. HB saya mula2 bukak buku 10.8. pastu naik 11.1. pastu drop ke 9.9, 9.8,9.7,9.5,9.6, naik balik 9.8 gituuu je..
HB dhia paling tinggi berapa?
dulu paling tinggi 10+ je. Pregnancy kedua 12+ tapi pemakanan berbeza daripada post ni baru dapat hb tinggi sikit
[…] pilihan lebih sihat semasa mengandung kali kedua ni. 4 tahun yang lepas saya ada kongsikan tentang Cara saya naikkan hb guna supplemen dan makanan. Tapi cara tersebut hanya naikkan sedikit sahaja hb saya. Paras hb paling naik pun hanyalah […]
Nak tanya iberet pati kurma dan delima tu mcm mana minum/makan ya? Sekali telan ke 3 tu? Yang ni pun nk confirm kan. Bancuh air kan pati tu lepastu telan ubat sambil minum air pati tu ke?