Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT

Aku ada syarikat PLT sejak tahun 2016. Tapi, tak pernah declare cukai. Jadi aku nak share serba sedikit camna aku daftar cukai syarikat PLT.

Hanya hantar jumlah pendapatan tahunan kat SSM setiap tahun yang kena bayar RM200.

Hal cukai aku keliru sebenarnya.

SSM kata tak perlu declare cukai, hanya perlu declare pendapatan kat SSM saja memandangkan ianya syarikat PLT.

Jadi, aku fokus buat annual declaration ke SSM je lah.

Ke aku salah dengar & salah faham apa yang SSM cuba sampaikan dulu? Haha!

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 1

KENAPA AKU DAFTAR CUKAI INDIVIDU DAN SYARIKAT PLT

Tapi, tahun ni tergerak hati nak daftar cukai.

Sebabnya, untuk aktifkan iklan dekat fbpage, aku kena ada no cukai.

Kalau korang pemain fbpage, mesti korang tau setiap video yang korang post tu boleh buat duit.

Syaratnya kena ada nombor rujukan cukai samada cukai individu mahupun syarikat.

Terpulang pada korang nak letak kat cukai mana satu.

Aku pilih untuk letak kat kategori cukai syarikat PLT.

Serius cakap, untuk yang belum pernah kenal erti cukai ni, memang keliru.

Duk belek sana sini, tentang cara daftar cukai.

Akhirnya aku paham sikitlah caranya.

Daftar cukai boleh dibuat secara online je. Korang klik kat edaftar.hasil.gov.my

Kat situ ada 5 jenis berbeza iaitu pendaftaran no cukai:

  1. individu
  2. syarikat
  3. majikan
  4. perkongsian
  5. PLT

Jadi, disebabkan aku niatnya nak daftar untuk syarikat PLT, aku klik lah untuk daftar dapatkan no cukai PLT. 

CARA DAPATKAN NO CUKAI PENDAPATAN SYARIKAT PLT

Ok, untuk lebih faham lagi, E daftar ni step pertama korang untuk dapatkan, no rujukan cukai pendapatan korang.

Berbeza dengan declare cukai pendapatan tau. Untuk declare cukai pendapatan individu & syarikat korang kena ada akaun E-filing dulu.

Ringkasannya:

Step pertama: daftar no cukai kat edaftar

Step kedua: daftar efiling individu & Oef (organisasi/syarikat)

Step ketiga: declare cukai pendapatan kat efiling Step pertama aku untuk syarikat PLT, aku nak dapatkan no rujukan cukai.

Tengok step kat edaftar, nanti keluar paparan macam kat bawah ni. Ikut step situ.

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 2

 1. Pertama, aku daftar kat borang daftar PLT online

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 1
Ni gambar borangnya.

 Kat borang tu kena isi maklumat syarikat PLT, pekongsi, dan lain-lain. Dan maklumat pekongsi kena ada no cukai pendapatan. Tengok anak panah merah. 

cara daftar cukai PLT

Masa tu aku takda no cukai sebab aku mana pernah kerja dengan mana-mana tempat. Jadi, aku isi no cukai rakan kongsi aku sebab dia masih lagi bekerja dengan kerajaan & ada no cukai individu.

MACAMANA KALAU DIRI SENDIRI & RAKAN KONGSI SYARIKAT TAKDA NO CUKAI?

Haa, kalau korang takda no cukai, partner pun takda no cukai.

Makanya, korang kena e daftar cukai individu dahulu. Herher.

Tapi, sebelum tu cek dulu samada nama korang ni dah pernah ada no cukai ke belum?

Cek kat semakan no cukai pendapatan individu

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 3

Aku cek, ehhh..

Apesal aku dah ada nombor cukai individu ni? Sedangkan aku tak pernah bekerja mahupun daftar cukai. Haha!

Menurut pegawai LHDN yang aku jumpa semalam, katanya maybe didaftarkan masa aku beli kereta dulu.

Aku pun tak tau cemana orang tu boleh daftar.

Kalau dah ada no cukai individu, korang terus daftar untuk efiling lah.

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 2
klik login kali pertama
Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 3
dapatkan no pin kat kaunter lhdn

Untuk nombor pin efiling ni, korang kena ke kaunter LHDN, cakap nak no pin untuk daftar efiling cukai individu.

Dah dapat, barulah daftar efiling korang.

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca Cara Daftar Efiling Cukai Individu.

Baca juga cara tutup Syarikat PLT sekiranya syarikat itu tidak beroperasi untuk mengelakkan didenda RM20,000.00.

Ok, sambung pasal cara daftar no rujukan cukai pendapatan syarikat PLTtadi:

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 6

ISI BAHAGIAN MAKLUMAT PEGAWAI PEMATUHAN

Untuk kategori pegawai pematuhan ni, syarikat PLT memang kena ada compliance officer/pegawai pematuhan.

Pegawai pematuhan kat syarikat ni adalah rakan kongsi aku jugak.

Compliance officer ni tugas dia untuk uruskan hantar dokumen pendapatan ke SSM/MyLLP setiap tahun, hantar complaint jika ada problem apa-apa, macam-macam lagilah.

Kitorang tak hire compliance officer luar sebab boleh buat sendiri benda ni.

Korang boleh baca kat Cara daftar syarikat PLT

ISI BAHAGIAN PENDAFTARAN FAIL MAJIKAN

Untuk pendaftaran fail majikan sebenarnya aku silap buat. Haha.  Aku dan rakan kongsi buat syarikat pengiklanan online.

Jadi, kami takda pekerja tau. Banyak job online yang kami dapat akan guna servis orang lain. Kemudian syarikat bayar duit kat diorang dan ianya dikira upah sebenarnya. 

Dan mereka bukanlah pekerja syarikat. Tapi, kat borang ni aku pergi letak bilangan pekerja 2 orang (iaitu aku dan partner) sedangkan kami tak boleh dikira sebagai pekerja.

Aku tak tahu masa ni..Baru je tahu lepas aku gi pejabat LHDN untuk tanya pasal efiling semalam. Haha!

Disebabkan aku terrr letak 2 orang, secara automatiknya no fail majikan terdaftar dan aku kena hantar borang e-filing E (majikan) setiap tahun lepasni. Adehh..

Fungsi borang E (majikan) ni adalah untuk majikan lapor pendapatan untuk pekerja (Borang EA/EC).

Korang boleh baca full info kat tanggungjawab majikan Tapi takpe.. In future mungkin aku akan ambil pekerja untuk syarikat. Jadi, takda masalah pun pasal borang e-E ni.

Declare je tiap tahun. Haha!

Tapi, kalau korang buat bisnes online dan tiada pekerja, bahagian bilangan pekerja tu letak 0 okay? Hanya jika ada pekerja saja baru letak bilangan kat situ berapa orang. Okeh, setel isi borang ni, nanti LHDN akan bagi nombor permohonan.  

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 7

Nombor ni gunanya masa nak upload segala dokumen syarikat iaitu maklumat perniagaan dan rakan kongsi, perakuan pendaftaran (SSM), salinan ic, etc Link muat naik tu, korang klik kat link yg lhdn bagi macam kat gambar atas tu. 

Contoh lepas klik kat bawah: 

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 8

2. Isi application no dan upload file yang diperlukan kat info muat plt . Ikut arahan macam kat gambar atas tu. 

Lepas submit, tunggu 3 hari untuk dapatkan no rujukan cukai korang.  Ingat, korang kena submit dokumen lengkap dalam masa 14 hari. Kalau tak, permohonan kena buat semula. 

3. Lepas 3 hari bekerja, dah boleh cek no rujukan cukai  Nanti akan dimaklumkan permohonan lulus ataupun tak. Dan kat situ akan bagi: 

  1. no rujukan cukai pendapatan syarikat PLT ( PT XXXXXXXXXXX)
  2. no fail majikan (E XXXXXXXXXXX)

Nombor ni gunanya masa nak declare pendapatan kat efiling nanti. 

Kenapa Dan Macamana Cara Aku Daftar Cukai Syarikat PLT 9

 Fuhh..setel bahagian nak dapatkan no rujukan cukai syarikat plt.  Eh, nanti duluuu..

Belum setel lagi..Haha!

Korang kena daftar efiling untuk declare cukai pulak.. Kita sambung kat artikel Cara Daftar Efiling Syarikat PLT

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *