Pattern Making Asas Baju. Pola PERCUMA Ini Mudah Dan Ringkas

Hi! Dalam post sebelum ni, bagi yang dah mengenali Diya mesti tahu kat mana saya belajar jahitan. Boleh tengok post Jenis Baju Yang Dapat Belajar Di Giat Mara
 
Jadi, saya nak share nota formula asas untuk buat baju. Kalau korang dah faham yang ni, baju-baju lain nak buat kacang je. Dulu sebelum saya belajar kursus 6 bulan free di Giatmara ( govt bagi elaun tiap bulan juga ye ) , puas saya cari formula kat blog-blog.. Ok, kalau jumpa pun saya tak paham pon. Hahah! Saya ada juga lah nak attend kelas2 berbayar tapi saya batalkan hasrat sebab rasa tak berbaloi. 1 jenis pattern dengan bayaran yang mahal.

Jom tengok : belajar jahit baju disini

Pattern Making Asas Baju. Pola PERCUMA Ini Mudah Dan Ringkas 1
Sumber RizmanRuzaini
Ehem, saya ni jenis suka berjimat.. Jadi, saya pilih Giatmara sebab dapat belajar banyak jenis baju. Dan jarang-jarang sekali ada maklumat meluas mengenai giatmara ni. Kalau lah dulu selepas SPM saya tau tentang giatmara dengan lebih meluas, memang saya akan join. Sebab flow perjalanan untuk yang minat dengan fesyen macamni:
  1. 6 bulan Giatmara ( FREE + dapat elaun ) –>
  2. 6 bulan sambungan bahagian advance ( FREE + dapat elaun ) –>
  3. Dapat mesin industri FREE –>
  4. Sambung belajar Diploma fashion design KKTM ( FREE + dapat elaun ) –>
  5. Degree Fashion UiTM  ( yang ni rasa nya memang kita dah ada duit sendiri dah, buat duit dengan kemahiran yang ada )
See??? Berapa banyak uolss boleh jimat duit?? Berbanding masuk uni, diploma 3 tahun dengan hutang PTPTN then sambung degree sambung duit PTPTN untuk 3 tahun lagi… Ok, itu hanyalah plan je.hahah..
Tapi, biasa sangat persepsi orang tentang giatmara ni terlampau rendah. Bagi kebanyakan orang, budak yang belajar Giatmara ni budak-budak yang takda harapan, low manner, blablabla… Jadi, masa lepas habis SPM of course lah saya akan terpengaruh dengan pendapat masyarakat.
Eh hello, rupanya bukan itu yang kita sangka selama ni ok? I myself, rasa persepsi masyarakat perlu diubah. Sebab kebanyakan yang masuk dalam tu bukan biasa2 pun.. Ada yang dah berjaya, belajar tinggi2, etc. Kesimpulannya, rugi lah kalau korang tak manfaatkan peruntukan FREE dari govt ni.. Hahah!

Pattern Making Asas Baju. Pola PERCUMA Ini Mudah Dan Ringkas

Ok, saya bagi formula dari Giat Mara untuk bahagian baju sahaja ok? Sebab bagi saya ini pattern making paling asas untuk buat baju. Korang boleh ubahsuai jadi jubah, baju berfesyen, peplum, dan macam-macam lagi dengan formula ni. Tapi, ini Formula asal yang saya belajar masa di giat mara..

Saya ada buat ubahsuai formula sendiri. Ada part penting yang saya ubahsuai sendiri walaupun kena marah cikgu sebab ubah2 , saya buat jugak. Hahaha. Taste saya lain sikit berbanding biasa. Dan lebih ke arah ngam/fit & selesa pada badan.

Kalau korang nak formula special saya, boleh terus letak nama panggilan manja & emel korang kat bawah ni. Tehehe

Nama

email

Ataupun untuk anda yang jarangkali buka email, saya sarankan anda join telegram channel saya ya.  . Sebab guna telegram lagi lah mudah. Kalau ada terlepas mana2 nota untuk peserta baru, kat telegram ni simpan data dari awal lagi. So, boleh rujuk nota lepas2.

Sebab apa saya korang kena subscribe & join telegram ? Sebab setiap rekaan dan kajian saya, saya akan emel/telegram pada semua subscriber.. Yelah, senang 1 tempat je untuk rujukan.. Dan dapat alert.. Sebab blog ni saya buat macam2 isu dan topik. Hahah! Jadi peminat pola korang takyah susah2 dah nak kena tunggu loading kat blog..

BASI UNTUK LEHER, LUBANG LENGAN = 1/2 INCH.. Yang lain basi 2cm & untuk bahagian zip tiada basi 

Pattern Making Asas Baju. Pola PERCUMA Ini Mudah Dan Ringkas 2
Untuk pola yang saya ubah suai, join telegram.me/diyatheauthor  ok?
Pattern Making Asas Baju. Pola PERCUMA Ini Mudah Dan Ringkas 3
Untuk pola yang saya ubah suai, join telegram.me/diyatheauthor  ok?
Pattern Making Asas Baju. Pola PERCUMA Ini Mudah Dan Ringkas 4
Garis ——-  adalah sebagai penanda sahaja. Potong ikut bentuk lekuk i & ii dengan basi 1/2 inch. Yang lain basi 2 cm. Untuk pola yang saya ubah suai, subscribe emel anda ok?

4 Comments

  1. Hello sis..boleh x ajar sy cara nak buat ukuran n draf pola??😖😖masalah sy mmg langsung x tau..sy zero dalam mengukur2 n draf2 ni..dah byk video n kawan ajar pun masih x faham..😣😣😣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *