Fuhh, bila tengok balik semua barang yang dah beli, rasa macam sikit je. Tapi bila ko dah susun satu persatu..Mak aii, banyak jugak rupanya. Haha.
Dya beli barang keperluan berpantang, ke hospital, barang baby sikit-sikit dulu. Bukan beli selambak terus lengkap semua. Sebab bila tengok balik harga, boleh koyak poket weh.
Dan Dya mula beli seawal 6 bulan. Tu pun dah nak masuk 9 bulan ni, ada lagi barang tak lengkap lagi. Haha.
Sebelum beli barang untuk berpantang nanti, Dya buat survey kat google & buat survey guna facebook je. Tanya kat mereka yang dah berpengalaman dengan situasi mom to be macam sistur ni hah.
Kalau tak tanya, memang ke laut lah jawabnya. Blur tak tau nak buat macamana.
Alhamdulillah, barang penting untuk keperluan semasa berpantang nanti, dah pun lengkap tepat 8 bulan usia kandungan.
Ringkasan artikel
Aku Susun Barang Keperluan Untuk Berpantang Nanti
Jadi, masa pun dah tak lama dah kan. Aku mula susun barang-barang supaya mudah untuk cari dan tak bersepah.
Antara barang penting masa berpantang nanti:
Set Nona Roguy, Set Jamu Selapan, Bengkung zip serimama, kain batik, stokin tebal, getah rambut, kipas, sabun tanamera, pad overnight |
1. Set Berpantang Nona Roguy & Jamu Selapan
Ada orang kata beli set berpantang ni membazir sebab ada barang yang takkan digunakan. Tapi, for me bergantung pada diri sendiri.
Ada sebab kenapa Dya beli set jamu selapan & nona roguy. Kalau tak habis guna pun, Dya boleh guna untuk kelahiran baby seterusnya sebab tarikh luput lama lagi. Hehe.
- Nona roguy ada uncang cuci, akar herbanika, minyak herbanika, krim herbanika barut, herbanika lulur, pil phytonatal
2. Cari Bengkung Murah dan Praktikal
Bab bengkung pulak, Dya cari bengkung paling muraaah sekali sebenarnya. Dalam masa yang sama praktikal. Kalau kat online, peniaga jual mahal weh.
Jadi, Dya cari kat kedai baby dan dapat harga lebih murah berbanding beli online.
3. Apa kegunaan kipas, getah rambut pulak?
Sebenarnya Dya suka getah rambut macam dalam gambar sebab senang nak ikat rambut. Rambut terletak cantik bila kita buat bun rambut. Kalau pakai getah cenonet biasa nanti rambut bersepah. Dahla nanti akan menghadap peluh selalu kan?
Kipas pulak? Hemm, Dya ni sejenis suka tidur berkipas. Jadi bila masa berpantang nanti mana boleh pasang kipas berterusan, nanti angin masuk dalam badan sebab sejuk kan?
Jadi, alternatif terbaik untuk hilangkan kepanasan untuk sementara berpantang ni, guna je lah kipas tangan yang sedia ada kat rumah.
Kipas ni pun dapat FREE jer.
4. Sabun Tanamera
Sebenarnya sabun ni dapat FREE jer masa pergi event fashion show haritu. Dah alang-alang ada, kita guna je lah. Lagipun ramai bagi review bagus tentang sabun Tanamera ni. Katanya sabun ni best dipakai, boleh tanggalkan daki-daki dan kotoran masa mandi nanti.
5. Nipple Cream Bepanthen Untuk Ruam Bayi & Crack Pada Puting Susu
Untuk nipple cream pulak, Dya ikut saranan ramai orang. Sebab kadang ada orang, bila susukan anak, nipple akan melecet. Jadi, cara paling selamat dan pantas untuk rawat dengan guna krim bepanthen.
Dan krim ni boleh jugak guna untuk baby yang ada ruam. Kira kegunaan dia 2 in 1 lah kan?
6. Stokin & Kain Batik Memudahkan
Stokin fungsi untuk elak angin masuk dalam badan. Kain batik pulak, memudahkan Dya bila tengah berpantang nanti. Takkan masa berpantang nak sarung seluar pulak? Pakai kain batik je senang. Haha.
7. Tungku Herba Elektrik Untuk Buang Angin Badan
Dya beli tungku elektrik ni masa 7 bulan kandungan. Sebab tak tahan sangat sakit badan terutamanya bahagian kaki dan belikat. Jadi, beli awal untuk legakan badan. Dan alhamdulillah memang berkesan.
Tapi, Dya tak guna tungku ni untuk bahagian tertentu tau. Contohnya pinggang atau bahagian hadapan badan. Sebab tengah mengandung lagi takkan nak tungku situ pulak.
Hanya bertungku di urat yang masuk angin saja (bahu & celah kaki)
8. Pam Susu Medela
Untuk pam susu, Dya ada buat artikel Beli Pam Susu Medela US Murah . Beli sebab ramai cakap ianya keperluan. Dya banyak buat survey sebenarnya tentang pam susu.
Tapi, rata-rata hanya sarankan pam susu medela freestyle terbaik. Dya kalau boleh nak beli pam susu murah je. Tapi, kenapa ramai ibu-ibu yang macam tak berapa banyak bagi review tentang pam susu murah & bagus?
Jadi, lepas berfikir-fikir. Beli je lah pam medela ni. Alang-alang laki dah gi US, kita beli kat sana je sebab lagi murah daripada kat Malaysia.
9. Guna Pad Overnight Jer
Sebab ramai cakap lebih mudah guna pad overnight berbanding maternity pad.
10. Herba Mandi & Herba Tangas
Dya beli herba mandi ni sebab rege dia paling murah kot? Haha. Sebenarnya dah malas nak survey. Beli je lah apa yang ada.
Satu pek mandian herba RM20 boleh buat 3 kali mandi la agaknya. Kalau boleh Dya nak produk yang boleh pakai banyak kali & harga murah. Tak jumpa lagi. Jadi kita beli apa yang ada dulu.
Herba tangas tu pulak RM25 ada 10 uncang. Saje je beli untuk spare. Kot kena bertangas takdala last minit nak cari barang kan?
Ni semua antara barang paling penting untuk persediaan masa berpantang nanti. Barang kecik-kecik yang lain tu rasanya tak payah kot tulis kat sini. Kita akan tahu bila nak guna ikut keperluan nanti.
[…] Dya ada cerita kat Keperluan Barangan Masa Berpantang […]