TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 2 ( WAY FOR PREGNANCY)

Entry PART 1 DI SINI

TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 2 ( WAY FOR PREGNANCY) 1

Dan nak dijadikan cerita, hari raya kedua di johor, sedara mara kat area Tulang Gajah mencadangkan supaya berurut dengan seorang nenek ni (bidan kampung) yang memang pakar hal2 untuk dapat baby. Sebab dah ramai yang nenek tu urut. So masa tu Diya ikut jela kot2 ada rezeki kan.

Sebelum ni Diya pernah berurut jugak. Tapi tak tahulah bidan kampung ke apa. Yang Diya tau Makcik tu boleh urut  dan lagi seorang dengan kawan mama yang pandai mengubat2 ni. Kedua2 yang mengurut diya cakap benda yang sama. Banyak angin dalam perut..Dan mungkin belum rezeki. 
Tapi dengan nenek bidan kampung ni masa 1st urut 9/8/13, nenek tu cakap ‘ dah tak lama dah ni ada isi ‘,nenek tu ada baca ayat2 quran,urut guna rempah sendiri dan cakap urat2 perut tegang sebab tu tak melekat. Senang kata (sorry sensored sikit) , sperm akan melimpah keluar disebabkan masalah urat tu..Lepas je urut, nenek tu cadangkan makan manjakani yang nenek tu buat sendiri. Jadi, Diya hentam je la beli.
Masa tu Diya dah niat dalam hati untuk bagi upah seikhlas mungkin sebab dalam fikiran apa salah memberi serba sedikit rezeki kat nenek tu. Mana tau kot2 menjadi betul2 kan. Sedangkan berubat kat pakar pun dah habis ratus2 cecah ribu sebenarnya..
Tak lama selepas berurut, badan Diya berbahang sebenarnya. Sampai Diya rasa pelik bahang semacam dan hangat. Usaha tetap usaha la kan..haha…sorry saya memang open mind dalam hal macamni ye.
Kemudian bulan Sept dah mula rasa pelik dengan badan sendiri.Jadi, 8/9/13 Diya pergi berurut kali kedua dengan nenek sebab macam rasa lain macam je kan. Dan yang bestnya masa tu..nenek tu cakap ada orang kat dalam..Nenek tu tak berani urut kat bahagian tengah bawah pusat sebab macam nak ada baby dan suruh jaga kandungan baik2.( Masa tu sebenarnya baru 1 minggu usia kandungan).Diya tak rasa sedih or gembira terlebih. Diya hanya biasa2 je sebab taknak terlalu mengharap.
Balik2 rumah cek tester negatif. Diya buat keputusan untuk cek doc di klinik lain 10/9/13 sebab ada perubahan pada breast & selalu sakit perut macam nak cirit birit tapi tak jadi. Kejap datang kejap tak. Risau kot2 breast cancer ke apa kan. Sambil2 tu tanya tentang yang kat perut kot2 ada apa2 ke.. Seperti biasa Doc cakap mungkin angin dan tiada apa2 masalah lain. Buat ultrasound pun takda apa2. Telur pun takda. Jadinya, dengan rasa yakin tak mengandung, apa lagi… memang aku aktif je la ..hahah..
Siap berlari atas threadmill selaju2 mungkin tapi 5 minit je, sebab macam mengah semacam. Dalam hati dah rasa lain.( macam orang pregnant pulak) Siap adik pun cakap kejap sangat lari. Kemudian, makan sukahati..minum kafein hari2, bla bla bla…Yela dah doc cakap takda apa2 so aktif jela macam biasa wehhh…
2 minggu selepas itu..22/9/13

Tiba2 tergerak hati nak cek pregnancy. Masa tu pukul 5 pagi. Tapi Diya nak cek bukan dengan harapan pregnant ke apa.. Tapi nak cek sebab nak menghabiskan stok tester yang tinggal satu kat rumah..Dah lama beli tak diguna. So saje je gatal2 tangan kannn…kihkih…:-P

Masa cek tu pun Diya macam tak pandang pun tester, sebab yakin mesti negatif. So letak tepi je…Tapi tengok kali kedua 2 line?!! Okeh kalini rasa berdebar la sikit kot2 mata aku ni salah tengok ke kan..hahah!

Lama2 line tu makin clear!Ok terus call husband inform dia. Esoknya terus cek Dr Tey tapi masa tu kecik lagiiiiii…Doc assume patutnya dah 2 bulan berdasarkan tarikh last  period..Saiz baby tak sesuai dengan usia kehamilan. Doc suruh makan ubat lepas seminggu jumpa dia semula tengok membesar ke tak.. Kalau tak, kena buat D&C..Masa tu sedih gilerrr kowt…tapi terfikir apesal pulak 2 bulan sebab bulan 7 last treatment tak jadi dan kami tak bersama pun. Yela husband duk jauh macamana nak bersama wehh…So tak jumpa pun doc tu lepas seminggu..wahahaha..biorkan jer sampai sebulan lebih…

TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 2 ( WAY FOR PREGNANCY) 2

24/9 cek pulak kat klinik govt untuk pengesahan kali kedua..Tapi kalini memang aku bebel habis2 kat doc..Period tak teratur, pergi megurut, bla bla bla..Last2 Doc pulak yang tanya aku ‘ u rasa berapa usia kandungan u’. Jawapan Diya ‘ sebulan ‘ . Noktah. Doc govt suruh cek semula hujung bulan okt untuk tengok saiz baby…Siap aku dah buat buku pink. Ok fine.. tamak betul2 dua2 klinik aku pergi. govt & swasta. ^_^

Sambung entry post ke 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *