Travel Luar Malaysia Lebih Mudah Jika Ada Simkad Buzzme

travel luar negara guna simkad murah buzzme

Teringat masa Dhia kerap ke luar Malaysia beberapa tahun lepas. Biasanya samada ke Vietnam, Indonesia ataupun ke China. Biasalah. Orang bisnes  ni dua tempat utama tu je kitorang akan kejar. Hehe.

Tapi apa yang Dhia perasan, setiap kali travel luar Malaysia, Dhia terpaksa beli simkad khas memang daripada negara yang Dhia pergi. Sebabnya lebih murah dan mudah. Cuma yang jadi masalah adalah bila nak beli simkad tu, kemain mahal lagi kat tempat orang.

Travel Luar Malaysia Lebih Mudah Jika Ada Simkad Buzzme

Jadi, bila dapat tau tentang M8 World Sim, iaitu sim kad prepaid khas yang dikeluarkan oleh Syarikat Enabling Asia Tech Sdn Bhd (EA), rasa macam WHAT??! Serius rasa teruja bila dapat tau dah ada jual sim kad khas setiap kali nak travel (Buzzme World Sim) luar Malaysia.

Travel Luar Malaysia Lebih Mudah Jika Ada Simkad Buzzme 1
Travel Luar Malaysia Lebih Mudah Jika Ada Simkad Buzzme

Apa Sebenarnya Buzzme World Sim Ni?

Lepasni, dah tak payah susah-susah pergi beli simkad baru setiap kali nak ke luar negara. Sebab simkad BUZZME World Sim ni boleh digunapakai walaupun kita travel ke mana-mana sekalipun. Peh, macam best dah ni. Kan?

Apa Je Yang Best Pada Sim Kad BUZZME?

1. Satu Simkad Untuk Seluruh Dunia

Yelah, macam yang Dhia dah bagitau kat atas tu. Tak payah dah pening kepala nak terhegeh beli simkad baru setiap kali ke luar negara.
2. Tak Perlu Tanggung Bil Mahal Bila Phone Roaming

Kawan Dhia pernah hadapi situasi kena bayar jumlah belasan ribu ringgit lepas melancong ke luar negara. Sebabnya masa tu mungkin phone auto roaming sepanjang di luar negara. 
Gila lah balik Malaysia dapat bil sampai macamtu sekali. Sebab tu la bagi Dhia Sim kad BUZZME ni bagus sebab kita boleh guna merata tempat. Tak payah risau dah pasal bil melambung naik. Sama je macam kita guna sim kat Malaysia.
3. Boleh Guna Sehingga 200 Buah Negara

200 negara weh! OMG! Banyaknya negara yang sisturr nak kena jelajah! Haha. Antara negara yang boleh guna Simkad Buzzme ni : (Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapore, Japan, Macau, South Korea, Europe & Russia.
4. Kadar Pelan Internet Mengikut Budget


Sekarang ni bagi Dhia data internet je yang penting. Call tak penting dah sebab ada whatsapp. Haha. Jadi, apa menarik, simkad Buzzme menawarkan pelan data yang agak berbaloi untuk dicuba.
Kadar panggilan ke semua network = RM0.18/minit
Mesej ke semua network = RM0.10/sms
Kadar harga untuk data = RM0.05/mb
FREE panggilan selama 10 minit ke semua nombor Buzzme 
Travel Luar Malaysia Lebih Mudah Jika Ada Simkad Buzzme

Mata sisturr ni geram je tengok data unlimited tu. 

Macamana Nak Daftar Buzzme World Sim Starterpack?

Senang jer: 
  1. Masukkan sim dalam phone, sambungkan pada Wifi. Kemudian download app M8 World Sim App
  2. Login menggunakan nombor mobil masing-masing. Password untuk APP tersebut ada dicetak atas sim anda. Register ikut panduan
  3. Sebelum berlepas untuk ke luar negara, pastikan korang dah beli siap-siap pelan data.
  4. Lepas mendarat di lokasi, login ke APP tadi & pilih negara yang korang pergi tu. 
  5. Bila dah balik malaysia pulak, login semula App & pilih negara asal balik.
cara guna buzzme simkad

Berapa Harga Starterpack Sim Kad Buzzme?

Kalau niat nak guna untuk memudahkan perjalanan kat Luar Malaysia nanti, Dhia sarankan korang beli World Sim Starterpack. Dijual dengan harga RM99 sahaja. Dan ada isian RM50 di dalamnya. 
Simkad ni tarikh luput dalam masa setahun. Jadi senanglah. Tak perlu topup banyak kali untuk kekal aktif. Lagipun kita akan guna bila kita ke luar negara je kan?

simkad buzzme best
Yea of course! Hehe

Maklumat tambahan tentang Simkad Buzzme ni boleh dilihat di:
Website: www.buzzme.com.my
Facebook : Buzzme.m8
Instagram: Buzzme.m8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *