Badan tengah letih, urat bahu dah mula tegang berminggu-minggu.
Bila dapat stay kat Cyberview Resort & Spa, memang macam orang mengantuk disorong bantal. Haha.
Selain tempat penginapan yang luas, Cyberview Resort & Spa kat Cyberjaya ada jugak menyediakan khidmat urutan profesional untuk mereka yang rasa tak sedap badan, letih, nak santai sewaktu bercuti.
Sampai je kat sini, lepas dah check in & letak barang kat bilik, kami pergi ke kawasan yang dikhaskan untuk urutan.
Sebenarnya takdalah jauh sangat dari lobi. Tapi Dya jenis malas jalan turun bukit, naik je buggy macam gambar kat bawah ni. Hehe.
Sampai saja kat Sembunyi Spa, kami dihidang dengan “welcome drink” yang diperbuat daripada halia kalau tak silaplah.
Jadi, badan segar & hangat sikit sebelum mulakan sesi urutan.
Antara kemudahan yang ada kat Sembunyi Spa ni antaranya:
- Kolan renang berhadapan tasik
- Kolam jacuzi hangat
- Kolam jakuzi sejuk macam air
- Bilik sauna
- Bilik persalinan
Untuk makluman, kalau korang stay kat Cyberview Resort & Spa ni, korang boleh je guna bilik sauna & berendam dalam jakuzi secara percuma.
Bilik urut & jakuzi/sauna diasingkan untuk lelaki dan perempuan.
Dan walaupun kat bilik jakuzi kita dapat tengok luar, orang dari luar tak dapat tengok kita.
Masa Dya masuk bilik jakuzi ingatkan cermin jenis luar dalam nampak. Haha.
Kolam jakuzi ni hangat macam biasalah. Tapi kolam kat sebelahnya. Pehh, sejuk macam ais!
Jangan berendam lama, boleh kejung dalam tu nanti. Haha.
Nak masuk jakuzi & sauna ni free jer untuk penginap kat resort.
Cumanya untuk urutan kena bayaran tambahanlah.
Ringkasan artikel
Urutan Spa Mahabrata Ala Bali, Jakuzi & Sauna Di Cyberview Resort & Spa
Kat Sembunyi Spa ada 9 jenis pakej urutan:
- The Spa Experience (RM371/person untuk 2 jam 30 minit)
- Sembunyi Spa Signature (296.80/person untuk 90 minit)
- Sembunyi Spa Signature -head &face ( RM296.80 untuk 90 minit)
- The Raja & permaisuri Experience (RM1439.50 untuk satu pasangan selama 5 jam urutan)
- Spa Massage (RM186.55/person untuk 60minit)
- The body specialties (RM212/person untuk 60 minit)
- Hand & feet spa (RM164.30 untuk 90 minit)
- Hair & Head Spa (RM164.30 untuk 90minit)
- Facial (RM164.30 untuk 60minit)
Banyak gila pakej korang boleh pilih. Macam Dya, dya pilih pakej Sembunyi Spa Signature bahagian urutan Mahabrata.
Dya sebelum ni pun memang suka pergi spa kalau nak urut badan. Setiap spa berlainan bahan yang digunakan untuk urut.
Biasanya kat spa akan diurut guna minyak khas semata.
Tapi kat Sembunyi Spa ni, untuk urutan Mahabrata, mereka gunakan bahan semulajadi untuk urut badan.
Dan fungsi urutan bukan sekadar urut sahaja. Malah skrub kekotoran dari badan sekaligus.
Bahan yang digunakan adalah buah keras yang dah diblend halus.
Urutan Mahabrata Guna Bahan Semulajadi
Buah keras ada minyak dia yang tersendiri. Biasanya Dya guna buah keras untuk lebatkan kening.
Rupanya buah keras bagus jugak untuk lembutkan kulit.
Tekstur buah keras yang kasar tapi lembut, bila disapu pada badan rasa puas. Sebab terasa bersih badan dari kekotoran yang duk melekat.
Jaga Kesihatan Dalaman Daripada Pemakanan & Barang Yang Kita Pakai
Tambah lagi sekarang ni Dya memang cuba elak memakai produk instant di pasaran. Contohnya macam syampoo, sabun badan, pencuci muka.
Sebab Dya boleh rasakan yang produk di pasaran akan memudaratkan badan kita dalam jangka masa yang panjang.
Sekarang memang semua benda Dya nak pakai bahan semulajadi je. Termasuklah pencuci muka.
Sebab segala rahsia & ubat untuk kita ni ada pada bahan semulajadi. Cuma kita malas je nak buat hari – hari.
Tapi kalau rasa malas sangat tu, terus je urut badan kat Sembunyi Spa. Dah alang-alang malas, skrub urutan mahabrata pada badan boleh bersihkan badan & legakan ketegangan urat sekaligus. Hehe.
Waktu Operasi Spa Sembunyi?
Spa ni dibuka setiap pukul 10am – 10pm setiap hari.
Kat Mana Nak Tempah?
Korang boleh terus call untuk temujanji kat talian 03-83127136 ataupun emel terus ke alamat @cyberviewresort.com