Kenapa Google Analytic Penting Untuk Blog Anda. Pengalaman Mengajar Saya Senyap-Senyap

Sebelum ni, kesemua blog yang saya ada , serius tak pernah langsung pakai analytic. Nak tahu bila kami mula sedar tentang analytic? Haha! Lepas permohonan iklan inity direject sebab diorang nak rekod trafik dari google analytic itu sendiri. Bukan trafik daripada blogger statistik. 

Trafik blog korang boleh tengok di Stats –> Overview

Kenapa Google Analytic Penting Untuk Blog Anda.

Peh, bayangkan masa tu trafik memang dalam 2 bulan dah cecah 3juta ++ pageview , tapi kena reject? Sadis kan? Haha. Selepas 2 bulan tu lah, baru kitorang apply analytic dan kini rekod analytic baru 300 ribu ++., berbanding patutnya dah juta-juta. Takpelah, sebab dah lewat daftar kan? Hihi. Nii lah akibat lambat register Google Analytic weh! 
Dan biasanya, sebelum kejadian “direject oleh inity”, kami guna tools whoamongus untuk tengok trafik harian. Lepas je apply analytic, perbezaan ketara  yang korang boleh nampak ialah, trafik whoamongus cecah 3 ribu readers online dalam 1 saat tapi di google analytic real time audience hanyalah 1000+ sahaja. 
Dan disebabkan tambah widget luar (whoamongus) di front page anda hanya menambahkan berat loading blog, kami buang tools tu, dan hanya lihat trafik harian di google analytic sahaja. So, secara tak langsung korang dapat melajukan speed blog anda. Ni antara salah satu tips untuk lajukan blog anda.
Antara kelebihan google analytic yang lain ialah:

1. Paparan trafik sebenar pembaca online

2. Boleh “sekodeng” 

Korang boleh tengok pembaca banyak dari negara mana, guna handphone apa, percentage mobile atau dekstop view, sumber trafik dari mana, eh banyak lagilah. Semua ada dalam tu.

3. Mengawal dan melihat bounce rate blog anda ( makin rendah bounce rate, orang cakap blog anda makin bagus. Tapi, saya pun tak berapa paham bab ni lagi. Hehe )

4. Dapat kaji siapa target market anda

Penting untuk kaji target market terutamanya bila korang nak main SEO, keyword search, marketing bisnes dan target customer produk anda

5. Tahu keyword mana adalah “killer post”

Keyword penting untuk “trafik carian organik” dari google. Orang akan taip keyword spesifik , kalau post anda berada di carian pertama google, untunglaaa.. Sebab pencari akan terus klik blog anda. Tralalalla… Saya dah try beberapa cara untuk berada di carian pertama Google, dan ternyata menjadi! Thanx to ebook blogger2 tersebut. Hehe.

Ok tu je tips harini, nak tahu lebih-lebih, korang boleh rujuk kat blog  Mymagicalmorning. Ada tips lain pasal blog. Kat sana lebih teknikal dan detail. Haha. Saya cerita yang ringkas-ringkas je ni. Apa yang faham je lah, yang tak berapa nak faham biasanya saya buat kajian sendiri dan kurang dedahkan di blog.  Try and error sendiri.

Baca Ini Cara Tukar Url Pada Google Plus Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *