Makan Butter Prawn Sedap Kat Sabah

Sepanjang 5 hari 4 malam balik Sabah, makanan agak kurang memuaskan hati. Semuanya macam dah terlampau mahal & tak sedap.

Antaranya kat Gayang Seafood & Lucy Kitchen. Dulu sedap dan berbaloi. Sekarang rasa dia dah kureng.

Kualiti dah jatuh.

Tapi, mungkin masa kitorang pergi tu kebetulan ramai orang sangat kot. Chef kelam kabut masak kat dapur agaknya. Hihi.

MAKAN BUTTER PRAWN SEDAP KAT SABAH 

Sampailah sehari sebelum nak balik ke KL semula, kawan Dya ajak makan dekat restoran ohsom. Dekat je dengan hotel kitorang menginap katanya.

Makan Butter Prawn Sedap Kat Sabah 1
Nampak sedap kan butter prawn tu?

Jadi, husband Dya gigih pasang maps cari restoran tu.

Duk naik kereta pusing-pusing sekitar hotel, rupanya restoran tu sebelah hotel je.

Kah! Haih..

Punya lah dekat dengan hotel Oceania tu rupanya. Haha.

Makan Butter Prawn Sedap Kat Sabah 2
Aali ni, buatlah gaya apa pun, tetap comel.

Ohsom cafe ni baru dibukak rasanya.

Tapi menu shellout situ agak affordable dan memuaskan hati berbanding makan kat gayang. Gayang makin lama makin pricey. Huhu.

Makan Butter Prawn Sedap Kat Sabah 3

Menu paling sedap udang masak butter cheese. Pehh. .Sedap gila. Serius. Next time balik Sabah makan kat sini je la weh.

Ketam kamhiong ngan goreng tepung kureng sikit. Tapi, okla buat ratah-ratah sambil borak. Hihi.

Makan Butter Prawn Sedap Kat Sabah 4

Cafe Ohsom ni memang jadi port baru kitorang lah lepasni.

Selain makan kelapa jelly ngan lokan kat salut, kita makan shellout kat cafe ohsom ni jugak. 

Leave a Reply