Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam

Pelan bercuti ke Kundasang Sabah 5 hari 4 malam ni sebenarnya encik suami yang uruskan dari tahun lepas lagi. Tujuannya nak buat birthday supprise kat Sabah dengan kawan-kawan kat sana.

Dya sebenarnya tak terkejut sangat dengan plan celebrate birthday kat Sabah ni.

Sebab masa kat Semenanjung, husband hampir terkantoi plan something dengan kawan Sabahan.

Cuma masa tu Dya cuma syak dia ada plan something. Tapi tak jangka akan celebrate birthday kat sana. Haha.TQ husband & kawan2.

Ringkasan artikel

BERCUTI KE TEMPAT MENARIK DI SABAH 5 HARI 4 MALAM

Kiranya ni merupakan percutian pertama Dya dan suami bersama Baby Aali.

Pengalaman bercuti kat Sabah ni, kitorang bawa Baby Aali lawat tempat-tempat menarik sekitar Kota Kinabalu & Kundasang.

Tempat yang dari dulu sampai sekarang, tiap kali ambil gambar terasa macam dalam lukisan.

Sebab background sangat-sangat cantik!

Terutamanya bila berlatar belakangkan gunung Kinabalu.

Jadi, apa jer yang kami buat sepanjang 5 hari 4 malam di Kota Kinabalu, Sabah?

ITINERARY 5 HARI 4 MALAM BERCUTI KE SABAH

AKTIVITI HARI PERTAMA TIBA DI KK:

  • Dinner di restoran supreme ayam penyet
  • Check in hotel

Hari nak berlepas ke Sabah, flight gerak waktu lewat petang. Jadi, sampai di KK dalam lebih kurang pukul 8 malam macamtu.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 1

Sampai je kat KK, kitorang terus gerak untuk makan malam kat restoran kawan, Supreme Ayam Penyet.

Kat kedai ni la diorang plan buat birthday supprise. Haha!

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 2

Selesai makan, terus check in hotel di area One Borneo Mall.

Takda apa-apa aktiviti, masing-masing pun dah penat duduk 2 jam lebih dalam kapal terbang.

AKTIVITI HARI KE 2 DI KUNDASANG SABAH:

Tiba hari kedua, bangun pagi terus breakfast kat hotel.

Selesai je breakfast, terus siap-siap untuk gerak ke Kundasang.

Nak ke Kundasang ambil masa dalam 2 jam lebih kalau tak silap.

Jalan dia memang berliku-liku. Saranan Dya, kalau korang nak ke Kundasang, pakai jelah pakej pelancongan Sabah

Kalau drive sendiri, lagi penat nak ngadap jalan.

Sebelum sampai Kundasang, korang akan lalu pekan Nabalu.

Kat sini ada jual cenderamata, buah-buahan, amplang, kuih cincin, etc.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 3

Oh, lagi satu nak bagitau. Kat belakang pekan Nabalu tu ada spot cantik untuk bergambar.

Memang nampak jelas lah gunung kat belakang.

Korang jangan lupa untuk bergambar kat situ jugak ok?

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 4

Setel je beli buah sikit kat situ, kitorang terus gerak ke Dairy Farm Kundasang.

Dalam perjalanan nak ke Dairy Farm tu korang akan lalu Pekan Kundasang. 

Kat sini ada jual banyak buah, strawberi dan sayur segar. 

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 5

Dan setiap hari akan ada pasar pagi jugak. 

Nak bergambar kat sini pun best. 

Selesai beli buah semua, kitorang gerak ke Dairy Farm.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 6

Aktiviti macam biasalah. Tengok lembu, makan aiskrim yogurt, snap gambar sana sini.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 7

Setel kat Dairy Farm, kitorang gerak untuk makan tengahari kat Sabah Tea.

Dah lama tak ke Sabah Tea ni. Banyak rupanya perubahan diorang dah buat.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 8

Ada beberapa prop yang cantik untuk kita ootd kat sana. Haha.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 9

Cumanya kekurangan kat sini, makanan dia mahal dan kurang kena dengan tekak Dya ni.

Selesai makan, kita terus check in kat homestay Kundasang ni.

Kitorang tak book awal pun. Walk in cari homestay mana yang masih ada.

Ingatkan nak stay Kiram Village. Tapi, selalu full kat sini.

Akhirnya dapat jugaklah satu homestay. Tempat yang baru Dya cuba.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 10

Not bad jugak kat sini.

Dya tak ingat nama homestay ni. So far, best jugak homestay ni sebab dia punya sejuk tu boleh diterima lagi.

Dulu kitorang suka stay kat Kiram Village. Kat kiram dia punya sejuk tu memang kaw kaw. Menggigil.

Tapi kat homestay pilihan kalini ngam sangat suhu dia.

Lagipun Dya kan bawak baby, jadi taknak pilih homestay yang suhu terlalu sejuk sebab kesian kat baby nanti.

AKTIVITI HARI KE-3 MASIH DI KUNDASANG:

Hari ke-3 kitorang masih kat Kundasang lagi.

Bangun pagi memang terasa segar sangat. 

Terus gerak ke berandah homestay sambil tengok pemandangan gunung depan mata.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 11

Angin sepoi-sepoi sejuk dengan siraman matahari waktu pagi. Fuhh, nyaman je.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 12
Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 13

Terasa macam nak duduk kat Kundasang setiap hari.

Sarapan pagi harini, kitorang pilih kat restoran Puteri Nabalu.

Serius weh. Kat sini memang cantik untuk ootd!

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 14

Dekor kedai yang berlatarbelakangkan gunung kinabalu buat Dya terasa macam kat luar negara.

Kat sini menu yang sedap, roti dia.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 15

Usai sarapan, kitorang singgah kejap kat Kiram Village untuk bergambar.

Kat Kiram Village dah makin cantik. Dekor kat sini nampak macam english style.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 16

Tak dapat stay kat Kiram, dapat bergambar depan rumah pun jadiklah. haha.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 17

Kemudian, kitorang singgah pulak tengok ikan kat Kg Luanti. Kat sini korang kena bayar dan beratur tunggu giliran sebelum dipanggil masuk.

Korang boleh bagi ikan makan kat Luanti ni.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 18

Ikan paling besar kat situ, ikan rupa macam ikan keli. Tapi tak tau lah tu ikan apa.

Tapi memang besar gila.

Selesai je kat Luanti, gerak balik dah petang dah.

Jadi alang-alang balik ke Kota Kinabalu, Dya request kat suami untuk singgah makan lokan bakar.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 19

Bagi Dya sangat wajib untuk singgah makan lokan bakar dengan kelapa jelly.

Ada satu kedai yang Dya suka pergi. Gerai Abang Amin.

Sebab kelapa jelly dia sedap sangat-sangat. Rasa kenyal dan rasa manis kelapa.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 20

Siap makan, kitorang terus check in kat hotel di area Sadong.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 21

Malam tu pulak makan di Gayang Seafood restaurant.

Tapi makan kat Gayang kalini macam dah over rated dah.

Makanan kurang sedap dan harga agak pricey. 

AKTIVITI HARI KE-4 DI KOTA KINABALU:

Untuk hari ke-4, Dya ajak suami pergi ke Borneo Ant House.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 22

Tak ramai orang ke Borneo Ant House ni. Lagipun masih baru bukak rasanya ni.

Kalau korang bawa anak-anak, kena pergi sini sebab best gila.

Anak-anak boleh belajar tentang jenis semut. Dan kalau nak bergambar pun best sebab semut kat situ besar-besar.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 23
Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 24
Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 25
Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 26
Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 27
Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 28

Harini kitorang makan tengahari kat DNA Station. Kawan Sabahan ajak rasa ambuyat kat sana. 

Sebab selama Dya duduk Sabah dari dulu mencari ambuyat. 

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 29

Baru sekarang dapat merasa.

Untuk makan malam pulak.

Kitorang makan malam kat Restoran Ohsom sebelah hotel.

Pehh, kat sini serius makanan dia sedap! Harga memang berbaloi sangat-sangat berbanding Gayang.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 30

Kalau tahu awal memang kitorang makan seafood kat kedai ni je awal-awal haritu. Haha.

AKTIVITI HARI KE-5 DI KOTA KINABALU:

Macam biasa, sarapan pagi kitorang kat kedai feveret. Kedai Mee Tauhu area Kingfisher.

Mee Tauhu kat sini sedap sangat. Dulu Dya memang selalu ke kedai ni untuk sarapan.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 31

Hari terakhir dekat KK ni, kitorang santai je.

Sambil nak habiskan masa tu, jalan sesaja kat Imago Mall.

Kebetulan pulak ada acara persembahan kebudayaan kat Mall ni.

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 32

Sempat jugaklah tengok tarian Sabah kat situ. Ada sumandak cantik jugak situ. Hehe.

Flight bertolak petang. Sementara tunggu sebelum gerak ke airport, Dya makan tengahari kat foodcourt tingkat atas. 

Pengalaman Best Bercuti Di Kundasang Sabah 5 Hari 4 Malam 33

Fuh.. Ni la pengalaman bercuti 5 hari 4 malam kat Sabah. Santai-santai je kalini. 

Sebab kitorang taknak terlalu pack bila bercuti. Nanti balik barai kepenatan. Hehe.

Dya ada bercuti 4 Hari 3 Malam ke Sabah guna khidmat pakej pelancongan.

Antara tempat baru yang kitorang pergi seperti marakau bombon, naik atv, paragliding, rabbit house, strawberry farm

Latest Comments

Leave a Reply