Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah

Trip percutian 6 hari 5 malam ke tempat menarik di Kundasang Ranau Sabah kalini, Dya pergi dengan kawan-kawan tiga orang, suami dan baby Aali.

6 Hari 5 Malam Trip Percutian Berbaloi Ke Ranau dan Kundasang Sabah

Percutian ke Kundasang Ranau Sabah ni paling lama sebab kitorang pergi selama 6 hari 5 malam. Penat dan barai.

Sebenarnya bukanlah sampai 6 hari kat Kundasang. Destinasi trip percutian kitorang sampai ke Tenom dan Tawau serta Semporna jugak.

Setel bercuti, balik KL je terus demam dan batuk. Haha.

Tapi best gila sebab banyak aktiviti best kitorang buat sepanjang kat Kundasang, Tawau dan Tenom.

Hari Pertama Tiba Di Kota kinabalu

Hari pertama tiba di Kota Kinabalu sampai waktu malam. Dalam pukul 8 lebih macamtu.

Sampai je kat airport KKIA, wakil travel agency dah menunggu kat luar.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 1
Kereta sewa pakej sabah

Percutian ke Sabah ni kitorang guna khidmat travel agency je sebab lagi mudah, boleh kurangkan kepenatan dan tak payah pecah kepala pikir itinerary. Hehe.

Kalau bawa kereta sewa penat gila nanti.

Pertama kali rasanya terus ke Kundasang waktu malam.

Ye wak, sampai je kat airport, singgah makan malam kat kedai berhampiran dulu.

Selesai makan, terus gerak ke Kundasang malam tu jugak.

Penginapan malam pertama kat Kundasang, kitorang menginap di The Cottage Hotel.

tempat menarik hotel kundasang ranau sabah
Hotel kundasang sabah

Hari Kedua Di Kundasang dan Ranau

  • Check out the cottage hotel
  • Dairy Farm
  • H.Benjamin residence
  • Kundasang war memorial park
  • Bombon kg Marakau
  • Rabbit farm kg kigiok
  • Kinabalu park
  • Jambatan Tamparuli
  • Check in Disini Hotel

List kat atas ni banyak tempat baru Dya pergi. Kalau korang nak tengok tempat lain sekitar Ranau dan Kundasang, baca kat artikel:

Hari kedua di Kundasang, Sabah, macam biasa mestila kena pergi bercuti tempat menarik yang semua orang tau.

Sebelum tu, harus bergambar dulu depan hotel.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 2
raflesia depan hotel kundasang sabah
Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 3

Dairy Farm Kundasang

Lepas sarapan pagi kat The Cottage Hotel, kitorang terus ke Dairy Farm Kundasang.

Ok, untuk pengetahuan korang, kalau nak pergi ke Dairy Farm seeloknya awal pagi. Sebab kalau pukul 9 ke atas kabus dah start tutup gunung.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 4
dairy farm kundasang

Jadi, nanti rugi sebab tak dapat gambar pemandangan gunung yang jelas.

Macam Dya pulak dah selalu ke Dairy Farm. Jadi, gerak ke situ lambat sikit lebih kurang pukul 9 baru gerak.

Sebab semalam sampai je Kota Kinabalu kitorang terus gerak ke Kundasang waktu malam.

Jadi, hari kedua kat Sabah aktiviti start lambat sikitla. Kepenatan masing-masing. Hehe.

Sampai je kat Dairy Farm, masing-masing sibuk bergambar sana sini. Turun ke bawah sikit baru fikir pasal susu & yogurt.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 5
Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 6
prop lembu dairy farm sabah

Biasanya kat Dairy Farm Sabah Dya akan beli susu lembu je. Tapi kalini dah ada susu kambing rupanya.

Jadi, Dya beli sebotol susu kambing & satu yogurt markisa.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 7
yogurt markisa dairy farm sabah

Susu kambing dia ok jugak. Sama je macam susu kambing lain. Ada bau kambing masa minum tu. Haha.

Tapi, ni nak rekemen kat korang. Wajib beli yogurt & aiskrim yogurt Dairy Farm.

Sebab sedap gila!

Dya ni bukan peminat yogurt pun. Tapi yogurt kat Dairy Farm ni rasa dia berbeza daripada yogurt biasa beli kat kedai runcit tu.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 8
pilihan susu dan yogurt dairy farm

Rasa dia lebih fresh dan light. Dya habiskan sebekas yogurt markisa lepastu menyesal sebab beli satu je. Hihi.

Tengah sibuk bergambar sana sini, terserempak pulak dengan Farahanimrazak kat Dairy Farm.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 9

Apa lagi, kita selfie dulu.

Farahanim tinggi gila weh. Terasa rendah je bila berdiri sebelah dia. Hehe.

Harga Masuk Ke Dairy Farm Kundasang

Nak masuk ke Dairy Farm kena bayar RM5 seorang. Kalau kanak-kanak free je.

Tahun ni berkali-kali pergi Dairy Farm, cuaca kat situ panas gila. Walaupun masih pagi lagi.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 10
lembu dairy farm sabah

Lain sangat nak dibandingkan beberapa tahun lepas.

Kalau tahun sebelum ni, angin sejuk dah terasa lepas keluar dari kereta.

Sekarang panas lit lit.

Antara aktiviti yang boleh dibuat kat Dairy Farm:

  • Milk feeding = RM1.50
  • Grass feeding =RM1

Waktu untuk bagi susu bermula dari 8.30am – 12pm dan 1.30pm – 4.30pm

Dya beli rumput untuk Aali suap kat lembu.

Alih-alih Aali menangis sebab lembu makan rumput dia banyak sangat. Haha!

H Benjamin Residence Kundasang

Selesai kat Dairy Farm, kitorang singgah sekejap kat H. Benjamin Residence.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 11

Konsep kat sini lebih kepada English Style dan ada banyak sangat bunga cantik.

Korang perlu singgah sekejap bergambar kat sini nanti.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 12

War Memorial Park Kundasang

Dah setel bergambar kat H Benjamin Residence, terus gerak pulak ke War Memorial Park Kundasang.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 13
Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 14

Best kat sini sebab boleh belajar sejarah sekali.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 15
Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 16

Dah penat turun naik tangga, singgah makan kat kedai jual sayap ayam sedap gila.

Kitorang makan tengahari kat warung Wak Ali.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 17
Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 18

Sambal sayap ayam dia sedap sangat. Korang patut cuba nanti.

Kedai ni berdekatan je dengan war memorial park. Kalau berjalan ke kedai deret tu dari luar dah nampak asap bakar sayap ayam.

Bombon Kg Marakau

Perut dah kenyang, hati pun senang. Bolehla teruskan perjalanan ke tempat seterusnya.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 19

Ok, Bombon Kg Marakau ni tempat baru yang korang wajib cuba.

Bagi Dya, Kg Luanti dah tak best sangat.

Kat Bombon Kg Marakau lagi best gila! Hehe.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 20
Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 21

Kalau nak bawak family dan anak bagi makan ikan, pergi kat Bombon Kg Marakau.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 22
Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 23

Sebab ikan kat sini lain sikit. Ikan dia lagi besar dan ada banyak ikan warna oren keemasan.

Tak perlu tunggu giliran masuk. Dah bagi makan ikan, lepastu kitorang singgah mini zoo dia.

Best sebab ada burung merpati jinak gila.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 24

Selain tu ada jugakla rusa, kelawar hitam, musang, landak, dan lain-lain.

Rabbit Farm Kg Kigiok

Puas main dengan ikan, bagi makan ikan dan burung merpati, kitorang gerak ke Rabbit Farm Kg Kigiok pulak.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 25

Kat Kundasang ni ada banyak tempat rabbit farm.

Tapi, kalau nak arnab yang gemuk, gebu dan banyak, korang kena ke Kg Kigiok.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 26
Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 27

Arnab kat sini cantik dan putih gebu.

Prop untuk bergambar pun best.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 28

Fuhh, belum selesai lagi trip hari Kedua kat Kundasang ni ya.

Masih jauh lagi perjalanan untuk harini. Haha.

Timpohon

Jam dah pukul 5 ke atas, bergerak pulak ke Timpohon, Kinabalu Park.

Kat sini Dya tak turun dari kereta sebab Aali tengah tidur. Kesian nak kejutkan baby.

Jadik, pinjam gambar kawan je lah tepek kat blog. Hihi.

Dya pernah ke sini sekali, kawan bawak. Keluar je dari kereta, sejuk dia mak aii. Kaw kaw macam ais.

Kalau bernasib baik, kabus tak tebal, korang boleh bergambar nampak gunung kat belakang.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 29
Kredit gambar timpohon : neyrasyazeyra

Masuk ke sini guna tiket yang sama kita pergi ke War Memorial park tadi.

Sekali masuk RM3 je untuk seorang.

Jambatan Tamparuli

Last but not least, destinasi terakhir untuk harini, dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu, kami singgah kat Jambatan Tamparuli.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 30
Kredit gambar jambatan tamparuli : neyrasyazeyra

Kat sini best untuk tengok sunset & jambatan dia panjang gila.

Masa ni dah serabai gila sebenarnya. Penat weh, seharian ke sana sini. Dah nak maghrib waktu ni.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 31

Dalam fikiran Dya nak balik dan rehat je ni. Haha.

Selain tu, ada jugak orang jual buah berdekatan jambatan ni.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 32

Sempat jugaklah Dya merasa durian oren.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 33

Tak sedap! Haha. Rasa dia tak macam durian.

Paling-paling pun durian oren ni korang buat sambal baru ngam.

Dya beli sebijik RM3 untuk buat rasa je sebenarnya. Hehe.

Sampai saja di Kota Kinabalu, kami makan malam di anjung senja.

Dya tak rekemen makan kat sini sebab makanan kurang best.

Biasanya Dya lebih suka makan seafood di Sadong. Harga berbaloi dan rasa sedap gila.

Berakhir sudah hari kedua. Masing-masing kepenatan.

Malam kedua kitorang check in kat Di Sini Hotel.

Trip 6 Hari 5 Malam Ke Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 34

Baca cerita hari seterusnya di Trip Percutian ke Tenom Sabah

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *