Wajib Bawa Makanan Bayi Homemade Masa Travel Jauh

Bila dah ada baby ni, benda paling penting selain pakaian, pampers dan bahan mandi adalah makanan bayi.

Serius makanan bayi sangat-sangat penting, terutamanya kalau kita nak travel jauh dari rumah dan makan masa berhari-hari.

Wajib Bawa Makanan Bayi Homemade Masa Travel Jauh 1

WAJIB BAWA MAKANAN BAYI HOMEMADE MASA TRAVEL JAUH

Sebab, untuk bayi bawah setahun, diorang mana pandai nak kunyah makanan yang macam kita (orang dewasa) ni makan seharian kan?

Terutamanya untuk baby yang dah start makan seawal 6 bulan. Makanan diorang tak sama macam kita.

Belum lagi cakap kalau baby kita ni ada masalah ekzema.

Wajib Bawa Makanan Bayi Homemade Masa Travel Jauh 2

Macam Dya, Baby Aali start ada ekzema masa umur 4 bulan sampai sekarang. Lepas dah mula makan makanan solid,  banyak yang Aali tak boleh makan.

Terutamanya makanan tinggi histamin. 


ANTARA MAKANAN TINGGI HISTAMIN TAK SESUAI UNTUK BABY EKZEMA

  • Buah (pisang, strawberry, avocado, oren,nenas, betik, durian, ciku)
  • Buah kering (aprikot, prunes, kurma, kismis, figs)
  • Daging proses (salami, pepperoni,hot dog,daging salai, ayam/daging/ikan yang dah lama/ada hormon & antibiotik)
  • Kekacang
  • Sayur (terung, bayam, tomato, kentang
  • Shellfish (udang, sotong, kerang)
  • Susu lembu
  • Gluten (gandum/wheat germ)
  • Ikan (makerel, tuna, anchovies, sardin, kembung, tongkol, tuna, bawal hitam, salmon dory, ikan keli)

Tu antara senarai yang doktor pakar ekzema bagi Dya haritu. Dya jumpa pakar untuk rawat ekzema Aali.

Sebab ekzema ni punca terlebih histamin, kurang DAO kat perut kot? Tak pandai nak explain.

Ekzema kena rawat melalui pemakanan. Bukan sekadar tepek krim. 

Sebab ekzema Aali on off.

Dah nak baik lepastu naik balik. Semua dari pemakanan. Kena jaga.

Doktor cakap mak tak semestinya kena pantang.

Melainkan kalau mak baby ada ekzema jugak. Kalau takda apa-apa masalah macam ekzema/sembelit, etc.

Boleh je tak pantang makan. Doktor yang cakaplah..

Wajib Bawa Makanan Bayi Homemade Masa Travel Jauh 3

Budak ekzema kena banyakkan makan sumber kaya vitamin C.

Dya sekarang tengah bagi Aali makan redoxamin dan ada serbuk khas untuk immune booster dia.

Selain tu, baru nak cuba bagi ubat homeopathy.

BABY AALI MAKAN APA JE? 

Balik pada cerita travel.

Disebabkan Aali ekzema, bab makanan ni memang leceh sikit. Jadi, Dya awal-awal siapkan biskut kurma untuk Aali.

Doktor cakap tinggi histamin tapi so far Dya bagi Aali biskut kurma tak naik allergy.Jadi, tu je lah biskut yang jadi bekalan Aali masa kat Sabah.

Tapi, takkan makan biskut je kan? Kesian rasa. Dya masa travel akan order nasi ayam hainan atau ayam goreng. Untuk bagi Aali makan.

Tu pun berpada-pada bagi. Dya hanya akan kunyahkan isi ayam dan nasi. So far, alhamdulillah takda apa-apa masalah.

Nak bagi makanan lain, dah tentulah ada banyak perasa tambahan kan? Cara paling ok ayam goreng & ayam hainan sebab tak banyak perasa sangat berbanding masakan lain.

Apapun biskut kurma memang mainkan peranan utama bila waktu terdesak. Haha. Kadang tak sempat nak beli makanan, jadi Dya bagi biskut kurma untuk jadi snack Aali untuk sementara.

Jom Baca Juga Tips Baby Tak Nangis Masa Naik Kapal Terbang

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *